...recently I noticed, I am most calm when watching Amaninas sound asleep...
Thursday, November 8, 2012
Tuesday, November 6, 2012
Amaninas Melompat atas katil
Some videos from posting 'Bergelumang Dengan Amaninas' dulu...
Monday, November 5, 2012
Friday, November 2, 2012
Amaninas, selongkar stok cincin Umi
Menyelongkar, menyusun semula, seraya menyepahkan stok cincin milik Umi, memang merupakan hobi, kalau bukan tujuan hidup Amaninas setiap kali masuk ke dalam bilik tidur.
Tiap ada peluang, mereka akan naik ke tingkat atas senyap-senyap, dimulakan dengan Aya yang akan berlari straight ke rak tempat simpanan stok cincin tersebut disembunyikan, diikuti oleh kakaknya Nina yang pada mulanya sekadar nak menghentikan perbuatan nakal Aya. Tak sampai seminit, Nina akan mula berpakat dengan Aya untuk membahagikan stok cincin yang ada.
Pakatan rompakan, bertukar menjadi perbalahan apabila Aya, yang biasanya akan tidak bersetuju mengongsikan penemuannya, diikuti oleh reaksi retaliasi oleh kakaknya Nina. Ini akan berkesudahan dengan pergaduhan yang agak fizikal dan berdesibel tinggi.
Dan pada masa itulah biasanya, perbuatan mereka ini kantoi kat Abi...
Friday, October 26, 2012
Tribute to a Nokia
Semalam tah mana dikoreknya, Aya main-main dengan hemfon Umi yang lama. Hemfon ini sebenarnya Aunty Wanee yang pinjamkan kat Umi masa hemfon Umi rosak. Dah memang kebiasaan meminjam terus memunyakan, maka hemfon ni terus bersemadi dalam keluarga kami. Anyway...
Apa yang Abi nak kongsi di sini ialah kenangan yang sempat dirakamkan melalui hemfon ini. Sama juga dengan hemfon N70 Abi (yang hilang dalam kemuter) yang menjadi sumber utama gambar-gambar dan video dalam blog ini pada asalnya. Resolusi hemfon nokia yang ni taklah begitu power, jadi kebanyakan gambar yang diambil dengannya, tak dapat masuk ke blog ni.
Dan harini Abi terjumpa hemfon tersebut dan terus teringat detik yang dilalui ketika melihat kembali gambar dan video yang terakam dengannya.
''Everything, is just another thing. Until it means something'' - Abi, 22nd Oct 2012, katil 24 wad 8A, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Negeri Sembilan.
Saturday, October 20, 2012
Nina Warded
Nina start demam Selasa lepas, kata Umi. Rabu lepas dah bawak pegi klinik dan macam biasa, doktor bagi a bag of ubat dan suruh monitor for 3 days.
Rabu, Nina OK. Khamis pun OK. Tapi start Jumaat pagi, Nina jadi inactive dan suhunya mula naik. Bagi makan taknak, bagi minum pun berpaksa. Menjelang malam, suhunya main area 38.5 C ke 39. Malangnya baru perasan ubat bontot dah takde stok dalam fridge. So the whole night Umi and Abi took turn basahkan dahi Nina dengan towel basah.
Pagi Sabtu Abi terus bawak Nina pegi Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Doktor terpaksa menahan Nina for 2 hours, sementara diorang masukkan air setelah lihat bibir Nina yang kering.
Sekarang, Nina sedang tidur. Abi kat sebelah menaip benda-benda ni. THANKS for the prayers and wishes Nina is receiving via Twitter. I makes Abi glad, knowing she is loved by many.
Please, get well soon Nina...
























































