Wednesday, December 16, 2015

Ali yang kuat merajuk

Ali kalau nampak apa yang kakak kakak dia buat, dia pun nak buat. Semua benda dia nak try. Tak padan dengan kecik. Dan bila tak dapat apa yang dia nak, dia akan meraung macam kena cubit. Tapi sebab hari tu masa keluar lunch kat foodcourt Seremban Prima tu Abi ada sekali, Ali kaver sikit. Dia sekadar merajuk jer.
Nilah rupa nya, anak bujang sorang Abi ni merajuk. Yang mahalnya tu, bila kita tak layan, dia siap jeling kita ushar one kind tapi bila kita tengok, dia pekap muka. Alhamdulillah. Ni kira ok lagu berbanding si Aya dulu yang merajuk star tak kira tempat.
Abi kalau dalam keadaan sebegini, Abi akan pujuk dua tiga pam test market. Kalau target berdegil nak teruskan jugak dengan merajuk, Abi akan geletek sampai keluar airmata. Tu jer ubatnya budakbudak ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...