Saturday, June 16, 2012

Amaninas, dancing infront of the TV

One of the many things that I love watching Amaninas is when there's a commercial being aired on the TV, or the singing part while watching their favorite cartoons. It usually starts with Nina standing and flexing her small fingers as if ready to dance. Then she starts humming to the song or mimicking the actions she sees in the screen. And while doing all these, her eyes are glued to the tube.

Myra after seeing how excited Nina is, would then copy her. Myra usually starts singing her own song (not even close to the one's playing), then jump or squat around as if trying to dance.

At times these two creatures would bump into each other and laughters would follow. Usually it's tears. But it's always fun watching these sisters noting a song means dance and dance is fun.


*I remember the time when Nina would dance hysterically whenever she hears Shakira's Wakawaka song. Is this a trend? Hmmm...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, June 15, 2012

Facial, cara Myra

Hello. Nama saya Amanina Humaira. Lebih mesra jika dipannggil Aya ajer. Harini Aya akan tunjukkan cara-cara membuat facial, dengan menggunakan elemen-elemen semulajadi yang ada di sekeliling kita.


Mula-mula, kita kena kenalpasti mangsa kita. Macam di tempat Aya ni, mangsa amat mudah didapati di sofa-sofa atau di depan TV, terutamanya pada waktu-waktu lepas makan tengahari. Untuk kali ini, Aya akan gunakan Abi sebagai model. Bila kita dah kenalpasti mangsa, kita regangkan otot muka dan jantungnya dengan menyerang mangsa dengan tiba-tiba...

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah kita perlu berguling-guling atas mangsa kita bagi mengendurkan otot-otot yang tegang akibat stres terkujat tadi. Ini dilakukan dengan membentangkan mangsa ikut arah kiblatt dan kita roll atas badan dia sebanyak 3x. Ada sesetengah kajian mengatakan rolling sebanyak 7x boleh mengurangkan risiko darah tinggi tapi Aya jarang dapat roll sampai 7x sebab Abi biasanya akan geletek Aya by roll yang ke 4.

Setelag otot badan dan muka dikendurkan, kita mulakan sesi dengan terapi bantal. Bantal telah digunakan sejak beribu tahun sebagai pengalas kepala manusia tatkala mereka tidur. Hasil kajian menunjukkan , wajah yang disembam dengan bantal, adalah lebih licin dan bercahaya, daripada mereka yang tidur tidak berbantal, atau yang berbantalkan lengan. Caranya mudah saja. Gigit setiap bucu bantal, kasi ia berlumur dengan air liur dan sapukan bantal (part basah tu) kat muka mangsa. Lihat! Perubahannya berlaku hampir serta-merta!

Kemudian kita beralih ke terapi melanin. Kita akan gunakan block mainan Ben10 3x3 memandangkan kulit muka Abi ni, ada banyak bekas parut jerawat. Blok tersebut, di solvekan dulu, kemudian barulah dilulurkan ke seluruh bahagian wajah. Awas! Blok in amat pedih kalau termasuk ke dalam mata. Sila bilas dengan air yang banyak sebagai langkah First aid.


Akhir sekali, barulah kita kejutkan mangsa kita dengan senyuman. Kita akan dapat lihat perubahan serta merta mangsa di mana wajahnya akan kelihatan lebih ceria dan tidak membuta masa Aya ajak main-main.


SEKIAN


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, June 13, 2012

Hantu Kecil Mengganggu Seremban selatan!

Selepas makan tengahari pada Ahad lepas, semua orang tertidur dek kepoweran masakan Umi. Seingat Abi, Amaninas dah tido dengan Myra dahh siap berbantal dalam buai serta Nina dah bergulung di lantai. Abi yang cuba menidurkan Nina dan Myra, dikesan turut serta terjebak dalam aktiviti berjemaah tersebut. Di bawah buaian Myra.



Namun, kelazatan tidur Abi tidak berkekalan. Dalam lebih kurang pukul 330pm, Abi terasa macam ada sesuatu menghimpitnya. Dada Abi terasa sesak dan pernafasan menjadi sukar. Alangkah terkejutnya Abi apabila sebaik membuka mata, satu lembaga putih berdiri hampir dengan Abi, seolah mahu muuuah Abi. Abi yang seolah 'dikunci' tak dapat berbuat apa-apa selain redha dan pasrah ajer muka Abi dilumur dengan cecair yang berbau familiar. Setelah lembaga meninggalkan cecair jernih kat hidung Abi, ia bergerak ke dapur sebab Umi panggil dari bilik belakang. Lembaga itu pun lari terkedek-kedek macam penuntut satu sekolah dengan Naruto.


Bila line dah clear, barulah semangat Abi pulih dan ada tenaga nak bangun menyelamatkan diri. Bagaikan terjaga di twilight zone, Abi tersentap melihat Nina yang sedang baca buku tak jauh dari tempatt Abi terbaring tadi. Yang menyentapkan Abi ialah tajuk buku yang Nina baca. Abi tertunduk insaf. By this time, hantu kecil tadi dah bukak kain selubungnya dan terlihatlah Myra yang comel. Laaa. Myra rupanya. Mereka berdua menyerang Abi dengan Myra berdiri atas perut Abi sementara Nina suruh angkat dia buat macam superman. Khuatir akan diganggu lagi, Abi akur...

Iklan di televisyen menyelamatkan Abi apabila Nina dan hantu kecil lari mengadap depan tivi untuk layan iklan tu. Abi mengambil kesempatan ini untuk bangun dan menyelamatkan diri...


SEKIAN


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, June 12, 2012

Amaninas when they are asleep

After a whole day of rrunning around, screaming, wiping those asses, finally it's time to sleep. The routine starts with lights off. Myra and Nina will automatically look for their bantal busuk and awu respectively. Once found, they'd assumed their positions on the tilam spread at the living room, in front of the TV.


If there aint any ads on the tube, Myra will roll around the bed, checking the whole perimeter for cool spots, or anything that will distract her from the TV. Usually she'll endup underneath the two seater sofa or under the TV rack.


Nina oon the other hand starts to loook for Abi's handphone and start playing games. She likes playying prreschool kids games like coloring, fixing blocks in its places or smashing bottles in Bottle Shoot.


Myra would fall asleep once she got her bottle of milk. Nina inherited Abi's insomniac where she doesn't sleep. She just black-out.


Abi loves watching Amaninas sleeping. Like now. Myra with sweat all over her forehead and Nina's face, it's calming just staring at them.


This alone, can make Abi forget about how hectic the day was.. Thanks, Amaninas, thanks, Umi. Thanks, ALLAH. ALHAMDULILLAH


My daughters...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, June 11, 2012

Petang Ahad di Seremban Selatan

Petang Ahad, macam biasa Abi diperas ugut oleh Amaninas untuk membawa mereka ke playground taman. Abi akur setelah Myra duduk katt muka Abi, dengan pampers yang penuh.. Dengan berry.


Petang tu orang tak ramai. Pasukan volleyball taman kelihatan leka bergotong royong membersihkan semak sekeliling court. Budak-budak ada yang main futsal, ada yang main kejar-kejar. Ramai jugak yang main apa benda ntah yang dihurungnya ramai-ramai kat satu bench tu. Barbie ke apa ntah. Nina, Puteri dan Maya sesampai jjer playground terus attack playhouse dan tak banyak kesukaran untuk mereka terus blend in dengan bebudak lain yang terjerit-jerit main 'buaya-buaya'. Myra pada mulanya leka berpeluk dengan Abi. Setelah Abi biasakan dia main gelungsuur dan setelah Myra got the hang of it, dah segala gelungsur pulak yang dicubanya. Tak padan dengan kecik betul Myra.


Balik rumah sekitar 645pm, kami singgah kat satu kedai runcit tu beli air sorang satu. Puteri nak mintak belikan sekali untuk abangnya; Adam tapi Abi kata takkan nak beli untuk atok, wan dan toknyang sekali. Tergelak besar akak kedai.


Malam tu, lepas mandi Nina terus tidur. Myra pulak macam biasa, perasan manja dengan mengada-ngada menangis tanpa sebab hinggala beliau disumbat dengan botol susu kira-kira pukul 1030pm. Lepas dapat bekalan gangliosidanya, Myra terus ke LalaLand. Nina pulak dah bangun.


Tapi malam tu, Nina tak berapa aktif. Setelah dapat sebotol susu dan bergolek-golek hampiar 3/4 ruang tamu, barulah Nina tidur lena. Abi pulak yang tak dapat tido dan kali terakhir Abii tengok jam malam tu ialah pada 330am.


Sekian.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, June 6, 2012

Messages from Myra

Some videoa from yesterday. Abi in no mood today


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, June 5, 2012

Happy Birthday Nina!

3rd June 2012, genaplah usia Nina ke 3 tahun. Takde apa-apa yang special dirancang pada hari 3 haribulan tu. Semua dipinda ke 4 Julai dimana pada birthday Umi tu, kami akan celebrate birthday Nina, Abi dan Umi one shot. Myra ialah pada bulan Oktober.


Selama 3 tahun Nina membesar, banyak yang Abi dan Umi pelajari sebagai parents dan sebagai suami dan isteri. Sebagai parents, kami belajar mendengar, bersabar dan berlatih tidor selama 3 jam jer sehari. Sebagai suami isteri pulak, kehadiran Nina menyukarkan Abi dan Umi nak cuddle-cuddle sebab tiap kali kami cuddle atau nak hug sekalipun, Nina akan throw herself between us. Walaupun usaha yang persisten dari Nina yang sebegitu sempat, jugak Myra keluar. Hehehe


Abi dan Umi masih ternantik-nantik panggilan pertama Nina kepada Umi. Sekarang ni, Abi ke, Umi ke, Nina panggil 'biii' jer. Ada gak sekalisekala (sejak dah dok kat babysitter ni), terdengar Nina panggil Umi; 'maa'. Sungguhpun begini, sebutan Nina untuk perkataan macam 'adoi' dan 'taknak' amatlah jelas. In fact, panggilan 'Aya' yang digunakan untuk Myra itu, bermula dengan Nina memanggil Myra.


Nina sifatnya pengemas. Dia tak suka sepah-sepah, especially kalau Myra yang sepahkan. Perangai Nina ialah kat mana dia ambik sesuatu barang, kat situ jugaklah dia akan pulangkan (kalau dia ingat). Nina juga dah boleh harap untuk simpankan bedak dan sikat tiap kali lepas digunakan lepas mandi. Nak sidai towel jer diaa tau kat mana tapi sebab tak sampai...


Antara sifat yang tak berapa best ialah Nina ni pengemas, maka semua mainan yang diusik Myra akan dirampas dan disimpan. Myra pulak degil, akan rampas balik dan mereka berdua akan main rampas-rampas sampai ada yang menangis dulu. Satu lagi ialah time nak kasi makan. Abi paling selalu lost temper pasal ni, lah. Nasik Nina takbley letak kuah yang kaler-kaler. Maka yang sesuai hanyalah sup atau sikit-sikit air masa masak sayur, tu. Part sayur, Nina takde masalah. Lagi satu bab makan ialah suapan pertama mesti perfect. Takbley ada silap macam ada rasa pedas, tangy atau yang pelik-pelik. Kalau tak, Nina taknak makan altogether. Nak mudah, suapkan cebisan ayam atau lauk dulu, kasi bangkit selera. Lepas tu baru kasi nasik.


Part tido pulak, Nina mewarisi sifat Abi yang nocturnal. Kalau dia nampak Abi masih sedar, dia akan teman Abi sampai Abi tidor. Biasanya dia akan suruh Abi ajar dia main game di hempon, atau ajar cara conteng buku yang terbaru. Lepas tu, diam akan bergolek dan peluk leher. Tu maknanya dia dah nak tido. Kasi goodnite kiss dan tutup mata dia dengan selimut busuk dia. Bercakap pasal selimut busuk Nina ni, selimut ni time nak basuh punyalah siksa. Nak kena buat masterplan, divert attention Nina selama dua jam untuk basuh dan kasi awu tu kering. Kasi Nina tak ingat pasal awu. Kalau tak, selagi tak jumpa dia nanges.


Anyways, Nina tak putus-putus mengejutkan Abi dan Umi dengan telatah dan pengetahuan baru yang dipelajarinya. Segeram manapun kami, ia amat berbaloi demi si budak comel yang sedang cuddle di bawah ketiak Abi sekarang ni.


Happy Birthday Nina. Alhamdulillah, kami tabah menempuh hari ini, asbab dari mu...


Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...