Showing posts with label Ali Apan. Show all posts
Showing posts with label Ali Apan. Show all posts

Friday, September 25, 2015

When they are asleep

Nilah pemandangan yang paling menenangkan pada Abi. Semua anak Abi tengah syok tido.
Nina dah makin besar. Aya yang banyak cerita. Dan Ali yang tak padan dengan kecik.
Semoga semua anak Abi ni membesar jadi manusia yang berjaya dan bahagia. Dan paling utama, dirahmati dan diberkati Allah.

Thursday, September 17, 2015

Ali Zharfan

Nilah Ali. Ali Zharfan. #JackJack di media sosial. Jikujiku sesama kami di rumah. Semua merujuk pada orang yang sama. Si botak yang banyak akal, ni.
Lasak, banyak cerita, degil. Tapi agak sukar nak marah sebab comel dan pandai ambil hati. Kawan rapat Umi. Dalam erti kata lain, bila Umi takde dia OK, bila Umi ada dia mengada ada. Selalu bergaduh dengan Aya. Kawan baik dengan Nina. Semua napkin adalah awunya. Seminggu ada lima enam awu Ali yang nak kena lipat.
Apapun, Abi dan Umi amat bersyukur kerana dikurniakan anak anak yang sehat dan cerdas dan semoga semua, termasuk dengan abi-abinya sekali, dirahmati Allah.

Monday, September 7, 2015

Menolong Abi mendobi

Dewasa ini, makin banyak kedai dobi self service yang bukak seluruh Malaysia. Ia agak membantu juga terutamanya mesin pengering bila musim hujan. Dan seperti ibubapa urban yang lain, Umi dan Abi juga turut menggunakan perkhidmatan kedai seperti ini. Biasanya, Abilah yang kena pegi. Dan biasanya juga, The Amaninas beserta dengan #JackJack nya sekali akan turut hadir untuk membantu...
Bantuan yang selalu diterima oleh Abi adalah berupa pekikan dan jeritan riangria dari Nina, Aya atau Ali. Mereka akan terus memilih bakul beroda yang sesuai dan main lumbalumba macam kedai tu Abi yang punya. Kalau orang tak ramai, takper laa. Lepas tu si Ali pulak akan menyalahgunakan tangisan dia bila apa yang dia nak tak dilayan oleh kakaknya. Tugas Abi selain memastikan pakaian yang sedang dikeringkan tu OK adalah meleraikan pergaduhan mereka, atau sebagai marshall kalau mereka berlanggar time berlumba tu.

Tu kalau kedai tu ada bakul beroda. Kalau kedai tu ada mini playground tak citer lagi...

Thursday, August 13, 2015

Ali yang cengeng

Nilah rupa si Ali, menyalahgunakan tangisan untuk mendapatkan sesuatu. Abi tak layan tangisan jenis ni dan nampaknya Ali masih tak paham lagi...
Dulu Aya pun lalui juga period di mana dia ingat tangisan boleh selesaikan apa saja but that doesnt work. Lamalama dia paham sendiri. Tapi si Ali ni membawanya ke next level. Time Abi ada dia terkawal jugala. Tapi bila Abi takde, teruk Umi dibulinya sampai tak dapat Umi buat keja. Dah tu pulak, Aya dulu nangis takde la beriaia sangat. Si Ali nanges siap merajuk pebagai.... Haihhh. Entahlah anak bujang sorang ni...

Tuesday, June 18, 2013

#JackJack dalam buaian

#JackJack memang paling comel 
Dah tu bila dia dengar orang sebut nama dia, dia ushar lak tu




Eee....geramnyaa


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...