Monday, October 24, 2011

Sori lah kurang update!

Dari balik tabir blog MyWifenKids, kami memohon maaf kerana kurang update sejak seminggu lepas. Maklumlah. Sejak kejadian Abi hilangkan henpon haritu, agak sukar nak ambik gambar dan video nak upload ke blog ini.

Tapi itu bukanlah bermakna tiada apa yang tak menarik berlaku dalam hidup kami sekeluarga. For the record, Myra dah boleh berdiri dan menapak dua tiga langkah. Tapi sebab dia pemalas dan suka diving diving ke belakang dari berlatih berjalan, progress agak slow sedikit.


Nina pulak, luka kat dagu dia hari tu dah kering dan dah OK. Thanks to all yang bertanyakan khabar dan mendoakan kesejahteraan Nina dan kami sekeluarga. Nina baru potong rambut minggu lepas. Pada mulanya takdelah Abi perasan sangat apa yang berubah sebab masa gunting rambut tu pun dah petang dan kami rushing nak pergi umah wan Ampangan masa tu. Tapi masa Sabtu lepas (22 Oct) masa Abi datang nak ambik family, Abi tengok Nina comel macam anak patung! Series! Tapi takd ekamera nak rakam moment tu, so..Abi simpan dalam hati jer lah.

Dan pada 22 Oct tu jugak jumpa dengan Umi setelah terpisah seminggu. Sambung balik apa yang terganggu minggu lepas. Keh Keh Keh.
Anyway, tadi hantar Umi and Amaninas ke rumah in laws kat Ampangan pun, dalam keadaan rushing. Biasalah kami. Takde keta ni susah. Kami merancang nak beli kereta pula dalam masa terdekat. Insya Allah. Dan masa tu nantik, kita akan selalu berjumpa. Insya Allah.


And a new week starts again....
I wanna start it with:
I Love You Linda

and  the Amaninas!

Monday, October 17, 2011

Membuai Myra

Ada sekali tu (bukan sekali, selalu actually), Abi membuai Myra agar dia tidur. Dah dekat 15 minit rasanya Abi buai dia. Myra dah senyap dah. Ingatkan dah tido. Abi pun usharlah dia. La? Rupanya Myra belum tidur lagi. Siap dia gelak lagi masa kita ushar dia. Budak ni...

Sunday, October 16, 2011

Myra Chak Bergelumang

Salah satu favorite Myra masa kita pegang dia ialah dia bergolek-golek dalam keselesaan. Abi suka tengok Myra dalam keadaan ini. Kalau dulu-dulu, Myra senyaap jer. Sekarang, Myra dah pandai lawan bercakap. Tu yang lagi seronok melayan...

Saturday, October 15, 2011

Nina Tolong Buai Myra

Haritu kita dah lihat Nina sebagai kakak tolong pegang botol susu Myra. Kalini, time kita membuaikan Myra, Nina suka nak tolong sekali. Cute betullah kakak sorang ni...

Friday, October 14, 2011

Melepak dengan Amaninas dalam bilik


Haritu Abi paparkan gambar jer. Harini videonya sekali. Nina kelihatan sedang main pogo atas tilam, sementara Myra merayau-rayau dalam bilik...

Thursday, October 13, 2011

Myra Baca Buku 2

Kat hujung video barulah kedengaran suara Myra baca buku

Myra Baca Buku

Seperti apa yang kami dah lakukan pada kakaknya Nina, Myra juga dibiasakan dengan buku-bukuan sejak kecil lagi. Menjadi satu kekaguman bila satu hari nantik, masa kita suruh bebudak ni ambik buku baca, dia tahu apa yang kita katakan. Itulah yang berlaku pada Nina. Bila kita suruh baca buku, Nina akan pandai selongkar rak buku Abi dan ambik buku kegemarannya. Dulu-dulu, siap Nina pandai ambik pen sekali nak conteng buku tu...Harap-harap, perkara yang sama berlaku kepada si puteri bulat kami: Myra Chak


Wednesday, October 12, 2011

Muka Nina Merajuk


 Lately Nina makin dah develop perangai. Dia semakin perasan role dia sebagai
seorang kakak. Most of the times, Nina akan take care of Myra. Kat mana Myra
main, kat situlah Nina akan ada. Nina akan ambik segala mainan yang Myra main (sigh)
Saat paling Abi geram ialah time makan.
Siksa betul nak suruh Nina makan.
Kengkadang kita nak cepat, tapi sebab Nina ni suka makanan
akan terjatuh dan terbazir.

Abi memang anti sikit dengan membazir makanan, ni...
Tu yang sekali tu, Nina kena marah kat Abi.
Berikut adalah muka Nina merajuk lepas kena marah.
Tengok muka orang merajuk. Dia yang degil... 
cakap taknak dengar...

nak suruh makan pun siksa...

pandai lak tutup muka bila orang marah, tu..


Apa?

Awak jangan nak sibuk, Myra Chak!

Aduhhhh...Abi hilangkan henpon!

Henpon yang menjadi alat utama kepada blog ini, telah dihilangkan oleh Abi secara tak sengaja pada pukul 8malam, 11 Oktober, 2011. Abi masa tu naik komuter, on the way nak ke Seremban. Sampai jer kat Seremban, Abi terus meluru ke stesen dan beli topap. Masa nak key in topap pin, barulah Abi perasan yang henpon dah hilang.

Maka dengan ini, dikhuatiri perjalanan blog ini akan sedikit kurang lancar, sehinggalah Allah gantikan henpon itu dengan henpon yang baru. Marilah kita sama-sama berdoa agar yang menjumpai henpon Abi pada malam semalam tu, agar memulangkan henpon tersebut atau membalingkannya kuat-kuat ke railway track. Sekian, terima kasih. Aduyaiiii

Anda ada nampak henpon ini? Eh?

Tuesday, October 11, 2011

Nina belajar Pogo

Kecik-kecik dulu, Nina suka dengar lagu Waka-Waka dari Shakira tu...

Sekarang, Nina suka melompat ala-ala pogo dance dalam mosh pit dalam gig

Dan tempat paling Nina suka melompat ialah...




...atas tilam...

They are teaming up against me

Last weekend, spend some 'quality' time with the Amaninas... 
...watching them terrorizing the house

here, they are seen messing with Umi's little trays

"Myra ahhh!" 
La? She acts as if I'm not there! 

"Hei! Put that back!"

Monday, October 10, 2011

Myra Naik Tangga

 Ni lah dia aktiviti Abi sepanjang last weekend haritu: menangkap Myra yang suka naik tangga. Sebijik perangai dia macam kakak dia: Nina masa Nina baya dia dulu. Haishhhh...Anak denn...

Friday, October 7, 2011

Lunch kat Giant Senawang

Dan ini pulak ialah gambar lunching kat Giant, sebelum pergi main kat dalam video di bawah tadi..
Nina kalau nak bagi makan memang susah, lately

...tetapi tidak kepada Myra Chak

...Myra akan kunyah apa saja yang disuapkan. Pastu buat muka pelik

seorang umi mithali sedang fokus nak kasi anaknya makan...

...tapi yang si anak pulak, leka nak bermain


...pandang sana, pandang sini...

Umi tetap fokus

"Eh? terjatuh pulak" kata Umi melawak

Time makan, kami gilir-gilir take turn peluk Myra

Biasanya, Umi dengan Nina makan dulu...

"Nina ammmmmm..."

tengok Nina, tu...

"Nah, Nina minum air"

Slurrrpppp
Next time datang Giant, mungkin Amaninas dah pakai tudung. Insya Allah.

Sambil menunggu Umi di Giant Senawang

Saja nak try tengok berapa cepat blogger upload video.
Also take note rambut Nina yang panjang. 
By the way, video ini diambil pada Sabtu lepas,
di Giant Senawang.

Thursday, October 6, 2011

Kelasakan Myra


Ada satu malam tu, Myra ngan Abi tunggu Umi dan Nina yang pergi 
ke kedai beli stok susu. Myra punyalah lasak, taknak dok diam.
Puas Abi memegangnya. Last-last, Abi dapat idea nak bukak tingkap.
Hmmm. Sekejap jer diamnya. Dua minit lepas tu, explaorace Myra pun bermula...
Video ini juga first time ABi guna upload direct ke blogger. Saja try

Wednesday, October 5, 2011

Rambut dah panjang

Myra

Myra suka explore

dalam explore-explore, occasionally dia akan ushar kita...

...sebelum mengorak langkah ke explorasi seterusnya...

...suka buat muka tak bersalah...

dan muka cute

...ultra cute la konon...

"heh heh..ahhhh" kata Myra

..Takde-Takde...Rambut kena potong!
Kakak pun sekali. Dah rupa orang asli dah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...