Sunday, July 17, 2016

The world is one big playground

Diorang ni main tak kira tempat. Kat rumah, dalam keta, dalam shopping kompleks, rumah babysitter. Tak takut orang langsung anak anak gua ni. Bila dorang bertiga dah berjumpa, dunia ni jadi umpama taman permainan mereka...

Makan makan kat umah mak

Memang menjadi ritual keluarga mak, agaknya. Kalau nak panggil kami adik beradik balik berkumpul, ayam pasti terbakar. Kalau kami berkumpul reramai jer, mesti nak bakar ayam. Takpasti bila ia  mula jadi ritual tapi, itulah keadaannya. Takde masalah, pun. Cuma pemerhatian jer.
Apapun, haritu malam tiga hari raya, mak buat bakar ayam lagi dan kami adik beradik berkumpul sekali dengan anak isteri. Dah makin meriah rumah mak, sekarang. Dengan Hakimnya, dengan Mardiah dan Aishahnya, dengan tiga serangkai gua, lagi... sambil tunggu ayam terbakar, kami semua main bunga api dan mercun sumbangan kaki bakar keluarga kami; Uncle Ajak.
Maksu dan tiga hulubalangnya juga ada sekali. Pergh, dah makin bujang anak maksu. Tinggi lampai dan hensem hensem...
Apapun alhamdulillah, mak sihat dan gembira jer nampaknya...

Monday, June 6, 2016

I love you

What more can I say?

They are my wish since I was a kid.
And watching them growing up, being there during their school events, calming and putting them back to sleep when they wake up at nights, feeling the pain when they fell sick, putting a truce in fights between them and their mother, and most importantly, discovering and learning more about me and Umi, in building this lil something called family.

Subhanallah wabihamdihi.

Sincerely...

Sunday, May 29, 2016

Hari Sukan Taska Mindaku

Pagini tadi tidur Abi yang tak berapa nyenyak telah diganggu oleh kejutan Umi yang mengingatkan hari ini adalah Hari Sukan Taska tempat Aya dan Ali belajar. Dengan mata separuh terbuka dan minda yang masih di astral plane, terpaksa jugalah Abi turut serta ke Kompleks Belia dan Sukan, Paroi.
Event berlangsung macam biasa dengan mak bapak sibuk melayan telatah anak anak, para cikgu sibuk susun susun hadiah dan para quartermaster menghalang pejoging pagi dari memasuki kawasan yang diasingkan untuk hari sukan. Cumanya matahari pagi pukul 9am lagi dia punya panas dah macam tengahari. Risau jer Umi dan Abi tengok kids berarak kat tengah panas tu.

Ali masuk satu acara. OKlah, dapat hadiah saguhati. Aya pun masuk satu acara dan dapat nombor satu. Umi dengan Nina lah yang rajin bersorak dan memberi semangat pada Aya dan Ali. Ali masih blank taktau what's going on lagi tapi Aya penuh dengan semangat dan minat.

Selesai acara hari sukan, kami menyempurnakan pagi yang indah dengan melawat kedai mamak berhampiran..

Tuesday, May 3, 2016

Ali at the barber shop

Dulu dulu nak bawak Ali pegi barbershop memang bercinta. Bukannya reti nak dok diam. Sekarang tidak lagi. Seperti kakak kakaknya yang cepat pikap, Ali macam dah tau apa nak buat bila sampai barbershop. Part menunggu giliran tu kita skip sebab ada banyak mencarut, aksi kejarmengejar dan amat mencemaskan bagi mereka yang belum berumahtangga.

Bila turn dah sampai, belum sempat macha tu taruk papan alas tempat duduk, Ali dahada atas bangku, senyum senyum jelirjelir lidah kat cermin. Bila macha tu pakaikan kain alas, lagak Ali angkat kepala bagaikan waibi yang mahu trim kumis di butik kecantikan. Bila macha tu start mesin rambut, Ali mula terkekek menahan geli dan menyukarkan proses nak bagi guntingan kemas. Biasanya part ni Abi terpaksa lend a helping hand dengan memegang kepala dan bahu Ali bagi macha tu abes buat keja.
Part paling mencemaskan adalah bila nak cukur tu takut tibatiba ada keta dengan ekzos mereng lalu kat luar yang buatkan Ali terkejut dan toleh kepala nak pandang luar. Tapi setakat ni Ali ok.

Rupa Ali sebelum dan selepas gunting rambut sama jer comelnya.

Ali the sweetheart

Ali seorang yang berpengaruh kat rumah ni. Beliau single handedly telah berjaya menukar istilah yang digunakan dalam rumah ni untuk ke toilet dari "ek-ek" atau "yakcuk" atau "toilet" ke "B.O"
Jika kakaknya Aya sering mengkagumkan Abi dengan kecelotehannya, Ali pula dek drama dan jelingannya. Ali punya drama memang tahap teater punya. Beliau tak perlu nak merajuk star macam Aya untuk dapatkan apa yang dia nak. Dia mengadu terus kat Abi dengan suara memujuk comelnya. Tu yang Abi cair dan selalu backup Ali, terutamanya dalam perebutan hemfon sapa main game dulu, misalnya.
Haishhh. Anak bujang den...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...