Wednesday, September 30, 2015

Amanina Humaira

Amanina Humaira. Aya for short. Suka menyibuk dalam apa saja perkara yang diborakkan between Abi dan Umi. Lasak, bijak, ada hangin dia sendiri. Most of the time dia akan lead the siblings tapi dia ikut Nina, sebenarnya. Bila kat rumah, Aya lah yang selalu perangkap Abi untuk bawa famili pegi jalanjalan, tapi the moment masuk keta jer, dia pun tido. Dalam rumah ni, si Ayalah tido paling punctual. Pukul 830pm tu biasanya dia dah fasa separa sedar dah tu. Sifat semulajadinya ini secara tak langsung mengehadkan aktiviti nocturnal famili, yang sememangnya menjadi sifat pula pada Abi dan Umi.
Aya nak cepat besar. Aya makan banyak. Aya dah besar Aya nak jalan jalan. Letih melayan soalan dan borakan si Aya ni tapi every family perlu ada sorang yang becoknya dan Abi rasa anugerah tu jatuh ke tangan Aya. Aya tak rasa dia kakak lagi sebab dia baru lima tahun, ujarnya tibatiba setelah diam seketika melayan cerita Frozen buat kali ke seribunya, kat tivi...

Friday, September 25, 2015

When they are asleep

Nilah pemandangan yang paling menenangkan pada Abi. Semua anak Abi tengah syok tido.
Nina dah makin besar. Aya yang banyak cerita. Dan Ali yang tak padan dengan kecik.
Semoga semua anak Abi ni membesar jadi manusia yang berjaya dan bahagia. Dan paling utama, dirahmati dan diberkati Allah.

Thursday, September 17, 2015

Ali Zharfan

Nilah Ali. Ali Zharfan. #JackJack di media sosial. Jikujiku sesama kami di rumah. Semua merujuk pada orang yang sama. Si botak yang banyak akal, ni.
Lasak, banyak cerita, degil. Tapi agak sukar nak marah sebab comel dan pandai ambil hati. Kawan rapat Umi. Dalam erti kata lain, bila Umi takde dia OK, bila Umi ada dia mengada ada. Selalu bergaduh dengan Aya. Kawan baik dengan Nina. Semua napkin adalah awunya. Seminggu ada lima enam awu Ali yang nak kena lipat.
Apapun, Abi dan Umi amat bersyukur kerana dikurniakan anak anak yang sehat dan cerdas dan semoga semua, termasuk dengan abi-abinya sekali, dirahmati Allah.

Tuesday, September 15, 2015

#TheAmaninas and #JackJack at McDonalds Dataran Senawang

Abi ada hal jumpa orang kat mekdi Dataran Senawang, ada satu malam tu. Kekonon nak bawak sekalilah the kids, plannya dorang boleh lepak main kat mini playground mekdi tu..
Kami sampai dulu. Terus Abi halakan kids ke playground as per plan. Dorang terjeritjerit hepi dapat main kejarkejar larilari dalam tu bertiga. Abi pun terus ke meja kat luar sebelah playground tu.
Sibbaik kawan Abi tu sampai cepat. Kami borakborak dan buat kerja sambil kids masih terjeritjerit kat playground...
...dan jeritan tu tak berenti renti pulak. Abi malaslah nak menempik nempik di khalayak ramai. Apa yang boleh dilakukan cuma mencegilkan mata tiap kali anak anak Abi yang sedang berlarilari dan terjeritjerit dalam playground tu bertentang mata. Dasar tak makan saman.... Dia buat dek jer. Takpe. Abi fokus pada keja.
Setelah selesai dan setelah berpuluh desakan dan pertanyaan dari Aya; "Abi bila nak balik?", Abi pun salam last dengan kawan Abi tu. Kids dah nampak Abi dah setel jer, terus keluar dari playground dan berlari beramai ramai... pass Abi....
...dan terus ke kaunter tempat order dan order aiskrim sorang satu...
Buleyh?

Sunday, September 13, 2015

Amanina Zahra

Nilah dia puteri pertama Abi dan Umi; Amanina Zahra. Rajin orangnya, lurus. Pelat sikitsikit. Pantang jumpa cermin atau benda yang boleh merefleksikan bayangnya, maka otomatik dia akan posing ala model, gitu. Kakak yang penyayang dan beralah. Selalu mengalah dengan Ali. Kawan baik dan mentor Aya dalam projek projek jahat. Adik adik Nina biasanya mengikut jer apa yang Nina buat. Maka tu yang selalunya, Nina yang kena marah dulu.
Apapun, Abi dan Umi tetap sayang Nina sama macam hari pertama kami menerima beliau ke dalam hidup kami. Walaupun lately nampak macam banyak tumpu pada menangkap Aya dan Ali yang tak reti dok diam...

Monday, September 7, 2015

Menolong Abi mendobi

Dewasa ini, makin banyak kedai dobi self service yang bukak seluruh Malaysia. Ia agak membantu juga terutamanya mesin pengering bila musim hujan. Dan seperti ibubapa urban yang lain, Umi dan Abi juga turut menggunakan perkhidmatan kedai seperti ini. Biasanya, Abilah yang kena pegi. Dan biasanya juga, The Amaninas beserta dengan #JackJack nya sekali akan turut hadir untuk membantu...
Bantuan yang selalu diterima oleh Abi adalah berupa pekikan dan jeritan riangria dari Nina, Aya atau Ali. Mereka akan terus memilih bakul beroda yang sesuai dan main lumbalumba macam kedai tu Abi yang punya. Kalau orang tak ramai, takper laa. Lepas tu si Ali pulak akan menyalahgunakan tangisan dia bila apa yang dia nak tak dilayan oleh kakaknya. Tugas Abi selain memastikan pakaian yang sedang dikeringkan tu OK adalah meleraikan pergaduhan mereka, atau sebagai marshall kalau mereka berlanggar time berlumba tu.

Tu kalau kedai tu ada bakul beroda. Kalau kedai tu ada mini playground tak citer lagi...

Sunday, September 6, 2015

Nina dan Aya kat Kedai Lego, The Curve

Bila keluar jalanjalan, Nina dan Aya memang buat hal dorang. Dorang buat semua kedai macam rumah sendiri. Dapat lak kedai toys. Haritu masa jenjalan, kami melalui sebuah kedai Lego. Nina dan Aya apalagi, tanpa bertanya terus meluru dan helping themselves with all the lego parts scattered around the shop. Siap kacau model samting yang sedang diusahakan dengan tekun oleh sorang anak cina tu sampai menangis budak tu. Untuk melarikan perhatian theAmaninas, Abi suruh dorang posing depan Obiwan Kenobi dan zirafah kat kedai tu sebelum memujuk mereka keluar dan meneruskan perjalanan...

Apapun, it's nice seeing them having fun... Alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...