Dewasa ini, makin banyak kedai dobi self service yang bukak seluruh Malaysia. Ia agak membantu juga terutamanya mesin pengering bila musim hujan. Dan seperti ibubapa urban yang lain, Umi dan Abi juga turut menggunakan perkhidmatan kedai seperti ini. Biasanya, Abilah yang kena pegi. Dan biasanya juga, The Amaninas beserta dengan #JackJack nya sekali akan turut hadir untuk membantu...
Bantuan yang selalu diterima oleh Abi adalah berupa pekikan dan jeritan riangria dari Nina, Aya atau Ali. Mereka akan terus memilih bakul beroda yang sesuai dan main lumbalumba macam kedai tu Abi yang punya. Kalau orang tak ramai, takper laa. Lepas tu si Ali pulak akan menyalahgunakan tangisan dia bila apa yang dia nak tak dilayan oleh kakaknya. Tugas Abi selain memastikan pakaian yang sedang dikeringkan tu OK adalah meleraikan pergaduhan mereka, atau sebagai marshall kalau mereka berlanggar time berlumba tu.
Tu kalau kedai tu ada bakul beroda. Kalau kedai tu ada mini playground tak citer lagi...
No comments:
Post a Comment