Friday, September 2, 2011

Nina Merajuk

Masa Raya Kedua, kami sekeluarga terpaksa keluar rumah nak ke Pasaraya membeli bembarang untuk anak-anak. Myra dan Nina ikut sekali. Oh ye! Terlupa pulak nak mention bahawa Nina kena selsema since malam raya. Jadi dia a bit cranky.
Kembali ke topik, berikut adalah video masa Umi dah keluar ke pasaraya dan kami semua kena tunggu dalam kereta. Myra dah pengsan. Nina pulak, sedang merajuk sebab tak dapat ikut Umi yang keluar.

Nina-Nina...dah besar dah dia...

Thursday, September 1, 2011

Melayan Myra Chak

Si Myra pulak, kalau berjumpa, kena layan dia dulu. Umi dah memang eksklusif untuk dia sorang. Nak kena dengar dia borak dulu, cium-cium pipi gembol dia dan lepaskan dia main sorang-sorang. Bila dia dah OK, barulah kita beralih kepada kakak dia: Nin.

Dah malam sikit baru kita ke Uminya pula...Hehehe

Wednesday, August 31, 2011

Memanjakan Nina

Sejak Nina dah semakin besar ni, Abi kena pandai-pandai jaga hati si Nina pulak. Satu sebab Nina ni manja budaknya. Satu lagi pasal kita tak mau dia rasa yang kita lebihkan Myra. Jadi, bila time Abi baru bertemu dengan mereka, setelah melayan Myra (Myra memang kena layan dulu!), Abi akan layan Nina. Kena manjakan, kena yomyom. Kalau tak kang, Nina akan merajuk dan main henpon sepanjang malam...


Nina berlari ke arah air pancut di Tepian Gelanggang, Paroi

Cool, kan? Takde penghalang

Umi melarang Nina dari terus ke punca air

Menikmati air

Selamat Hari Meredeka!

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H dan Hari Kemerdekaan ke 54
(harini Abi sangat bahagia kerana semua yang Abi sayang ada di bawah satu bumbung)
Mak, Ajak, Ana, Imah, Zahrah, Zaidah, Dolah dan lebihlebih lagi:
Umi and the amaninas

Hari Ahad semalam kami ke Param

Selepas solat Asar petang Ahad semalam, Abi pun mengarahkan Umi untuk siapkan Nina yang memang dah budget akan nak mengekori Abi ke Param. On the surface, bunyi macam Abi nak bawak Nina keluar ke Param area dekat-dekat. Jadi, takdelah Umi pikir apa-apa. Yang Umi taktau ialah, Abi bawak Nina pergi Param kat SEREMBAN. Hehehe...


Ni ialah video Nina baru keluar dari rumah dan menuju ke jalan shortcut ke Stesen Sungai Gadut dengan Abi. Notice betapa excitednya dia...



Malangnya, baru dua tiga tapak, Nina dah pusing balik dan minta didukung. Abi tarahal...


Memandangkan waktu yang tak berapa tepat, maka Abi membuat keputusan untuk ke Seremban menaiki bas instead of the original plan nak naik komuter. Nina nampak blank bila naik bas. Inilah kali pertama dia naik bas. Oh, by the way, bila dah naik bas baru perasan yang selipar crocs Nina dah hilang sebelah...



Ni ialah keadaan di Param Seremban. Takde lah happening sangat. Pilihan pun tak banyak. Tapi itu dah jauh lebih baik dari Param kat Seremban Selatan. Kami beli Roti John, Air Laicikang 2 dan kueh apa ntah yang satu lagi tu.
Ni pula ialah gambaran semasa kami menanti bas nak gerak pulang. Nina sedang menikmati air kotak berperisa strawberry. Dia sedut semua sampai habis dan tak offer pun kat Abi.

Anyway, seronok dapat berjalan-jalan dengan Nina camni. Takleh la nak tunggu Myra dah cukup baru nak bawak semua keluar sebab by that time, takut Nina pulak yang dah hangin dok menunggu. Apapun, diharap agar Umi yang bakal mengetahui kebenaran ini selepas Raya nantik tak bengang dengan kami kerana pergi ke Seremban tak bagitau.

Memang patutlah Umi menyambut kami dengan muncung sedepa pada petang itu...Hehehe

Sunday, August 28, 2011

Short video Nina beraya

Video ni pulak ialah snapshot keadaan berhari Raya tahun lepas. Dalam sibuk merakam, terlihat pulak Nina nak tuang air....

Saturday, August 27, 2011

Awas! Video kantoi!


Video yang Umi cadang nak guna nak blackmail Abi dan Nina suatu hari nantik

Abi loves Nina

Antara video pertama yang dirakam sejak Nina lahir. Note Nina yang masih budak merah dan blank-blank tengok lampu. Hobi mencium Nina dengan ketat telah bermula sejak Nina kecik lagi dan video ini membuktikannya

Friday, August 26, 2011

Singin the lullaby to Nina

Abi nak tidokan Nina. Dok henjut-henjut buai tak tido-tido gak, Abi pun dodoikanlah dia.
Sekali, bila tinjau Nina, dia pulak yang dodoikan Abi balik...Nina-Nina...

Thursday, August 25, 2011

Nina, going to the playground 4


Nina, going to the playground 3


Nina, going to the playground 2

Sambungan dokumentari eksplorasi Nina ke playground area rumah...

Nina, going to the playground

Dulu-dulu, masa Nina baru dapat berjalan, Abi selalu bawak dia jalan-jalan keliling rumah dan taman. Selalunya, pergi checkout playground yang dekat rumah kat Seremban Selatanlah. Telatah Nina yang suka mengeksplorasi memang terserlha sejak dari kecil lagi. Hari ni kita akan saksikan salah satu dari arkib video keluarga. Dan ia dipost dalam 3-4 posting lagi pada hari ini so, don't x that tab, yet! Lepak lah kat blog ni lama-lama! Hehehe. Enjoy!

Amaninas dah degil!


There was this one day, I was looking after the Amaninas.
Mysteriously, both of them attracted to the standing fan.
I tried calling them but they acted as if I wasn't there.
Ohhh...Degil, ye?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...