Saturday, August 25, 2012

Abi minta maaf

Seboleh-bolehnya Abi taknak taruk benda-benda tak best dalam blog ni. Tapi hidup ni bukan macam katun yang semuanya best dan kelakar ajer. Ada juga part-part tak best. Dan Abi nak mintak maaf jika ini tak patut diletak di sini. Abi tak tahu camana nak share perkara ni, sebab kalau Abi explain secara lisan atau dalam nursery rhymes sekalipun, Amaninas masih terlalu kecil untuk memahami.


Abi nak mintak maaf kepada Umi dan Amaninas. Dah berapa tahun dah, Raya family kita macam tak best sebab takde kenderaan. Tahun ni yang paling teruk. Tapi nasib baik ada semangat dari Umi, kita merasa jugak bahang-bahang Raya tu. Jiran-jiran pun takde nak beraya, jadi kita pakai baju cantik dan mundar-mandir dalam umah ajer.


Patutnya tahun ni kita beraya kat rumah baru tapi keadaan kewangan tidak mengizinkan. Malah, nasib baik kita tak ditendang keluar kerana sewa rumah yang kita duduk ni pun dah lama tak bayar. Duit terpaksa digunakan untuk bayar hutang yang dah tak boleh ditangguh lagi.

Abi mintak maaf kerana kamu semua hidup terkongkong. Lebih-lebih lagi Umi. Umilah yang paling teruk menahan derita. Pagi-pagi kena kejar bas, lepas tu petang kena berebut naik bas nak cepat ambik Amaninas kat babysitter, nak masak lagi. Abi tak dapat nak ucapkan penghargaan Abi kepada Umi. Dan selama itu, tak pernah pun Umi mengeluh, kecuali pasal kenakalan Aya. Aya memang nakal dan mengada-ngada. Tapi itu bukanlah point untuk kali ini.


Setiapkali Abi berada bersama kamu di rumah, Abi rasa begitu hina dan tak berdaya sekali. Abi sentiasa merasakan kamu semua berhak untuk mendapat yang lebih baik lagi tapi kerana kegopohan dan kelemahan Abi, kamu semua jadi begini. Namun kamu semua tak pernah henti membuatkan Abi ketawa dengan telatah dan gelagat kamu anak beranak. Kamu semua cuba memujuk dan menghiburkan hati Abi tiap kali Abi ada di rumah. Lebih-lebih lagi Nina. Sampai 4pagi Nina berjaga demi memastikan Abi tak berjaga sensorang malam-malam. Comel dan baik betul anak-anak Abi ni.


Walaupun Abi seorang yang selalu bersemangat dan kelakar, tapi pada saat ini, Abi tak dapat lari dari ditenggelami perasaan bersalah kerana tak provide dengan secukupnya, at least pun untuk Hari Raya. Abi dah semakin kelam kabut. Semakin kusut...


Dan sebelum semuanya terlambat, Abi nak rekodkan saat ini, sebagai peringatan kepada diri Abi sendiri, dan sebagai tanda kepada segala yang Abi tak terucap di hadapan kamu.


SELAMAT HARI RAYA, UMI DAN AMANINAS

Maafkan Abi

Maafkan Abi

Maafkan Abi


...ZAHIR DAN BATIN


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, August 20, 2012

Selamat Hari Raya AidilFitri

#SHRAF and #HEM to all Malaysian out there!


Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...