Tuesday, January 29, 2013

Nina kena Demam Campak

1 Jan 2013, Abi mendapat call dari Umi mengatakan Nina demam. Berrgegas ke tempat kejadian, Abi terus mengecheck badan Nina.

Kelihatan ruam-ruam kecil mula tumbuh sekitar badan, bermula dari paha kiri. Umi melaporkan, mulanya tengahari tu ruam ada 3 jer dan diameternya pada masa itu tidaklah mentriggerkan apa-apa alarm kecemasan. Pada masa Abi mengecheck Nina petang itu, ruam sudah menguasai kawasan belakang area pinggang dan bahu. Suhu Nina diparas normal. Nina juga aktif macam biasa. Tak mahu mengambil risiko, Abi mendapatkan nasihat pakar dengan membawa Nina ke Klinik 1Malaysia yang berhampiran, selepas Isyak.

Doktor muda memberitahu bahawa Nina MUNGKIN baru kena jangkitan virus, dan terlalu awal nak cakap apa-apa sungguhpun simptom-simptom demam campak tu memang nyata. Untuk itu, beliau telah membekal sebotol Calamine dan sebotol ubat demam, in case suhu Nina naik melonjak.

Malam itu, Nina tido macam biasa.

Gambar-gambar berikut dirakam pada hari kedua. Alhamdulillah, Aya tak dijangkiti campak kakaknya. Sekali lagi, Abi dan Umi mengkaitkan faktor Nina yang kurang minum air kepada sebab dia mudah diserang penyakit berbanding Aya.


By the way, Aya semakin dah comel dan pandai dah bergurau dan membebel. Merajuk star dia, dah takde. Tapi merajuk memang ada. Dan kuat.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...