Semalam and arini Umi pegi training kat PD. Ini bermakna malam tadi Amaninas spent a night with Abi, without Umi.
Masa Abi ambik dari umah babysitter petang semalam, Amaninas cam biasa jer, aktif. Akak yang jaga tu kata Myra dok gosok-gosok mata dia. Taktau masuk ulat ke, masuk abuk ke. Abi tengok, mata Myra merah sikit tapi takde yang series. Bukak-bukak jer pintu gate umah babysitter, berlari Nina and Myra balik ke rumah. Tak pandang belakang lagi dah.
|
Amaninas sampai-sampai jer kat umah, Abi sogok dengan candies |
|
Mata Myra yang ala-ala seksi gitu |
Petang tu Abi layan Amaninas main-main dalam umah sementara tunggu time nak mandi. Sempat jugak curi-curi masak simple dinner untuk malam nantik. Lepas azan maghrib, Amaninas mandi. Lepas mandai, dah wangi, dah berbedak apa sumer, kami semua pun makan. By this time, baru pukul 930pm.
|
keadaan matanya tidak menghalang Myra dari mengunyah... |
|
Nina tak pandang kiri kanan |
|
Oops? Dia pandang, laaa |
|
Haa? Mana nak pegi? Habiskan candy dulu! |
Lepas makan, Amaninas dok termenung depan tivi. Abi browse channel tivi takde yang memberansangkan tumbesaran otak, maka Abi bukak muvi. Seperti biasa, Nina mengesyorkan Puss in Boots, disecond oleh Myra. Lepas buka muvi, Amaninas terus position diri masing-masing depan tivi.
Sementara diorang tengah diam tengok muvi, Abi ambik kesempatan nak kemas dapur dan sidai baju diorang yang tak sempat kering semalam. Ada satu part tu, Amaninas tetiba senyap. Bila Abi tinjau, rupa-rupanya Amaninas tengah baca buku (dalam gelap). Nina baca flyers. Myra koyakkan buku (macam biasa). Bila dah boring flipping over pages, diorang ambik pencil color dan mula menconteng. Dinding.
|
Myra nak curi perhatian dengan baca sokkabar depan Abi |
|
Bila panggil Myra pekap muka tanda malu |
|
Flippin pages |
|
Tanya kat Abi perkataan yang dia tak tau nak eja |
|
Meanwhile, Nina sedang leka dalam 'seat recaro' dia |
|
Layan movie "Puss in Boots" |
Lepas kena marah kat Abi, barulah Amaninas duduk depan tivi semula dan fokus pada muvi. Namun sekejap ajer bila Myra bangun dan berdiri depan tivi tatkala scene Puss celen joget dengan kucing betina tu. Lepas letih suruh Myra ke tepi sebab Myra menghalang tivi, Nina pun turut serta menari. Tak lama kemudian, Abi pun join sekali.
Lepas dah letih menari, tibalah masa menggomol Amaninas kasi diorang selesa nak tido. Sambil tu masak air nak buat susu diorang. Gomol-gomol depan tivi sampai diorang tolak dan cucuk lubang Abi. Masa diorang semput ambik napas, Abi lari kejap ke dapur buat susu.
|
Myra masa ni dah ada kat sebelah kanan tu |
|
Tak lama lepas dia terbaring depan tivi, Myra bingkas bangun dan memulakan 'tugasnya' |
|
...menyepahkan mainan |
|
"Aya! Takmo sepahkaaan!" |
|
Myra menghalang pemandangan Nina |
|
Myra joget depan tivi |
|
Nina memula tu marahla, lelama dia pun keluar dari seat.. |
|
...Dan join menari sekali... |
|
Lepas aktiviti menari, dengan Abi, dengan Amaninas pengsan depan tivi... |
Seremban Selatan aman damai seketika masa Amaninas isap susu. Memula Nina abes dulu. Diikuti dengan Myra. Duadua dah pandai taruk botol atas meja bila dah habes isap. Pastu kami semua dok baring-baring depan tivi sampai tertidur.
Dalam pukul 1am, Abi terjaga dan menyediakan tempat tidur dengan proper. Tak lama lepas tucking Amaninas, Myra terjaga dan meraung. Dari gayanya, dia macam nanges cari Umi. Abi tak ambik risiko dengan tunggu lama. Terus ajer melompat ke dapur, buat sebotol susu lagi dan sumbat mulut Myra. Senyap terus. Tak lama lepas tu, Nina plak bangun sebab pampers dia dah penuh. Lepas cebok, tukar pampers n kasi gangliosida sebotol, Nina pun sambung tido. By that time, dah pukul 430am dah.
Abi terus ajer mandi dan bersedia untuk pergi kerja. Pagi tu hujan renyai. Lepas hantar Amaninas ke babysitter, Abi pun bergegas ke tepi jalan, menunggu bas nak ke opis.
Sekian, Abi melaporkan untuk Buletin Utama, Amaninas
Published with Blogger-droid v2.0.4