Sekolah #amaninas buat school trip ke Kidszania. Abi request bawak Aya sekali. Bersilat lah omak eh bawak anak dara berdua tu. Tempat tu ok. Tapi lagi ok kalau pergi masa #amaninas da besar skit. Maybe around standard 3 above. Sebab banyak pekerjaan untuk kids that age. Ramai betul budak sekolah. Packed macam sardin! #enjoy #alizharfan #jackjack @leen2linda @akuskizo #amaninas
Saturday, January 9, 2021
Monday, June 24, 2019
Happy 10th Anniversary, my dear sunflower
Alhamdulillah.
Diam tak diam, dah sepuluh tahun keluarga ini tertubuh. Bermakna dah dua puluh tahun, Cik Linda dengan Irwan dah bersama. Perjalanan yang panjang, tak serupa keluarga lain, dan unik. Dan sepanjang perjalanan, kami telah dikurniakan dengan 4 makhluk yang comel dan bijak. Dua yang pertama adalah buah hati Abi; #theamaninas yang dah besar panjang, boleh diharap, dan banyak cakap. Dua yang kemudian adalah buah hati Umi; #thezharfans yang penuh dengan drama dan telatah yang buatkan keluarga ni tak menang tangan mengontrol mereka berdua.
Alhamdulillah juga, akhirnya berjaya dok di rumah sendiri, dan pada tahun ini, dok dalam rumah yang serupa rumah sebuah keluarga bahagia dan bukan tongkang pecah. Cuma gate depan jer nak tukar, insha Allah very soon. Dah gahai bona dah ompan eyh...
Alhamdulillah juga, akhirnya tahun ni Abi berjaya membayar baki terakhir hutang zaman bisnes lingkup dulu. Barulah dapat mula mengumpul untuk dana pelajaran #theamaninas dan #thezharfans ... takdelah muka berkerut ketat jer manjang memalam...hehehe.
Banyak lagi benda yang nak dibuat nak dicapai tapi itu kita hadapi bila tiba masanya nanti. Harini, kita bersyukur dan nikmati dulu rahmat dan jalan cerita yang Allah dah aturkan ini.
...sebagai hadiah anniversary, last week Abi bawak #mywifenkids pegi makan kat PD; tempat yang wajib kami lawati tiap kali dapat tahu Umi preggy. Pastu semalam jenjalan dengan #mywifenkids kat KLCC (tempat Umi dan Abi dating), beli tin popcorn Garret yang kedua (simbolik dekad kedua keluarga ini) dan beli minyak wangi oud, minyak wangi yang menjadi kegilaan Abi, masa dia mulamula ditekel oleh Umi, 20 tahun dahulu....
Monday, January 1, 2018
Happy New Year 2018
What can I say? 2017 has been a very hectic year. Tapi Abi boleh katakan, insha Allah lepas ni semua akan lebih baik lagi.... tu jelah sebagai executive summary nya.
2017 bermula dengan kelahiran #kobkob pada bulan Disember. Pada masa tulah, Abi start berulang alik Senawang-Muar naik motor. Lepas tu struggle dengan berpantang di rumah. Selesai berpantang, Abi kena pegi Taiwan selama hampir sebulan. Balik Taiwan, hepi kejap. Lepas tu melalui time bulan puasa dan Raya. Lepas tu struggle sebab kes claim tak berbayar yang mengakibatkan Abi lari ke CTRM pada September.
Meanwhile, #theamaninas makin membesar. Si Nina adalah rahmat tuhan sebab rajin, pembersih dan kakak yang sangat sensitif akan kebajikan adik adiknya. Si Aya mulut murai adalah queen dalam rumah ni. Mereka berdua ni adalah pembantu Umi yang boleh diharap dan Abi amat bersyukur untuk itu. Alhamdulillah.
Si Ali makin nakal tapi itu cuma fasa. Si Kobkob adalah watak utama 2017. Dahlah tak boleh jejak tanah, kalau dukung nak kena jenjalan dan layan dia, tido nak kena dengan Umi atau mama babysitter dia ajer. 2017 jadi agak tegang sebab si Kobkob ni. Abi amat bengang dengan Kobkob. Tapi, semua kebengangan, marah, geram, letih tu hilang bila memandang wajahnya dengan rambut kusut dia tu. Mesti nak cium dan gomol dia. Pandai gurau pulak tu. Kobkob ni...
Apapun, alhamdulillah. Semuanya bergerak, walau struggle. Insha Allah, 2018 akan jadi lebih fun untuk semua....
Friday, November 3, 2017
Tuesday, June 27, 2017
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017
Alhamdulillah.
Hari Raya tahun ni, relax berbanding tahun sebelumnya, walaupun umi dan abi tak menang tangan dan pening-pening kepala tak cukup rehat melayan kerenah si Akbar Zharfan yang demanding (dan Aya dan Ali yang kerap bergaduh)...
Alhamdulillah dapat jenguk keluarga teras belah abi dan umi, walau tak berkesempatan melawat sedaramara lain sebab hujan petang dan kepancitan.
Alhamdulillah juga semua sihat walafiat walaupun kids terlampau aktif sampaikan umi dan abi hilang suara memastikan keaktifan dorang tak menyebabkan kerosakan atau kecedaraan.
Sunday, April 30, 2017
#mywifenkids nostalgic dinner @ The Curve
Masa hari Sabtu lepas, Aya dan Nina sibuk suruh Abi bawak semua orang pegi jenjalan. Bila Abi tanya nak gi mana, Aya serahkan sekeping surat tertulis pesanan penting sebulat suara dari mereka. Di dalamnya terkandung ayat psikotik yang menyarankan Abi bawak #mywifenkids pegi KL, dengan gambar KLCC dengan Akbar naik buggy pesumer. Tetiba Abi terus teringat masa Umi lepas jer pantang dengan Nina dulu, Abi bawak Umi pegi dinner kat TGIF The Curve, Damansara. So, harini tadi kitorang pegi dinner ke sana, bawak the latest and lastest addition to our little family; King Akbar...
Plan asal nak ushar Pesta Buku sebelum ke The Curve tapi memandang keadaan trafik yang sesak di semua kawasan berhampiran, we decide to juat hit Borders jer sebelum call it a day.
The kids, they grow up so quick. Can't believe rasa macam baru semalam kamj ke sini nak beli buggy yang mengusung si #panpan ni sekarang...
Apapun, alhamdulillah Allah izinkan kami hingga ke saat ini. Semoga kami terus berada dalam pengawasan dan kasih sayang Nya di dunia dan di akhirat. Ameen
Saturday, April 29, 2017
Sunday, January 8, 2017
Drama si Ali
Kalau Aya dengan merajuknya, si Ali pulak dengan dramanya. Kalau tak dapat apa yang dia hendak dari Abinya, dia akan mula dengan tarik muka. Dia akan senyap jer, merenung dikejauhan. Sampailah kita perasan.
Kalau kita tak perasan, dia akan jeling ushar, pastikan kita perasan yang dia sedang merajuk. Dan bila dah perasan, bila orang nak pujuk, dia akan jeling jualmahal.
Ni cuma salah satu contoh drama dia. Antara yang selalu digunakannya adalah purapura tak dengar arahan or panggilan kita. Tu sumerla tu...
Macam macam ragam...