Friday, September 30, 2011

Jenjalan di playground dengan Nina

Sejak Abi dah start kerja kat PJ, dan sejak keta dah takde, dah jarang Abi bawak Nina jenjalan kat playground. Satu-satunya masa yang ada biasanya ialah Ahad petang. Jadi, bila semua OK, Abi takkan lepaskan kesempatan nak bawak Nina pergi ke playground taman dan tengok perangai Nina. Tak sabar nak tunggu Myra pun boleh jalan dan bawak bermain sekali....

Anyway, esok Umi dan Abi akan postkan video-video dan gambar-gambar massa jenjalan kat playground last week. Kiranya, korang semua akan dimuakkan dengan video dan gambar dari aktiviti tersebut...Hehehe...

ni masa baru keluar dari umah





Nina tengok movie

Selain suka me resetkan game Crazy Penguin dalam henpon Umi, Nina juga suka tengok movie kat laptop. Movie kegemaran Nina setakat ini ialah "Up" (sebab ada banyak belon) dan "Monster Vs Alien". Berikut ialah keadaan Nina yang excited masa tengok movie "Up"
Cerita "Up" pasal pakcik tua yang pergi Paradise Falls naik rumahnya
yang diikiat dengan belon yang banyak. Keywordnya: belon

Amanina Zahra

Nina cuba meng explain sesuatu kepada Abi

Suka tengok muka Nina melopong 

Mulalah nak explain tu

Muka cemas

Muka cemas sipi-sipi



Satu perkara menarik yang Abi perasan ialah Nina paham apa yang dia tengok. Contohnya masa rumah tu terapung dek belon, Nina buat bunyi macam dia nampak kapal terbang. Lepas tu masa part Russel dan pakcik dikejar oleh burung berwarna-warni (Snipe), Nina terjerit-jerit dan menggigil ketakutan (sampaikan adakalanya kami kena tenangkan dia)


Sekali lagi sorry sebab movie tunggang terbalik...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...