Mungkin kengkawan twitter Abi tertanya-tanya kenapa Abi suka betul tweet chorus lagu Pitbull Don't Stop The Party tu. Tak. Ia takde kena-mengena dengan pilihanraya dimana para pengundi berdaftar perlu ada parti pilihan kalau tak mahu dilabel atas pagar. Dan bukan juga kerana Umi yang dalam pantang, maka Abi dan Amaninas boleh berparty (party la sangat). Sebabnya mudah ajer dan ia diterangkan dalam video di bawah ini.
Wednesday, February 20, 2013
Tuesday, February 19, 2013
#JackJack
Seperti yang dijanjikan pagi tadi. Ni dia gambor #JackJack lepas isap susu....
Sunday, February 17, 2013
Pukul berapa nak tidur, ni?
Rajin betul anak-anak Abi ni menulis. Dah pukul 12, baru nak mula mengaler...
Thursday, February 14, 2013
Amaninas yang nakal
Inilah rupa Amaninas sedang dimarahi. Gambar ni diambil semasa Umi masih di wad kerana Ali masih demam kuning. Masa ni, baru lepas makan. Aya seperti biasa akan mula baca buku atau kaler-kaler. Si Nina pulak, akan mengacau apa saja yang Aya sedang buat. Akibatnya, Aya akan menangis dan tangisan Aya adalah kepantangan baru dalam rumah bila time Abi ada. Seperti malam ini.
Setelah membebel sampai jiran dua blok pun boleh dengar, Abi memaksa Amaninas berkongsi. Dilihat disini, Amaninas bukan saja boleh berkongsi malah nampak comel ketika melakukannya. Barulah Abi yang dah separa koyak baju sebab nak jadi Hulk, kembali ke bentuk normal...
Anyway, graf kelasakan Amaninas dijangka akan terus meningkat, selari dengan peningkatan umur mereka. Abi nak gunakan peluang ini untuk mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu kebapaan demi menghadapi #KeboiKeboi yang bakal membesar. Dikatakan, budak lelaki lagi nakal. Kalau Amaninas dah macam ni, Abi risau masa depan Abi bila #keboikeboi dah masuk 3 tahun nantik. Haissshhh...
Wednesday, February 13, 2013
Dinner di Awe Tomyam, Seremban
Haritu, balik dari rumah Wan Pedas, kami straight mencari ATM Bank Islam yang dilaporkan ada di Rembau oleh Uncle Dolah. Cari punya cari tak jumpa-jumpa, fedap dengan tawaf keliling town Rembau yang tak berhasil, Abi terus memecut laju kembali ke Seremban.
Jalan dari Rembau ke Seremban melalui Sungai Gadut pada malam itu taklah berapa sesak cuma Nina dan Aya yang dok kat bahagian depan keta yang dok bergasak membuatkan pemanduan menjadi agak cabaran.
Sesampai di pekan kami terus ke satu-satunya cawangan Bank Islam kat town iaitu kat trafik light Perpustakaan. Telanjur dah kat town dan masa dan dah masuk waktu makan, kami terus ke Awe Tomyam kat area Jalan Pasar.
Kedai makan tu agak penuh jugakla malam tu dengan wajah mereka di meja yang masih kosong agak tegang. Selesai mengambil oder, barulah pelayan memaklumkan yang pesanan akan sampai agak lambat. Umi dan Abi berpandangan sambill menelan air liur.
Alhamdulillah, pesanan sampai taklah selama yang disangka. Tapi, serentak sampainya pesana, Ali pulak buat drama nak susunya. Setelah muncungnya bersumbat, barulah dia senyap. Upacara makan dimulakan oleh Umi sebab kueyteow kantonisnya sampai dulu.
Baru dua suap, nasi goreng pattaya Abi dan Amaninas pulakk sampai. Umilah yang menyandang tugas menyuap makanan pada Amaninas, sementara Abi fokus pada bagi Ali susu dan ritual menyendawakannya kemudian. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.
Selesai makan kami terus balik. Semua terbungkang sampailah Ali kejut semula dengan drama kesusuannya. Macam biasa...
Tuesday, February 12, 2013
#KeboiKeboi
Umi dahada nama kalau baby yang keluar ialah lelaki. Ariel Rafiq. Abi pada mulanya takde komen dengan cadangan yang dikemukan, memandangkan dia sendiri memang takde apa-apa idea. Abi tertarik dengan nama Zulkarnain sebenarnya tapi taklah begitu menekankannya sebab Umi macam dah melekat dengan nama tadi, lebih-lebih lagi bab 'Rafiq' yang bermakna 'peneman' tu. Abi cuma risau dengan pengaruh kurang sihat yang meliputi nama 'Ariel' memandangkan ia adalah nama vokalis subur band dari Indonesia: Peterpan.
Memandangkan kehadiran Boboi yang tiba-tiba, serta masih belum ada persefahaman antara Umi dan Abi akan penjenamaan yang sesuai sempena baby boy yang lahir pada 8 Jan 2013 jam 1616 petang itu. Segala urusan penggugelan disandang sepenuhnya pada Umi yang masih ditahan diwad atas sebab prosedur rutin kelahiran melalui pembedahan, ditambah dengan tekanan darah Umi yang masih belum menampakkan tanda-tanda penurunan. Abi pulak yang masih culture-shock kena jaga dua tuan puteri terlasak di Seremban, tau nak menambahkan lagi tekanan pada Umi tiap kali datang melawat ke tingkat 6, Hospital Tuanku Jaafar Seremban.
Akibat kelambatan itu, Boboi digelar 'boboi boy' ajer dari saat beliau lahir. Bersempena dengan panggilan manja kakak Boboi semasa kecil iaitu 'Myra -chak' yang bertukar menjadi 'chakechak' bila disebut lelaju, nama timangan Boboi juga bertukar menjadi 'keboi'. Akibat selalu sangat diwiridkan tiap kali Abi datang melawat agaknya, nama #keboikeboi terus melekat pada Boboi walaupun nama 'ALI ZHARFAN' telah dianugerahkan pada 15hb Jan (setelah didesak oleh Uwannya dari Pedas).
Apa maknanya, kita semua bolehh gugel sendiri. Pada Abi, yang penting Ali dah keluar dan sihat dan Umi yang mengeluarkan Ali juga selamat. Walaupun Umi masih ditahan diwad sebab tekanan darah tinggi dan Ali sebab demam kuning, Abi syukur sebab semuanya teratur.
Allah memang Maha Hebat dalam pentadbiranNya..
Saturday, February 9, 2013
Nina di Taska
Abi sempat ambik dua keping gambar jer masa 1st day Nina masuk Taska, lepas dia sembuh demam campak last two weeks. Gambar selebihnya ialah masa sambutan Maulidur Rasul.
Dalam sambutan tu, Nina dan kawan-kawan lain tak menyerlah sangat. Yang menyerlah ialah Aya. Semua orang sibuk nak tangkap dia, jer.




















































