Umi komplen yang suhu Myra agak hangat pada waktu malam. Berdasarkan pembacaan yang Abi google, suhu baby baya-baya Aya memang agak warm-ish pada waktu malam. Tambahan lagi jika ada virus/bakteria yang sudah masuk dalam badan. Badan secara semulajadi akan menaikkan suhunya nak bunuh virus/bakteria tadi. Jika terbunuh, pagi esoknya baby akan bersuhu normal (36.5C-37C) kembali serta aktif dan lasak memanjat siling rumah. Jika tidak, suhu warm ini akan kekal hingga silap-silap bolehh cecah 39C dimana ini dah dikira tahap bahaya.
Myra on the other hand, memang masa Abi memula jumpa masa balik keja tadi, nampak lesu. Badan dia a bit warm. Tapi lasak dia tetap macam tu gak. Nina memang sihat walafiat. Cuma apa yang membimbangkan Abi ialah kelihatan ruam-ruam halus yang baru nak naik. Tak mahu mengambil risiko, Abi pergi membawa Amaninas mendapatkan nasihat pakar.
Petang tadi patutnya nak bawak Amaninas jenjalan kat playground. Tapi sebab Aya daah macam ni, tanpa berpatah balik ke rumah nak siap-siap hangkut bembarang keramat macam biasa Umi buat, Abi terus bawak Amaninas ke tepi jalan menunggu teksi. Dalam 10minit, teksi pun sampai.
Kami ke Klinik Permata di Sri Mawar, Senawang. Orang tak ramai senja-senja tu. Masa daftar, mamat belakang kaunter kata doktor keluar kejap. Abi pun layanlah menunggu dengan mengawasi Amaninas yang leka bermain di mini playhouse. Syak yang Amaninas bakal haus, Abi membuat keputusan drastik dengan 'lari kejap' ke 7E yang beberapa kedai jer dari klinik. Amaninas of course mengekor sekali.
Dalam 7E, Amaninas tawaf satu kedai dulu satu round. Nina terpacak kat peti ais sambil menunjukkan Vitagen. Nina kenal dengan vitagen sebab kat umah, kami memang selalu akan kasi Amaninas ni benda tu tiap kali diorang datang ke dapur tatkala terdengar bunyi peti ais dibuka. Myra pulak tak dapat membuat keputusan, maka dia sambar se tin nestum dan bagitau Abi suruh bayar. Tergelak brader belakang kaunter. Setelah dikaji kedudukan bintang dan bulan, Abi belikan Amaninas air kotak sorang satu.
Sampai di klinik, doktor tak sampai lagi. Tapi sekarang dah ada satu lagi family dengan baby sebaya Myra, kot. Dia ushar jer air kotak kat Amaninas. Abi rasa serba salah tapi nakwat camner? Kalau Abi tau tadi, nak gak beli extra.
Air kotak dah habis, Amaninas pun sambung terrorizing the mini playhouse. Ye. Doktor masih belum sampai. Orang makin ramai dan yang menunggu makin resah. Apa taknya. Ada yang datang sejak darii pukul 6, masih dok tersengguk-sengguk menunggu. Bak kata member Abi: ''kalau orang nak beranak, dah beranak, budak tu dah darjah satu pun tak sampai-sampai lagi'. Sedang Abi bersungut dalam hati, doktor pun sampai. Ingatkan doktor lewat berlaku kat klinik kerajaan jer. Kat klinik swasta pun berlaku juga.
Tak lama lepas tu, giliran Myra. Kami semua masuk ke kamar doktor dengan fokus kepada Myra. Abi menceritakan perihal si Aya dan menunjukkan tanda-tanda ruam di jemari Myra yang cute serta di belakangnya. Doktor kata ruam tu bukan denggi. Mungkin sebab panas atau kebersihan pakaian. Abi teringat kelibat Amaninas tido berlenggeng petang tadi kat umah babysitter...
Doktor kata Myra mungkin kena jangkitan kuman, dan ambik masa untuk badan dia nak tolak/bunuh kuman tu. Doktor cuma kasi ubat demam jer, memandangkan Aya masih aktif. Doktor kata, suhu yang tinggi, selagi bukan 39C, dan baby aktif, maka parents tak perlu risau. Parents patut lebih risau kalau baby tak aktif, walau suhunya cuma 38.5C. Anyways, Abi cuma lega sebab ia bukan denggi.
Sebelum balik, kami singgah sebentar di kedai makan. Order nasi goreng cina dengan satay ayam 5 cucuk. Amaninas makan satay, tapi makan nasi sikit jer. Maka Abi tapau, plan nak makan kat umah. Bila dah bayar, kami ke bus stop berhampiran nak tunggu teksi pulang.
Dekat 20minit, dan setelah berduyun teksi yang Abi tahan taknak berenti, Abi fedap lalu menalipon callcab. Tak sampai 5minit, teksi pun sampai..
...
...
Published with Blogger-droid v2.0.4