Hello. Nama saya Amanina Humaira. Lebih mesra jika dipannggil Aya ajer. Harini Aya akan tunjukkan cara-cara membuat facial, dengan menggunakan elemen-elemen semulajadi yang ada di sekeliling kita.
Mula-mula, kita kena kenalpasti mangsa kita. Macam di tempat Aya ni, mangsa amat mudah didapati di sofa-sofa atau di depan TV, terutamanya pada waktu-waktu lepas makan tengahari. Untuk kali ini, Aya akan gunakan Abi sebagai model. Bila kita dah kenalpasti mangsa, kita regangkan otot muka dan jantungnya dengan menyerang mangsa dengan tiba-tiba...
Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah kita perlu berguling-guling atas mangsa kita bagi mengendurkan otot-otot yang tegang akibat stres terkujat tadi. Ini dilakukan dengan membentangkan mangsa ikut arah kiblatt dan kita roll atas badan dia sebanyak 3x. Ada sesetengah kajian mengatakan rolling sebanyak 7x boleh mengurangkan risiko darah tinggi tapi Aya jarang dapat roll sampai 7x sebab Abi biasanya akan geletek Aya by roll yang ke 4.
Setelag otot badan dan muka dikendurkan, kita mulakan sesi dengan terapi bantal. Bantal telah digunakan sejak beribu tahun sebagai pengalas kepala manusia tatkala mereka tidur. Hasil kajian menunjukkan , wajah yang disembam dengan bantal, adalah lebih licin dan bercahaya, daripada mereka yang tidur tidak berbantal, atau yang berbantalkan lengan. Caranya mudah saja. Gigit setiap bucu bantal, kasi ia berlumur dengan air liur dan sapukan bantal (part basah tu) kat muka mangsa. Lihat! Perubahannya berlaku hampir serta-merta!
Kemudian kita beralih ke terapi melanin. Kita akan gunakan block mainan Ben10 3x3 memandangkan kulit muka Abi ni, ada banyak bekas parut jerawat. Blok tersebut, di solvekan dulu, kemudian barulah dilulurkan ke seluruh bahagian wajah. Awas! Blok in amat pedih kalau termasuk ke dalam mata. Sila bilas dengan air yang banyak sebagai langkah First aid.
Akhir sekali, barulah kita kejutkan mangsa kita dengan senyuman. Kita akan dapat lihat perubahan serta merta mangsa di mana wajahnya akan kelihatan lebih ceria dan tidak membuta masa Aya ajak main-main.
SEKIAN