Friday, September 2, 2011

Gambar-gambar dari majlis Uncle Zainal

Takde catering. Semuanya gotong royong

Pemuda harapan Mektam

Warming up sebelum gusti lengan

Pak Imam tanya Ana dah sunat ke belum

Barisan cewek yang menjadi tulang belakang majlis

Sedara mara belah pompuan

Pengantin Perempuan (Bini Ana)

Sain agreement kalau Ana dapat 4 juta, separuh kena bagi mak

Menunggu dengan penuh debaran: sekali lafazkah? Dua kali kah?

Imam saja jer buat slow-slow bikin panas...

MakCu, wakil dari Abdul Mutalib (bapak Ana)

Program menyarungkan cincin

Oops!! Cincin terlepas pulak....Fail dowhhh

"Takde, takde, gua tak bawak spare, derr" kata Abi dari jauh

Ana dan isteri bergambar dengan kengkawan
Selamat Pengantin Baru kepada Zainal Abidin dan isteri
 (punyalah hampeh Abi tak tau nama isteri Ana)

Uncle Zainal Kahwin!!!

Kepada yang mengikuti tweet-tweet dari Abi, pasti takkan terlepas bahawa Uncle Ana (Adik kedua kepada Abi) telah melangsungkan majlis akad nikahnya. Majlis akad nikah dilakukan lebih awal atas sebab teknikal dan kedua-dua mempelai ni, ultra busy orangnya. Majlis persandingan Insya Allah akan dilakukan pada Raya Cina.
Kelihatan para rombongan menunggu Imam habis berkhutbah kepada Uncle Ana

Henpon Abi ada problem sebelum tu, jadi banyak gambar dan peristiwa yang terlepas. Lagipun, Uncle Ijam yang dok berkepit dengan DSLR since petang, nampak macam lagi professional dalam part merakam hari bersejarah ni. Namun, ini tidak menghalang Abi dari merakam peristiwa paling penting dalam perkahwinan sesapa saja yakni: Majlis Akad Nikah.

Ini ialah raptai sebelum akad yang sebenar. MAsa akad sebenar, henpon Abi buat hal plakss..

Di kesempatan ini juga, Abi nak ucapkan TAHNIAH kepada Ibu: Puan Ramlah yang telah mendapat seorang lagi menantu.

Begitu juga kepada Ana yang baru bernikah. Abi tak ucapan kepada Ana except semoga Ana akan terus cemerlang dan gemilang dan semoga Allah sentiasa melingkungi kedua-duanya dan ibu kami dalam lingkungan rahmatNya.

Sempat jugak ambik video akad..hehehe

Tak lupa juga kepada aunty-aunty Amaninas yang bersengkang mata, bertungkus lumus menukar rumah mak yang tebaabo kepada sebuah mahligai yang indah. Sesungguhnya kami (the boys) amat bersyukur keran punyai adik-beradik pompuan yang baik dan bersopan santun tinggi. Thanks, guys!

Nanti Abi akan curi gambar-gambar dari Uncle Ijam dan post kat sini. Mamat tu buat nama jer ada DSLR, buat fotografi, tapi, sibuk tunggu dia dok zoom in zoom out, memory card Abi dah penuh dah dengan video dan gambor. Amender la bebudak zaman sekarang..Haishhh...


Myra Explore Rumah Wan

Hari Raya Tahun ni menyaksikan Myra Chak 1st time datang umah Wan kat Payabesarpedas. Walaupun kami tiba di sana pada pukul 2 pagi, Myra yang excited (as always) mula melepaskan diri dari pelukan Abi dan meneruskan pengembaraannya mencari apa-apa benda yang boleh dimasukkna ke dalam mulut. Kita saksikan sedikit video yang sempat dirakam pada malam 1 Syawal, sebelum Abinya sendiri blackout



Seperti yang kita saksikan, Myra memang suka mengembara. Walaupun kami tau, umur sebegini memang standard laa baby semua nak explore tapi kelasakan Myra membuatkan kami terpikir jugak nak letak Critter Cam kat belakang dia dan lepaskan Myra ke hutan Amazon umpamanya. Hehehehe.

Myra buli Nina?

Terjumpa gambar ni dalam henpon Umi. Ni mesti Myra buli Nina, ni...

...sekali lagi...

Nina Merajuk

Masa Raya Kedua, kami sekeluarga terpaksa keluar rumah nak ke Pasaraya membeli bembarang untuk anak-anak. Myra dan Nina ikut sekali. Oh ye! Terlupa pulak nak mention bahawa Nina kena selsema since malam raya. Jadi dia a bit cranky.
Kembali ke topik, berikut adalah video masa Umi dah keluar ke pasaraya dan kami semua kena tunggu dalam kereta. Myra dah pengsan. Nina pulak, sedang merajuk sebab tak dapat ikut Umi yang keluar.

Nina-Nina...dah besar dah dia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...