Tak banyak yang nak dilaporkan pasal Ali Zharfan atau nama hashtagnya #JackJack selain beliau semakin gembol, isap susu dah naik dari 4oz ke 8oz, berat dah 6.5kg, dah pandai berborak bergurau dan drama, boleh meniarap tapi kena tiarapkan sebab perut dia bulat sangat, suka tengok orang berborak buat muka macam paham, isap susu tepat 3am setiap hari, dan Abi n Umi n kakak-kakaknya sayang Ali.
Berikut adalah gambar terbaru paling sensasi pasal Ali diikuti dengan gambar kakak Aya dengan rambut samurainya dan Kak Nina sedang sibuk tengok iklan.
Monday, May 20, 2013
#JackJack May 2013
Sunday, May 19, 2013
Selamat Hari Ibu
Haritu Nina bawak balik hasil kerja dari Taskanya. Umi ambik dan lekat kat fridge. Abi tak perasan sampailah ada sekali tu Aya nak apa benda ntah dari dalam peti ais. Cuma tak sempat nak post sebelum Mother's Day jer.
Apapun, Selamat Hari Ibu kepada Umi, mak, dan semua ibuibu di luar sana. Ingat! Anda ISTIMEWA...
Saturday, May 18, 2013
Buku Jalanan Seremban Selatan ?
Selalu gak time Abi menyibukkan diri kat tingkat atas buat hal-hal #zineskizo nya terdengar Umi bising-bising pasal suruh Amaninas susun balik buku. Tapi, Abi tak pernah nak turun check apa dia sebab tau dah, kombinasi Aya dan Nina time-time Magrib memang bererti kesepahan pada rumah. Jadi, tak pernahlah ushar.
Tapi semalam, lepas makan basuh pinggan ambik masa lama sikit. Masa basuh pinggan tu, terdengar Umi jerit kat Amaninas suruh susun buku. Abi yang sedang fokus pada membilas sabun pada pinggan kaca yang agak berat jugak, takdelah ambik port. Selesai doin the dishes, Abi kedepan dan Masya Allah!
Taulah #zineskizo Abi akan buat appearance di @BJSeremban 18hb May di Lake Garden Seremban, ni anak-anak Abi dah berlatih dah kat umah susun-susun buku. Haissshhh budak-budak ni.
''Sudah! Sudah! Aya, Nina! Kemas balik!''
Tuesday, April 23, 2013
Aktiviti bulanan Nina: masuk wad
Sekali lagi, Nina diwadkan. Menurut Umi, pagi tadi masa nak hantar Nina ke Taska, dia dah batuk-batuk tapi tak teruk. Dalam pukul 10am camtu,, Umi plak rasa tak sehat dan ambik MC. Dandan time tulah, cikgu Nina call Umi dan kata Nina batuk-batuk dan suhu badannya mula naik. Umii ambik Nina dan terus bawa ke spital.
Di spital, kadar oksigen Nina rendah. Dah bagi bantuan oksijen sebanyak 5liter pun, cuma naik takat 95%. Oleh sebab itu, Nina ditahan wad.
Abi sampai 5minit kemudian. Abi pun take over tugas Umi yang by that time dah rupa macam orang kena buatan orang (tu dia perumpamaan...)
Sebelum naik ke wad, Xray dada Nina diambil. Sampai diwad, lepas satu-satu, doktor tanya soalan tak relevan yg sama seperti apa perkataan yang Nina dah boleh sebut atau bolehkah Nina buat lukisan pada Abi yang dah memang tak berapa nak waras sebab menahan sakit tekaknya.
Menjelang pukul 830pm, dah dapat teori apa masalah dengan Nina. Kabarnya, Nina kena minor lung infection dan diorang cuma kasi ubat demam dan ubat asthma tu yang perlu diberi pada Nina setiap 4jam. Berpuas hati dengan teori yang diberikan, Abi berlari ke wad kecemasan untuk mendapatkan ubat sakit tekaknya.
Sejam lebih Abi dok menunggu, barulah tiba giliran. Masuk-masuk bilik rawatan, para doktor kebanyakannya berfacemask dan terbersin-bersin. Abi terus cerita apa masalah. Doktor kata Abi ada tonsil bengkak dan kasi antibiotik, ubat panadol dan ubat kumur-kumur.
Moga-moga kesihatan Nina kembali pulih dan tekak Abi tak sakit lagi by besok sebab semua orang ada banyak keje.
Tapi, buat masa ini, Abi nak tidokan Nina dulu dan kita sambung lagi di lain kali...
Saturday, April 20, 2013
Amaninas Looking over #JackJack for a while
![]() Kakak-kakak yang bertanggungjawab... |
![]() |
| #JackJack becok lately. Tak pasti dia nanges ke, borak ke, komplen ke... |
![]() |
| Nina pandai layan adik. Tengok mainan-mainan yang dia susun |
![]() |
| Aya pulak memantau keadaan sekeliling |
![]() |
| #JackJack rimas orang memekak-mekak keliling dia |
![]() |
| Nina terus melayan #JackJack |
![]() |
| Bagus Nina ni... Now, mana Aya? |
![]() |
| Opocot!! Budak Aya niiiii!!!! |
Friday, April 19, 2013
Ali paham omputeh?
Tapi lately, kami baru tahu yang #JackJack mendengar dengan lebih fokus jika kami agah dia guna bahasa omputeh. Tengok video ni. Matanya bulat mendengar Abi cakap omputeh dengannya...
Hokayyy...
![]() |
| Tengok tu mata dia. Cam pahammmm jer |
![]() |
| Kakak Nina cuba mengajar #JackJack cara tengok jam |
![]() |
| Aya cuba memakai jamnya |
Friday, March 29, 2013
Ali yang gembol
Alhamdulillah, berat Ali semakin menaik. Kali terakhir timbang ialah 4.2kilo. Menggomol #JackJack dewasa ini, adalah satu kemestian...
Wednesday, March 27, 2013
Kejuruteraan Sendawaan
JackJack isap susu macam Abi mentekedarah jajan. Masa memula dulu, Umi larat jugak nak beli sekotak-sekotak Anmum langkah 1 tu. Lepas kotak ketiga, terus kami ambik keputusan tukar ke susu yang murah sikit. Dah dua tiga kali tukar dah sampai Abi pun dah lost, apa brand yang Ali isap sekarang.
Namun, itu tak menghalang semangat Abi dalam memastikan JackJack bekalan 4oz setiap duajamnya tidak terputus, walhal diwaktu sepertiga malam sekalipun. Inilah sebabnya mengapa timeline Twitter Abi, manjang penuh memalam membawa ke subuh.
Apapun, Abi dan Umi bersyukur sebab Ali semakin tembam dan 'terasa' semasa mendukungnya. Takdelah macam masa memula KeboiKeboi dulu, semua komplen rasa macam dukung botol kicaplah, dukung anak patunglah. Kekekeke.
Oh ye. Satu perkara yang agak meletihkan dalam hal memberi susu pada JackJack ialah bab menunggu dia sendawa. Sebab dah dua tiga kali, Ali terus tidur lepas isap susu, susu dimuntahkannya keluar dari mulut dan hidung. Seram jugak Abi dibuatnya. Sejak dari itu, Umi dan Abi memang akan pastikan JackJack sendawa dulu sebelum hanyut dalam milk-highnya. Dan nak menyendawakannya tu bukan senang. Dek mendalami ilmu menyendawakan JackJack nilah, Abi telah ubahnya dari satu seni, menjadi kepada kejuruteraan. Kejuruteraan Sendawaan.






















































