Tuesday, June 5, 2012

Happy Birthday Nina!

3rd June 2012, genaplah usia Nina ke 3 tahun. Takde apa-apa yang special dirancang pada hari 3 haribulan tu. Semua dipinda ke 4 Julai dimana pada birthday Umi tu, kami akan celebrate birthday Nina, Abi dan Umi one shot. Myra ialah pada bulan Oktober.


Selama 3 tahun Nina membesar, banyak yang Abi dan Umi pelajari sebagai parents dan sebagai suami dan isteri. Sebagai parents, kami belajar mendengar, bersabar dan berlatih tidor selama 3 jam jer sehari. Sebagai suami isteri pulak, kehadiran Nina menyukarkan Abi dan Umi nak cuddle-cuddle sebab tiap kali kami cuddle atau nak hug sekalipun, Nina akan throw herself between us. Walaupun usaha yang persisten dari Nina yang sebegitu sempat, jugak Myra keluar. Hehehe


Abi dan Umi masih ternantik-nantik panggilan pertama Nina kepada Umi. Sekarang ni, Abi ke, Umi ke, Nina panggil 'biii' jer. Ada gak sekalisekala (sejak dah dok kat babysitter ni), terdengar Nina panggil Umi; 'maa'. Sungguhpun begini, sebutan Nina untuk perkataan macam 'adoi' dan 'taknak' amatlah jelas. In fact, panggilan 'Aya' yang digunakan untuk Myra itu, bermula dengan Nina memanggil Myra.


Nina sifatnya pengemas. Dia tak suka sepah-sepah, especially kalau Myra yang sepahkan. Perangai Nina ialah kat mana dia ambik sesuatu barang, kat situ jugaklah dia akan pulangkan (kalau dia ingat). Nina juga dah boleh harap untuk simpankan bedak dan sikat tiap kali lepas digunakan lepas mandi. Nak sidai towel jer diaa tau kat mana tapi sebab tak sampai...


Antara sifat yang tak berapa best ialah Nina ni pengemas, maka semua mainan yang diusik Myra akan dirampas dan disimpan. Myra pulak degil, akan rampas balik dan mereka berdua akan main rampas-rampas sampai ada yang menangis dulu. Satu lagi ialah time nak kasi makan. Abi paling selalu lost temper pasal ni, lah. Nasik Nina takbley letak kuah yang kaler-kaler. Maka yang sesuai hanyalah sup atau sikit-sikit air masa masak sayur, tu. Part sayur, Nina takde masalah. Lagi satu bab makan ialah suapan pertama mesti perfect. Takbley ada silap macam ada rasa pedas, tangy atau yang pelik-pelik. Kalau tak, Nina taknak makan altogether. Nak mudah, suapkan cebisan ayam atau lauk dulu, kasi bangkit selera. Lepas tu baru kasi nasik.


Part tido pulak, Nina mewarisi sifat Abi yang nocturnal. Kalau dia nampak Abi masih sedar, dia akan teman Abi sampai Abi tidor. Biasanya dia akan suruh Abi ajar dia main game di hempon, atau ajar cara conteng buku yang terbaru. Lepas tu, diam akan bergolek dan peluk leher. Tu maknanya dia dah nak tido. Kasi goodnite kiss dan tutup mata dia dengan selimut busuk dia. Bercakap pasal selimut busuk Nina ni, selimut ni time nak basuh punyalah siksa. Nak kena buat masterplan, divert attention Nina selama dua jam untuk basuh dan kasi awu tu kering. Kasi Nina tak ingat pasal awu. Kalau tak, selagi tak jumpa dia nanges.


Anyways, Nina tak putus-putus mengejutkan Abi dan Umi dengan telatah dan pengetahuan baru yang dipelajarinya. Segeram manapun kami, ia amat berbaloi demi si budak comel yang sedang cuddle di bawah ketiak Abi sekarang ni.


Happy Birthday Nina. Alhamdulillah, kami tabah menempuh hari ini, asbab dari mu...


Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...