Wednesday, August 31, 2011


Nina berlari ke arah air pancut di Tepian Gelanggang, Paroi

Cool, kan? Takde penghalang

Umi melarang Nina dari terus ke punca air

Menikmati air

Selamat Hari Meredeka!

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H dan Hari Kemerdekaan ke 54
(harini Abi sangat bahagia kerana semua yang Abi sayang ada di bawah satu bumbung)
Mak, Ajak, Ana, Imah, Zahrah, Zaidah, Dolah dan lebihlebih lagi:
Umi and the amaninas

Hari Ahad semalam kami ke Param

Selepas solat Asar petang Ahad semalam, Abi pun mengarahkan Umi untuk siapkan Nina yang memang dah budget akan nak mengekori Abi ke Param. On the surface, bunyi macam Abi nak bawak Nina keluar ke Param area dekat-dekat. Jadi, takdelah Umi pikir apa-apa. Yang Umi taktau ialah, Abi bawak Nina pergi Param kat SEREMBAN. Hehehe...


Ni ialah video Nina baru keluar dari rumah dan menuju ke jalan shortcut ke Stesen Sungai Gadut dengan Abi. Notice betapa excitednya dia...



Malangnya, baru dua tiga tapak, Nina dah pusing balik dan minta didukung. Abi tarahal...


Memandangkan waktu yang tak berapa tepat, maka Abi membuat keputusan untuk ke Seremban menaiki bas instead of the original plan nak naik komuter. Nina nampak blank bila naik bas. Inilah kali pertama dia naik bas. Oh, by the way, bila dah naik bas baru perasan yang selipar crocs Nina dah hilang sebelah...



Ni ialah keadaan di Param Seremban. Takde lah happening sangat. Pilihan pun tak banyak. Tapi itu dah jauh lebih baik dari Param kat Seremban Selatan. Kami beli Roti John, Air Laicikang 2 dan kueh apa ntah yang satu lagi tu.
Ni pula ialah gambaran semasa kami menanti bas nak gerak pulang. Nina sedang menikmati air kotak berperisa strawberry. Dia sedut semua sampai habis dan tak offer pun kat Abi.

Anyway, seronok dapat berjalan-jalan dengan Nina camni. Takleh la nak tunggu Myra dah cukup baru nak bawak semua keluar sebab by that time, takut Nina pulak yang dah hangin dok menunggu. Apapun, diharap agar Umi yang bakal mengetahui kebenaran ini selepas Raya nantik tak bengang dengan kami kerana pergi ke Seremban tak bagitau.

Memang patutlah Umi menyambut kami dengan muncung sedepa pada petang itu...Hehehe

Sunday, August 28, 2011

Short video Nina beraya

Video ni pulak ialah snapshot keadaan berhari Raya tahun lepas. Dalam sibuk merakam, terlihat pulak Nina nak tuang air....

Saturday, August 27, 2011

Awas! Video kantoi!


Video yang Umi cadang nak guna nak blackmail Abi dan Nina suatu hari nantik

Abi loves Nina

Antara video pertama yang dirakam sejak Nina lahir. Note Nina yang masih budak merah dan blank-blank tengok lampu. Hobi mencium Nina dengan ketat telah bermula sejak Nina kecik lagi dan video ini membuktikannya

Friday, August 26, 2011

Singin the lullaby to Nina

Abi nak tidokan Nina. Dok henjut-henjut buai tak tido-tido gak, Abi pun dodoikanlah dia.
Sekali, bila tinjau Nina, dia pulak yang dodoikan Abi balik...Nina-Nina...

Thursday, August 25, 2011

Nina, going to the playground 4


Nina, going to the playground 3


Nina, going to the playground 2

Sambungan dokumentari eksplorasi Nina ke playground area rumah...

Nina, going to the playground

Dulu-dulu, masa Nina baru dapat berjalan, Abi selalu bawak dia jalan-jalan keliling rumah dan taman. Selalunya, pergi checkout playground yang dekat rumah kat Seremban Selatanlah. Telatah Nina yang suka mengeksplorasi memang terserlha sejak dari kecil lagi. Hari ni kita akan saksikan salah satu dari arkib video keluarga. Dan ia dipost dalam 3-4 posting lagi pada hari ini so, don't x that tab, yet! Lepak lah kat blog ni lama-lama! Hehehe. Enjoy!

Amaninas dah degil!


There was this one day, I was looking after the Amaninas.
Mysteriously, both of them attracted to the standing fan.
I tried calling them but they acted as if I wasn't there.
Ohhh...Degil, ye?

Monday, August 22, 2011

Ada sekali tu, kami ke McD

Nina, ushar line

Myra berkepit dengan Abi

Posing menarik dari Myra Chak

Tak nak dok diam Myra ni
Ada sekali ntah bila tah, kalau tak silap sebelum puasa kot, kami membawa Amaninas ke McDonald di Senawang. Oh, ye..Kalau tak silap, Nina sakit perut dan semua kedai kat area Giant Senawang cam susah nak jumpa kedai yang jual bubur nasik. Sebagai parents yang urban, kat mana lagi nak dapatkan bubur nasi waktu memalam begini: McD lerr...

Tak banyak gambar yang sempat diambil sebab dua-dua Amaninas ni taknak dok diam. Apa yang ada ni pun sekadar gambar curi-curi jer. Hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...