Saturday, October 17, 2015

#mywifenkids di Pizza Hut Seremban Prima

Masa Umi kembali bekerja ke Seremban setelah bertahun merantau di Kuala Lumpur, tempat pertama beliau kerja adalah Pizza Hut Dataran Senawang. Itu adalah 11 tahun lepas. Kini, setelah bertukar kerja beberapakali, bernikah dan dikurniakan tiga cahayamata, Abi teringin pulak nak rasa pizza. Kami ke cawangan yang kat Seremban Prima.
Bila kat kedai, macam biasa si Aya akan jadi Queen. Semua mesti order ikut citarasa dia. Selepas dia komfem pizza yang mana, dia akan dabel komfem dengan Nina. Ali pulak, pasti nak menyibuk jugak macam tau ujung pangkal. Dan bila tak dapat, dia akan melalak hinggalah Abi marah dan suruh dia diam.
Alhamdulillah. Teringat satu kisah masa nak tunggu kedatangan Nina. Masa tu dah dekat masa nak bersalin, tapi ada false alarm, so Abi dah hantar Umi ke hospital siapsiap. Tapi takde apa. So masa on the way ambik Umi balik, kami singgah di Pizza Hut. Dandan lepas makan, Umi rasa menendang lagi. Kami terus ke hospital dan Nina pun lahir pada hari itu...

Hmmm...maybe itu salah satu sebab mengapa Nina suka makanan western...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...