Kalau Aya dengan merajuknya, si Ali pulak dengan dramanya. Kalau tak dapat apa yang dia hendak dari Abinya, dia akan mula dengan tarik muka. Dia akan senyap jer, merenung dikejauhan. Sampailah kita perasan.
Kalau kita tak perasan, dia akan jeling ushar, pastikan kita perasan yang dia sedang merajuk. Dan bila dah perasan, bila orang nak pujuk, dia akan jeling jualmahal.
Ni cuma salah satu contoh drama dia. Antara yang selalu digunakannya adalah purapura tak dengar arahan or panggilan kita. Tu sumerla tu...
Macam macam ragam...
Sunday, January 8, 2017
Drama si Ali
Sunday, June 19, 2016
Sunday, May 29, 2016
Hari Sukan Taska Mindaku
Pagini tadi tidur Abi yang tak berapa nyenyak telah diganggu oleh kejutan Umi yang mengingatkan hari ini adalah Hari Sukan Taska tempat Aya dan Ali belajar. Dengan mata separuh terbuka dan minda yang masih di astral plane, terpaksa jugalah Abi turut serta ke Kompleks Belia dan Sukan, Paroi.
Event berlangsung macam biasa dengan mak bapak sibuk melayan telatah anak anak, para cikgu sibuk susun susun hadiah dan para quartermaster menghalang pejoging pagi dari memasuki kawasan yang diasingkan untuk hari sukan. Cumanya matahari pagi pukul 9am lagi dia punya panas dah macam tengahari. Risau jer Umi dan Abi tengok kids berarak kat tengah panas tu.
Ali masuk satu acara. OKlah, dapat hadiah saguhati. Aya pun masuk satu acara dan dapat nombor satu. Umi dengan Nina lah yang rajin bersorak dan memberi semangat pada Aya dan Ali. Ali masih blank taktau what's going on lagi tapi Aya penuh dengan semangat dan minat.
Selesai acara hari sukan, kami menyempurnakan pagi yang indah dengan melawat kedai mamak berhampiran..
Tuesday, March 15, 2016
Subhanallah wabihamdihi
...Alhamdulillah...
Kebanyakan update Abi post kat instagram dan FB ajer. Haritu hemfon ni ada problem dengan apps Blogger nya. Now baru OK.
Banyak aktiviti sejak dah pindah rumah baru. Dah pindah lama tapi rumah masih tak kemas sebab bizi. Abi dah keja kat Muar so timing bersama cuma di hujung minggu. Masa ujung minggu pulak biasanya terisi dengan nak menyetelkan laundry kitakorang yang menggunung setiap minggu. Nak membasuh, menjemur dan melipat, memerlukan komitmen dan fokus yang berterusan. Takpe. Abi akan fikirkan camana nak mengatasi masalah laundry dan kekurangan quality time ni, secepat mungkin...
Azam nak buat kenduri kesyukuran secepat mungkin...Insha Allah