Seremban Selatan, Isnin. Myra bukan saja membuatkan Umi dan Abi naik hangin dengan perangai suka merajuk tak tentu pasalnya, malah telah membawa teknik 'Merajuk Lekap kat lantai' ke satu level yang tidak dijangka.
Perangai Myra masa kecik-kecik ialah 'dive ke belakang' time dia marah or disagree. Berapa kali ntah kepala dia bincut dek terhantuk sebab dia buat camtu kat simen tanpa perllindungan helmet atau tilam stunt. Semakin dewasa, perangai ini semakin berkurangan nampaknya tapi diganti pula dengan apa yang dipanggil oleh Abi sebagai merajuk 'star'.
Myra akan tutup muka dengan tangan, tunduk, pastu terus meniarap pekup muka kat lantai. Masa kat dalam rumah, Myra biasa buat camni kat tepi dining table seperti yang pernah dillaporkan di ruangan ini sebelum ini. Tapi kini Myra dah semakin extreme dalam merajuk starism nya.
Pernah Umi merungut kerana Myra buat merajuk star dalam bilik air masa Umi nak mandikan dia. Myra taknak keluar dari bilik air selepas dia dimandikan. Bila Umi suruh dia keluar, dia meniarap kat lantai bilik air.
Ada sekali masa naik tangga, Abi tertinggi suara sebab nak suruh dia naik tangga cecepat. Myra boleh buat teknik merajuk tersebut di anak tangga. Tak ke cemas Abi dibuatnya.
Jumaat lepas, Myra buat lagi perangai meniarap tu dalam bilik air. Masa Abi nak cebokkan dia pulak tu! Harubiru betul.
Sabtu lepas, masa bawak Amaninas pegi playground, kami lalu depan kedai runcit biasa beli coklat. Kedai tu corner taman, semua orang dah jauh dah berjalan, tetengok Myra tinggal kat belakang. Dia berdiri depan kedai tu, dengan tangan pekap kat muka. Abi dah tau apa yang bakal berlaku. Dengan sepantas kilat, Abi berpusing dan cuba mengelakkan Myra yang sudah mula nak meniarap dalam slow-mo. Abi pun dive dalam slow-mo jugak nak menyambut Myra yang semakin hampir nak meniarap. Tapi apakn daya, Aya lebih laju. Maka dia pun berjaya memerajuk starkan diri di atas jalan tar pada hari itu.
Abi yang dah takbley buat apa-apa, cuma dapat keluarkan kamera dan snap gambar jer.
Sekian