Wednesday, March 27, 2013

Kejuruteraan Sendawaan

JackJack isap susu macam Abi mentekedarah jajan. Masa memula dulu, Umi larat jugak nak beli sekotak-sekotak Anmum langkah 1 tu. Lepas kotak ketiga, terus kami ambik keputusan tukar ke susu yang murah sikit. Dah dua tiga kali tukar dah sampai Abi pun dah lost, apa brand yang Ali isap sekarang.
Namun, itu tak menghalang semangat Abi dalam memastikan JackJack bekalan 4oz setiap duajamnya tidak terputus, walhal diwaktu sepertiga malam sekalipun. Inilah sebabnya mengapa timeline Twitter Abi, manjang penuh memalam membawa ke subuh.
Apapun, Abi dan Umi bersyukur sebab Ali semakin tembam dan 'terasa' semasa mendukungnya. Takdelah macam masa memula KeboiKeboi dulu, semua komplen rasa macam dukung botol kicaplah, dukung anak patunglah. Kekekeke.
Oh ye. Satu perkara yang agak meletihkan dalam hal memberi susu pada JackJack ialah bab menunggu dia sendawa. Sebab dah dua tiga kali, Ali terus tidur lepas isap susu, susu dimuntahkannya keluar dari mulut dan hidung. Seram jugak Abi dibuatnya. Sejak dari itu, Umi dan Abi memang akan pastikan JackJack sendawa dulu sebelum hanyut dalam milk-highnya. Dan nak menyendawakannya tu bukan senang. Dek mendalami ilmu menyendawakan JackJack nilah, Abi telah ubahnya dari satu seni, menjadi kepada kejuruteraan. Kejuruteraan Sendawaan.

Published with Blogger-droid v2.0.10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...