Nilah dia puteri pertama Abi dan Umi; Amanina Zahra. Rajin orangnya, lurus. Pelat sikitsikit. Pantang jumpa cermin atau benda yang boleh merefleksikan bayangnya, maka otomatik dia akan posing ala model, gitu. Kakak yang penyayang dan beralah. Selalu mengalah dengan Ali. Kawan baik dan mentor Aya dalam projek projek jahat. Adik adik Nina biasanya mengikut jer apa yang Nina buat. Maka tu yang selalunya, Nina yang kena marah dulu.
Apapun, Abi dan Umi tetap sayang Nina sama macam hari pertama kami menerima beliau ke dalam hidup kami. Walaupun lately nampak macam banyak tumpu pada menangkap Aya dan Ali yang tak reti dok diam...
Sunday, September 13, 2015
Amanina Zahra
Monday, September 7, 2015
Menolong Abi mendobi
Dewasa ini, makin banyak kedai dobi self service yang bukak seluruh Malaysia. Ia agak membantu juga terutamanya mesin pengering bila musim hujan. Dan seperti ibubapa urban yang lain, Umi dan Abi juga turut menggunakan perkhidmatan kedai seperti ini. Biasanya, Abilah yang kena pegi. Dan biasanya juga, The Amaninas beserta dengan #JackJack nya sekali akan turut hadir untuk membantu...
Bantuan yang selalu diterima oleh Abi adalah berupa pekikan dan jeritan riangria dari Nina, Aya atau Ali. Mereka akan terus memilih bakul beroda yang sesuai dan main lumbalumba macam kedai tu Abi yang punya. Kalau orang tak ramai, takper laa. Lepas tu si Ali pulak akan menyalahgunakan tangisan dia bila apa yang dia nak tak dilayan oleh kakaknya. Tugas Abi selain memastikan pakaian yang sedang dikeringkan tu OK adalah meleraikan pergaduhan mereka, atau sebagai marshall kalau mereka berlanggar time berlumba tu.
Tu kalau kedai tu ada bakul beroda. Kalau kedai tu ada mini playground tak citer lagi...
Sunday, September 6, 2015
Nina dan Aya kat Kedai Lego, The Curve
Bila keluar jalanjalan, Nina dan Aya memang buat hal dorang. Dorang buat semua kedai macam rumah sendiri. Dapat lak kedai toys. Haritu masa jenjalan, kami melalui sebuah kedai Lego. Nina dan Aya apalagi, tanpa bertanya terus meluru dan helping themselves with all the lego parts scattered around the shop. Siap kacau model samting yang sedang diusahakan dengan tekun oleh sorang anak cina tu sampai menangis budak tu. Untuk melarikan perhatian theAmaninas, Abi suruh dorang posing depan Obiwan Kenobi dan zirafah kat kedai tu sebelum memujuk mereka keluar dan meneruskan perjalanan...
Apapun, it's nice seeing them having fun... Alhamdulillah.
Friday, September 4, 2015
Wednesday, September 2, 2015
The world is just another playground for the kids
Kat rumah, dalam keta, kat dobi, kat sekolah, kat mana saja, #theAmaninas dan #JackJack main, buat hal dorang like nobody's business. Pada mereka, semuanya nampak seronok, nampak macam toys, nampak macam diterokai. Sampaikan Umi dan Abi nak buat keja pun tak dapat.
Ni contohnya. Umi tengah sibuk pilih barang, dorang leka dengan gurau gurau mereka. Kalau tak dihadkan setakat bangku ni, maunya habes satu kedai ni dirayaunya. Ini pun puas mengawal tahap desibel jerit ketawa mereka takut mengganggu pembeli yang lain. Nak buat camana, bebudak....
Thursday, August 13, 2015
Ali yang cengeng
Nilah rupa si Ali, menyalahgunakan tangisan untuk mendapatkan sesuatu. Abi tak layan tangisan jenis ni dan nampaknya Ali masih tak paham lagi...
Dulu Aya pun lalui juga period di mana dia ingat tangisan boleh selesaikan apa saja but that doesnt work. Lamalama dia paham sendiri. Tapi si Ali ni membawanya ke next level. Time Abi ada dia terkawal jugala. Tapi bila Abi takde, teruk Umi dibulinya sampai tak dapat Umi buat keja. Dah tu pulak, Aya dulu nangis takde la beriaia sangat. Si Ali nanges siap merajuk pebagai.... Haihhh. Entahlah anak bujang sorang ni...

Monday, August 10, 2015
Aya yang cepat tidur
![]() |
| Nak keluar siang, panas. Keta Abi takde ekon. |
![]() |
| Nak keluar malam, nilah cabarannya: AYA YANG TIDO CEPAT |
![]() |
| ...ni lah rupanya. |
![]() |
| Nina OK. Dia memang anak Umi dan Abi yang nocturnal |
![]() |
| Tak. Tu Umi tengah bercakap. Timing jer tak kena tu yang nampak macam Umi tutup mata (tido) jer tu |
![]() |
| Yang ni, memang tak tentu. Adamasa dia tido. Selalunya dia berlari-lari ke sana ke mari... |
![]() |
| "Ali dok dendiaaam..." |
![]() |
| "Ali, doklah dendiam. Kang kerusi tu jatuh lagi kang..." |
![]() |
| "ALI!" |
Apapun, Aya memang cepat tidurnya. Kalau tak dinner lagi by 8pm, alamat memang Aya akan tidur tanpa dinner. Ali pun tak susah nak tido. Yang susah nak tido ialah Nina. Macam Abinya juga...
Tuesday, August 4, 2015
#mywifenkids @ Maulana Seremban Jaya (June 2015)
Sejak gua student Uniten lagi, mamak memang dah jadi pilihan pertama gua. Kalau kat Bangi time dulu, mamak pilihan adalah bila siang Mubarak kat fasa 4 tu kalau malam kat Chapati Razak Jalan Reko (sekarang dah takde).
Lepas grad, time bujang pulak adalah Azhar Maju yang kat area Giant Dataran Senawang. Sekarang Azhaar Maju tinggal yang kat atas kat area kedai RM2 tu.
Sekarang, bila dah beranak pinak pun, masih lagi dengan mamak. Mamak memang dah jadi darah daging kami agaknya. Alhamdulillah, bau kami masih tak berkari, takde jambang, atau sebagainya...
![]() |
| Kat Maulana ada wifi... |
![]() |
| Dua gadis ni memang pantang nampak kamera ni... |
![]() |
| Yang Aya pulak, dia perasan kamera. Tapi dia act. Potensinya dalam bidang lakonan amatlah menyerlah.. |
![]() |
| See? |
![]() |
| Yang ni; no comment. |
![]() |
| Nak marah, comel. Tak marah kang, alamat dialah yang ambik order kat kedai mamak ni kang...Kan boleh caya si Ali ni... |






















