Wednesday, August 31, 2011
Memanjakan Nina
Sejak Nina dah semakin besar ni, Abi kena pandai-pandai jaga hati si Nina pulak. Satu sebab Nina ni manja budaknya. Satu lagi pasal kita tak mau dia rasa yang kita lebihkan Myra. Jadi, bila time Abi baru bertemu dengan mereka, setelah melayan Myra (Myra memang kena layan dulu!), Abi akan layan Nina. Kena manjakan, kena yomyom. Kalau tak kang, Nina akan merajuk dan main henpon sepanjang malam...
Tuesday, August 30, 2011
Hari Ahad semalam kami ke Param
Selepas solat Asar petang Ahad semalam, Abi pun mengarahkan Umi untuk siapkan Nina yang memang dah budget akan nak mengekori Abi ke Param. On the surface, bunyi macam Abi nak bawak Nina keluar ke Param area dekat-dekat. Jadi, takdelah Umi pikir apa-apa. Yang Umi taktau ialah, Abi bawak Nina pergi Param kat SEREMBAN. Hehehe...
Ni ialah video Nina baru keluar dari rumah dan menuju ke jalan shortcut ke Stesen Sungai Gadut dengan Abi. Notice betapa excitednya dia...
Malangnya, baru dua tiga tapak, Nina dah pusing balik dan minta didukung. Abi tarahal...
Memandangkan waktu yang tak berapa tepat, maka Abi membuat keputusan untuk ke Seremban menaiki bas instead of the original plan nak naik komuter. Nina nampak blank bila naik bas. Inilah kali pertama dia naik bas. Oh, by the way, bila dah naik bas baru perasan yang selipar crocs Nina dah hilang sebelah...
Ni ialah keadaan di Param Seremban. Takde lah happening sangat. Pilihan pun tak banyak. Tapi itu dah jauh lebih baik dari Param kat Seremban Selatan. Kami beli Roti John, Air Laicikang 2 dan kueh apa ntah yang satu lagi tu.
Ni pula ialah gambaran semasa kami menanti bas nak gerak pulang. Nina sedang menikmati air kotak berperisa strawberry. Dia sedut semua sampai habis dan tak offer pun kat Abi.
Anyway, seronok dapat berjalan-jalan dengan Nina camni. Takleh la nak tunggu Myra dah cukup baru nak bawak semua keluar sebab by that time, takut Nina pulak yang dah hangin dok menunggu. Apapun, diharap agar Umi yang bakal mengetahui kebenaran ini selepas Raya nantik tak bengang dengan kami kerana pergi ke Seremban tak bagitau.
Memang patutlah Umi menyambut kami dengan muncung sedepa pada petang itu...Hehehe
Sunday, August 28, 2011
Short video Nina beraya
Video ni pulak ialah snapshot keadaan berhari Raya tahun lepas. Dalam sibuk merakam, terlihat pulak Nina nak tuang air....
Saturday, August 27, 2011
Awas! Video kantoi!
Video yang Umi cadang nak guna nak blackmail Abi dan Nina suatu hari nantik
Labels:
Amanina the 1st,
The Amaninas,
Umi,
Video
Abi loves Nina
Antara video pertama yang dirakam sejak Nina lahir. Note Nina yang masih budak merah dan blank-blank tengok lampu. Hobi mencium Nina dengan ketat telah bermula sejak Nina kecik lagi dan video ini membuktikannya
Friday, August 26, 2011
Singin the lullaby to Nina
Abi nak tidokan Nina. Dok henjut-henjut buai tak tido-tido gak, Abi pun dodoikanlah dia.
Sekali, bila tinjau Nina, dia pulak yang dodoikan Abi balik...Nina-Nina...
Thursday, August 25, 2011
Nina, going to the playground
Dulu-dulu, masa Nina baru dapat berjalan, Abi selalu bawak dia jalan-jalan keliling rumah dan taman. Selalunya, pergi checkout playground yang dekat rumah kat Seremban Selatanlah. Telatah Nina yang suka mengeksplorasi memang terserlha sejak dari kecil lagi. Hari ni kita akan saksikan salah satu dari arkib video keluarga. Dan ia dipost dalam 3-4 posting lagi pada hari ini so, don't x that tab, yet! Lepak lah kat blog ni lama-lama! Hehehe. Enjoy!
Amaninas dah degil!
There was this one day, I was looking after the Amaninas.
Mysteriously, both of them attracted to the standing fan.
I tried calling them but they acted as if I wasn't there.
Ohhh...Degil, ye?
Tuesday, August 23, 2011
Monday, August 22, 2011
Ada sekali tu, kami ke McD
Nina, ushar line |
Myra berkepit dengan Abi |
Posing menarik dari Myra Chak |
Tak nak dok diam Myra ni |
Tak banyak gambar yang sempat diambil sebab dua-dua Amaninas ni taknak dok diam. Apa yang ada ni pun sekadar gambar curi-curi jer. Hehehe
Friday, August 19, 2011
A short video of the Amaninas for today
Somebody asked. So we share a short one:
Abi nak ambik video Myra. Tetiberrrr jer Nina datang...Jeles lettew
an ode to UMI
How can I describe
These feelings for you,
I kept on denying it
But I know it's true.
Although I hate
My condition now,
I get very soft
With you somehow.
You are a very
Special person to me,
In a way that no one
Had ever be.
Don't say that I,
I'm lying to you.
You've listened to my heartbeat
You KNOW it's true.
So hard may I
Look from the outside,
If you lean a lil bit closer
You'll see I'm mild.
So please tell me
You are here tonite,
Help to live up the feelings
That I thought had died.
Oh please help me
With this mess I'm in,
A place so strange
I have never been.
It is so bright
And it's hurting my eyes,
But I guess it don't matter
With you by my side.
Don't turn your back
On this hope right here,
If you give me a chance
Then you'd know I'm sincere.
Coz no matter how
This sounds to you:
I AM truly, madly, deeply,
In love with you...
~en route to sg gadut, seremban via ktmb, 15th Ramadhan 915pm. Lapar.
Thursday, August 18, 2011
Wednesday, August 17, 2011
Nina and Abi in surau Taman Dato Wan
Ada sekali tu Nina ikut Abi pergi solat kat surau...
Abis solat, melayan Nina sekejap
Tuesday, August 16, 2011
Monday, August 15, 2011
I love you Umi.
You, are of one a kind,
You're special, you're tough,
And I'm glad you're mine.
You're special, you're tough,
And I'm glad you're mine.
Words could not describe who you are, For to me you are my brightest star.
The nights nowadays seem so dark and lonely, Still you keep on shining and remind me to be happy.
Knowing you out there, when it should've been me, I told you this thousands of time before;
But I love you so much,
Umi...
Saturday, August 13, 2011
My LOVE fix
Myra, the little princess |
Nina, the understanding kakak |
My main activity for today: kissing Myra |
Myra's favorite spot: my arms |
My favorite spot: beside my love ones |
Myra is such a princess. She needs somebody by her side ALL the time |
Last nite, spend some time with the Amaninas and Umi. Got my love fix.
Friday, August 12, 2011
Myra is such a princess
Tau-tau jer orang ambik gambor dia |
Nak posing lagi... |
Alololo...Cian Myra manja... |
Myra Chaaakk! |
2 minit lepas tu Myra dah tertidur dah |
Hoop? Jaga balik! |
Eh? Tido balik? Manja nyaaa |
Yang demam ialah Nina. Tapi yang manjanya ialah Myra. Dia dah pandai tunjuk affection dia. When in my arms, she'd wipe her nose and hingus to say she missed me.
Waiting for them to sleep...
Hari Selasa lepas, Myra tetiba demam. Nina yang baru nak baik pun demam semula. Tuhan ajelah yang tau camana saikonya Abi yang baru aje bawak Nina pegi klinik pada Isnin tu, dapat tau yang duadua demam pulak pada Selasanya. Myra siap dengan ruamruam pulak tu. Lagi la saiko Abi.
Dipendekkan cerita, pada pagi hari Rabu tu, Umi n Abi bawak Amaninas pegi klinik semula. Mujurlah ruam kat Myra tu bukan denggi.
Umi dah pegi opis sebab ada urgent matter. Abi takbley buat kerja sebab kena tunggu duadua puteri ni tido dulu. Kalau tak kang, terlangkuplah uwan diorang kerjakan.
Gambar gambar ini dirakam semasa Abi tidurkan Amaninas sebelum Abi menidurkan dirinya sendiri dek kerana letih berjaga malam tadi basahkan kepala puteri puteri ni.
Tuesday, August 9, 2011
Monday, August 8, 2011
Suhu Myra panas 2
Nina nak ikut tapi malas nak jalan, so Abi yang kena dukung |
Camana nak wirid? Nina dok tetengah? |
Bila balik, dia yang lead the way... |
Kat surau, orang suruh solat, dia sibuk bertawaf. Advanced anak Abi ni... |
Dah sampai rumah, dia yang pengsan. Sakinah agaknya |
Syoknya tido... |
Gambar kat surau tadi |
Suhu Myra Panas Malam tadi
All of us in a cab this morning, going to Klinik Dhillon |
Note Myra's face |
At the clinic. Myra is all excited seeing alot of friends |
Umi making important calls |
Myra, watching Nina having fun |
Awww, my two little manja gurls |
The princess today |
Nina, watching friends. Note her leg is shaking in excitement |
Pagi esoknya, Abi bergegas dari Seremban Selatan ke Ampangan. Amaninas riang bila nampak muka Abi kat pintu.
Kami (Umi and Abi) decided nak bawa Myra ke klinik Dhillon yang terletak kat area Mydin lama, Seremban. Klinik ni memang famous kat Seremban kalau hal hal kanak kanak atau demam kuning. Dulu dulu Nina pun kami rujuk ke sini. Kat sinilah kami tau pasal alahan laktos, demam kuning dan banyak lagi pasal baby.
Selepas ke klinik, Abi melepak sekali dengan Amaninas dan Umi. By pukul 1130pagi, semua dah kaboom tido berpeluk anak beranak. Umi bangun awal tapi Abi dan Amaninas berjuang hingga pukul 230petang.
Pastu Nina ikut Abi pegi solat Zuhur kat surau. Orang suruh solat, dia bantai tawaf keliling Abi. Balik umah, Nina tengok movie dengan Abi. Sampai Nina tertidur. Kesempatan ini Abi gunakan untuk ke surau nak solat Asar.
Petang nanti jika Allah izinkan, akan ke baram Ampangan beli juadah berbuka. Lepas berbuka, Abi akan ke Seremban Selatan semula.
Gambar-gambar berikut dirakam pada hari ini 8/8/11 di klinik dan di Taman Dato Wan, Ampangan. Gambar pegi baram je takde sebab belum berlaku semasa entry ini dipost.
~ Abi
Sunday, August 7, 2011
Saturday, August 6, 2011
Friday, August 5, 2011
Myra's Magic word : "Ahh"
Myra menyelongkar bilik tidur. Dia nak main dengan standing fan.
Abi tak kasi main tapi Myra degil. Abi pun gunakan magic word : "Ahh"..
Myra nangis bila magic word disebut
Thursday, August 4, 2011
Wednesday, August 3, 2011
Tuesday, August 2, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)