Dulu dulu nak bawak Ali pegi barbershop memang bercinta. Bukannya reti nak dok diam. Sekarang tidak lagi. Seperti kakak kakaknya yang cepat pikap, Ali macam dah tau apa nak buat bila sampai barbershop. Part menunggu giliran tu kita skip sebab ada banyak mencarut, aksi kejarmengejar dan amat mencemaskan bagi mereka yang belum berumahtangga.
Bila turn dah sampai, belum sempat macha tu taruk papan alas tempat duduk, Ali dahada atas bangku, senyum senyum jelirjelir lidah kat cermin. Bila macha tu pakaikan kain alas, lagak Ali angkat kepala bagaikan waibi yang mahu trim kumis di butik kecantikan. Bila macha tu start mesin rambut, Ali mula terkekek menahan geli dan menyukarkan proses nak bagi guntingan kemas. Biasanya part ni Abi terpaksa lend a helping hand dengan memegang kepala dan bahu Ali bagi macha tu abes buat keja.
Part paling mencemaskan adalah bila nak cukur tu takut tibatiba ada keta dengan ekzos mereng lalu kat luar yang buatkan Ali terkejut dan toleh kepala nak pandang luar. Tapi setakat ni Ali ok.
Rupa Ali sebelum dan selepas gunting rambut sama jer comelnya.