Showing posts with label The Curve. Show all posts
Showing posts with label The Curve. Show all posts

Sunday, September 6, 2015

Nina dan Aya kat Kedai Lego, The Curve

Bila keluar jalanjalan, Nina dan Aya memang buat hal dorang. Dorang buat semua kedai macam rumah sendiri. Dapat lak kedai toys. Haritu masa jenjalan, kami melalui sebuah kedai Lego. Nina dan Aya apalagi, tanpa bertanya terus meluru dan helping themselves with all the lego parts scattered around the shop. Siap kacau model samting yang sedang diusahakan dengan tekun oleh sorang anak cina tu sampai menangis budak tu. Untuk melarikan perhatian theAmaninas, Abi suruh dorang posing depan Obiwan Kenobi dan zirafah kat kedai tu sebelum memujuk mereka keluar dan meneruskan perjalanan...

Apapun, it's nice seeing them having fun... Alhamdulillah.

Wednesday, September 2, 2015

The world is just another playground for the kids

Kat rumah, dalam keta, kat dobi, kat sekolah, kat mana saja, #theAmaninas dan #JackJack main, buat hal dorang like nobody's business. Pada mereka, semuanya nampak seronok, nampak macam toys, nampak macam diterokai. Sampaikan Umi dan Abi nak buat keja pun tak dapat.

Ni contohnya. Umi tengah sibuk pilih barang, dorang leka dengan gurau gurau mereka. Kalau tak dihadkan setakat bangku ni, maunya habes satu kedai ni dirayaunya. Ini pun puas mengawal tahap desibel jerit ketawa mereka takut mengganggu pembeli yang lain. Nak buat camana, bebudak....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...