Sunday, May 29, 2016

Hari Sukan Taska Mindaku

Pagini tadi tidur Abi yang tak berapa nyenyak telah diganggu oleh kejutan Umi yang mengingatkan hari ini adalah Hari Sukan Taska tempat Aya dan Ali belajar. Dengan mata separuh terbuka dan minda yang masih di astral plane, terpaksa jugalah Abi turut serta ke Kompleks Belia dan Sukan, Paroi.
Event berlangsung macam biasa dengan mak bapak sibuk melayan telatah anak anak, para cikgu sibuk susun susun hadiah dan para quartermaster menghalang pejoging pagi dari memasuki kawasan yang diasingkan untuk hari sukan. Cumanya matahari pagi pukul 9am lagi dia punya panas dah macam tengahari. Risau jer Umi dan Abi tengok kids berarak kat tengah panas tu.

Ali masuk satu acara. OKlah, dapat hadiah saguhati. Aya pun masuk satu acara dan dapat nombor satu. Umi dengan Nina lah yang rajin bersorak dan memberi semangat pada Aya dan Ali. Ali masih blank taktau what's going on lagi tapi Aya penuh dengan semangat dan minat.

Selesai acara hari sukan, kami menyempurnakan pagi yang indah dengan melawat kedai mamak berhampiran..

Tuesday, May 3, 2016

Ali at the barber shop

Dulu dulu nak bawak Ali pegi barbershop memang bercinta. Bukannya reti nak dok diam. Sekarang tidak lagi. Seperti kakak kakaknya yang cepat pikap, Ali macam dah tau apa nak buat bila sampai barbershop. Part menunggu giliran tu kita skip sebab ada banyak mencarut, aksi kejarmengejar dan amat mencemaskan bagi mereka yang belum berumahtangga.

Bila turn dah sampai, belum sempat macha tu taruk papan alas tempat duduk, Ali dahada atas bangku, senyum senyum jelirjelir lidah kat cermin. Bila macha tu pakaikan kain alas, lagak Ali angkat kepala bagaikan waibi yang mahu trim kumis di butik kecantikan. Bila macha tu start mesin rambut, Ali mula terkekek menahan geli dan menyukarkan proses nak bagi guntingan kemas. Biasanya part ni Abi terpaksa lend a helping hand dengan memegang kepala dan bahu Ali bagi macha tu abes buat keja.
Part paling mencemaskan adalah bila nak cukur tu takut tibatiba ada keta dengan ekzos mereng lalu kat luar yang buatkan Ali terkejut dan toleh kepala nak pandang luar. Tapi setakat ni Ali ok.

Rupa Ali sebelum dan selepas gunting rambut sama jer comelnya.

Ali the sweetheart

Ali seorang yang berpengaruh kat rumah ni. Beliau single handedly telah berjaya menukar istilah yang digunakan dalam rumah ni untuk ke toilet dari "ek-ek" atau "yakcuk" atau "toilet" ke "B.O"
Jika kakaknya Aya sering mengkagumkan Abi dengan kecelotehannya, Ali pula dek drama dan jelingannya. Ali punya drama memang tahap teater punya. Beliau tak perlu nak merajuk star macam Aya untuk dapatkan apa yang dia nak. Dia mengadu terus kat Abi dengan suara memujuk comelnya. Tu yang Abi cair dan selalu backup Ali, terutamanya dalam perebutan hemfon sapa main game dulu, misalnya.
Haishhh. Anak bujang den...

Monday, May 2, 2016

Aya yang pandai cakap

"Abi! Hemfon Abi dah penuh caaaj" kata Aya sambil menyorongkan hemfon padaku. Memang aku caj hemfon sebelum tidur tadi. Cepatnya penuh? Ke aku yang tertidur lama? Aku amati jam dan status bateri pada skrin hemfon. Betul. Dah penuh.
"Camana Aya tau hemfon dah habes caj?"
"Tu dia tulis dah ratus" jawab Aya innocently sambil menjuihkan muncungnya pada status bateri.
"Bila hemfon dah habes caj, kita nak buat apa?"
"Aya nak main game" jawab Aya dan terus swipe skrin dan main game dipangkuanku.
...camana nak marah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...