Showing posts with label mywifenkids. Show all posts
Showing posts with label mywifenkids. Show all posts

Tuesday, August 4, 2015

#mywifenkids @ Maulana Seremban Jaya (June 2015)

Sapa tak tau kedai mamak nama Maulana kat Seremban Jaya ni?
Kedai nilah yang open sensiang hari time bulan Ramadhan. Hahaha.
Dan seperti rakyat marhaen lain, famili gua dengan kedai mamak adalah sinonimes.

Sejak gua student Uniten lagi, mamak memang dah jadi pilihan pertama gua. Kalau kat Bangi time dulu, mamak pilihan adalah bila siang Mubarak kat fasa 4 tu kalau malam kat Chapati Razak Jalan Reko (sekarang dah takde).
Lepas grad, time bujang pulak adalah Azhar Maju yang kat area Giant Dataran Senawang. Sekarang Azhaar Maju tinggal yang kat atas kat area kedai RM2 tu.
Sekarang, bila dah beranak pinak pun, masih lagi dengan mamak. Mamak memang dah jadi darah daging kami agaknya. Alhamdulillah, bau kami masih tak berkari, takde jambang, atau sebagainya...
Kat Maulana ada wifi...

Dua gadis ni memang pantang nampak kamera ni...

Yang Aya pulak, dia perasan kamera. Tapi dia act.
Potensinya dalam bidang lakonan amatlah menyerlah..


See?



Yang ni; no comment.

Nak marah, comel. Tak marah kang, alamat dialah yang ambik order kat kedai
mamak ni kang...Kan boleh caya si Ali ni...

Tuesday, July 28, 2015

Quick Trip; Seremban-Pagoh-Muar-Melaka-Seremban

Pemandangan time senja di Medan Selera Terapung, Umbai Melaka









Idea untuk tempat ni dah ada. Tapi macam tempat-tempat lain
yang dibangunkan oleh Majlis Perbandaran, ia akan TERBIAR


Dari jauh memang cantik. Kalau nak makan ikan bakar, jangan pegi sini.
Medan Selera Terapung Umbai ni sekadar pemandangan jer. Nak makan
seafood, pegi kat Medan Makan Pernu. Sebelah jer....

Kat dalam Dataran Pahlawan...

Ambik peluang bergambar di tempat yang disediakan...


Gua tak berapa reti menyelfie, ni...

Bawak #mywifenkids jenjalan tengok
tempat gua busking kat Melaka (sebelah Pacific Coffee)




Monday, June 22, 2015

Mother's Day 2015

Happy Mother's Day to me. Just abi belanja aiskrim kat Giant je. Zaman gst la katakan. Sume kene jimat. Yang cute dapat gift from  #alizharfan #jackjack. Comel je. I'm touch!

Friday, June 19, 2015

Alhamdulillah

Bila ada masa dan sedikit duit, Abi pasti akan bawa keluarga jalan-jalan,
walaupun sekadar keluar dekat-dekat area Senawang/Seremban jer...
Kenapa?


Sebab kat dalam keta, time nak pegi somewhere tu adalah saat kita
semua sekeluarga begitu rapat dan satu fikiran: nak pegi mana ni?

"Kita nak pegi mana ni?"

"OK, dah abes ambik gambar. Jom masuk balik. Semua orang tido!"

Wednesday, February 27, 2013

Nama JackJack (delayed post)

Walaupun Ali Zharfan telah ditimang-timang dengan nama #KeboiKeboi sejak tiga minggu lalu, dua hari lepas Abi mula saikotik semula dengan menggelarkan Ali dengan nama baru. Kalini, Ali dikenali dengan nama #JackJack memandangkan (a) nama 'Boboi' biasanya dikaitkan dengan kedebaban dan (b) sempena panggilan Uncle Ajak masa kecik-kecik; Jack.






































Abi perasan, nama #JackJack lebih sesuai memandangkan persamaan antara guna nama 'Ali' dan 'Jack' sebagai protagonis utama dalam nursery-nursery rhymes dan cerita-cerita kanak-kanak. Tambahan pula, Abi memang suka dengan watak #JackJack dalam filem animasi keluarga: 'The Invincibles'.
Apapun, lewat subuh tadi #JackJack mengaum dan proses penyusuan telah mengambil masa 2jam setengah sejak pukul 4pagi, yang menyebabkan Abi lambat sedar diri pagi ni. Tuptup bila sedar, Abi terdengar suara Aya yang dok kejar ayam jantan kat depan, dan rengekan manja #JackJack yang sengaja diparking di tepi Abi oleh Aunty Zaidah.
Alhamdulillah, sejak kelahiran #JackJack, kami sekeluarga lebih kerap pulang ke rumah Wan Pedas. Semoga Allah bantu Abi untuk kembalikan keluarga ini ke keadaan asasnya semula sejak Raya tahun lepas...
Susah berbapakkan onggiler, ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...