Sunday, September 4, 2011

Myra



Faveret Myra ialah golek-golek atas katil

Myra akan menggunakan sepenuhnya ruang yang ada

Pastu baru dia tengok kita buat apa...

pastu tolong mana yang patut...

bersajak duatiga pam

hehehe..comel nya dia

Heyppp! Myra, takmau la masuk mulut (patutla dia senyum tadi)

(tahapalah projek dalam kepalanya tu)

??

Laa? Sujud pulak dia? Hehehe

Myra chaaakkk!!!!

Myra suka bergurau. Terutamanya ketika dia berada di pilot seat

Pose manjer dari Myra

distracted sekejap

Myra tengok aper, tuu?

Huh? Dia pulak yang takutkan kita?

Notice her muncung

Myra sedang menakutkan nakutkan Abi

My little driver

Nina, ahhhhh!

Nina tengah badmood pasal selsema. Sementara menunggu Umi buat susu, Abi melayan Nina. Dari kecik lagi, satu cara Abi nak ajar Nina minum air kosong ialah buat efek macam minum air kosong tu sedap sangat. Video ini menunjukkan betapa berjayanya indoktrinasi tersebut terhadap anak-anak.

Awas! Video adalah agak seksi...

Saturday, September 3, 2011

Anak Sedara -Alia

Ini ialah Alia Maisara. Mak dia Abi panggil Kak Tin.


Kak Tin datang rumah mak pada raya kedua nak jumpa dengan Amaninas. Malangnya, Amaninas pergi umah Atok dan Wan kat Ampangan. Jadi, melepaslah Kak Tin. Anyway, videoa berikut ialah Alia, anak tunggal Kak Tin.

Alia ni comel sangat dan tembam. Masa Alia kecik dulu, Abi pernah doa nak dapat anak comel macam Alia ni. Alhamdulillah, Allah dah kurniakan dua. Abi rasa, Abi kena stopkan doa tu sebelum keluar yang ketiga...

Alia

Perkenalkan, ini Alia Maisara

Before Nina, she is my favorite niece

I think she still is

Don't forget to catch her videos tonite around 8pm!

Gambar-gambar behind the scene Majlis Perkahwinan Uncle Zainal

Uncle Zainal tengah bersiap nak gunting rambut

Ajak a.k.a @podeh sedang mengatakan sesuatu

Semua pura-pura busy bila kamera dihadapkan kepada mereka

Uncle Ijam sibuk dengan DSLRnya.
By the time dia dah ready nak ambik gambar, sumer orang dah boring dan bla dari situ.
Kehkehkeh

Angkatan pakej hantaran dan gossip kampung

Ynag bertudung merah tu ialah Maksu, orang kedua paling penyabar selepas Mak
Yang baju merah tu kakak, wanita serba boleh

Bila dah puji baru nak say cheese...
Ada banyak lagi gambar yang nak diupload tapi sebab takde masa, mungkin lain kali ajer. Anyway, kami sekeluarga ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli keluarga saudara mara sahabat handai yang telah sudi mencemar duli dan turut serta dalam proses persediaan majlis kahwin Ana. Tanpa anda semua, tentu majlis ini tidak seceria dan sehangat hari tersebut. Sekali lagi terima kasih kepada semua!

Friday, September 2, 2011

Gambar-gambar dari majlis Uncle Zainal

Takde catering. Semuanya gotong royong

Pemuda harapan Mektam

Warming up sebelum gusti lengan

Pak Imam tanya Ana dah sunat ke belum

Barisan cewek yang menjadi tulang belakang majlis

Sedara mara belah pompuan

Pengantin Perempuan (Bini Ana)

Sain agreement kalau Ana dapat 4 juta, separuh kena bagi mak

Menunggu dengan penuh debaran: sekali lafazkah? Dua kali kah?

Imam saja jer buat slow-slow bikin panas...

MakCu, wakil dari Abdul Mutalib (bapak Ana)

Program menyarungkan cincin

Oops!! Cincin terlepas pulak....Fail dowhhh

"Takde, takde, gua tak bawak spare, derr" kata Abi dari jauh

Ana dan isteri bergambar dengan kengkawan
Selamat Pengantin Baru kepada Zainal Abidin dan isteri
 (punyalah hampeh Abi tak tau nama isteri Ana)

Uncle Zainal Kahwin!!!

Kepada yang mengikuti tweet-tweet dari Abi, pasti takkan terlepas bahawa Uncle Ana (Adik kedua kepada Abi) telah melangsungkan majlis akad nikahnya. Majlis akad nikah dilakukan lebih awal atas sebab teknikal dan kedua-dua mempelai ni, ultra busy orangnya. Majlis persandingan Insya Allah akan dilakukan pada Raya Cina.
Kelihatan para rombongan menunggu Imam habis berkhutbah kepada Uncle Ana

Henpon Abi ada problem sebelum tu, jadi banyak gambar dan peristiwa yang terlepas. Lagipun, Uncle Ijam yang dok berkepit dengan DSLR since petang, nampak macam lagi professional dalam part merakam hari bersejarah ni. Namun, ini tidak menghalang Abi dari merakam peristiwa paling penting dalam perkahwinan sesapa saja yakni: Majlis Akad Nikah.

Ini ialah raptai sebelum akad yang sebenar. MAsa akad sebenar, henpon Abi buat hal plakss..

Di kesempatan ini juga, Abi nak ucapkan TAHNIAH kepada Ibu: Puan Ramlah yang telah mendapat seorang lagi menantu.

Begitu juga kepada Ana yang baru bernikah. Abi tak ucapan kepada Ana except semoga Ana akan terus cemerlang dan gemilang dan semoga Allah sentiasa melingkungi kedua-duanya dan ibu kami dalam lingkungan rahmatNya.

Sempat jugak ambik video akad..hehehe

Tak lupa juga kepada aunty-aunty Amaninas yang bersengkang mata, bertungkus lumus menukar rumah mak yang tebaabo kepada sebuah mahligai yang indah. Sesungguhnya kami (the boys) amat bersyukur keran punyai adik-beradik pompuan yang baik dan bersopan santun tinggi. Thanks, guys!

Nanti Abi akan curi gambar-gambar dari Uncle Ijam dan post kat sini. Mamat tu buat nama jer ada DSLR, buat fotografi, tapi, sibuk tunggu dia dok zoom in zoom out, memory card Abi dah penuh dah dengan video dan gambor. Amender la bebudak zaman sekarang..Haishhh...


Myra Explore Rumah Wan

Hari Raya Tahun ni menyaksikan Myra Chak 1st time datang umah Wan kat Payabesarpedas. Walaupun kami tiba di sana pada pukul 2 pagi, Myra yang excited (as always) mula melepaskan diri dari pelukan Abi dan meneruskan pengembaraannya mencari apa-apa benda yang boleh dimasukkna ke dalam mulut. Kita saksikan sedikit video yang sempat dirakam pada malam 1 Syawal, sebelum Abinya sendiri blackout



Seperti yang kita saksikan, Myra memang suka mengembara. Walaupun kami tau, umur sebegini memang standard laa baby semua nak explore tapi kelasakan Myra membuatkan kami terpikir jugak nak letak Critter Cam kat belakang dia dan lepaskan Myra ke hutan Amazon umpamanya. Hehehehe.

Myra buli Nina?

Terjumpa gambar ni dalam henpon Umi. Ni mesti Myra buli Nina, ni...

...sekali lagi...

Nina Merajuk

Masa Raya Kedua, kami sekeluarga terpaksa keluar rumah nak ke Pasaraya membeli bembarang untuk anak-anak. Myra dan Nina ikut sekali. Oh ye! Terlupa pulak nak mention bahawa Nina kena selsema since malam raya. Jadi dia a bit cranky.
Kembali ke topik, berikut adalah video masa Umi dah keluar ke pasaraya dan kami semua kena tunggu dalam kereta. Myra dah pengsan. Nina pulak, sedang merajuk sebab tak dapat ikut Umi yang keluar.

Nina-Nina...dah besar dah dia...

Thursday, September 1, 2011

Melayan Myra Chak

Si Myra pulak, kalau berjumpa, kena layan dia dulu. Umi dah memang eksklusif untuk dia sorang. Nak kena dengar dia borak dulu, cium-cium pipi gembol dia dan lepaskan dia main sorang-sorang. Bila dia dah OK, barulah kita beralih kepada kakak dia: Nin.

Dah malam sikit baru kita ke Uminya pula...Hehehe

Wednesday, August 31, 2011

Memanjakan Nina

Sejak Nina dah semakin besar ni, Abi kena pandai-pandai jaga hati si Nina pulak. Satu sebab Nina ni manja budaknya. Satu lagi pasal kita tak mau dia rasa yang kita lebihkan Myra. Jadi, bila time Abi baru bertemu dengan mereka, setelah melayan Myra (Myra memang kena layan dulu!), Abi akan layan Nina. Kena manjakan, kena yomyom. Kalau tak kang, Nina akan merajuk dan main henpon sepanjang malam...


Nina berlari ke arah air pancut di Tepian Gelanggang, Paroi

Cool, kan? Takde penghalang

Umi melarang Nina dari terus ke punca air

Menikmati air

Selamat Hari Meredeka!

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H dan Hari Kemerdekaan ke 54
(harini Abi sangat bahagia kerana semua yang Abi sayang ada di bawah satu bumbung)
Mak, Ajak, Ana, Imah, Zahrah, Zaidah, Dolah dan lebihlebih lagi:
Umi and the amaninas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...