Tuesday, May 29, 2012

Nina at PlayGround

Petang Ahad lepas, Nina berjaya memujuk Abi untuk menemankan beliau untuk keluar bermain di luar rumah. Nina yang walaupun kelihatan mmenguap-nguap petang tu, tidak mahu tidur malah asyik meninjau-ninjau ke luar pintu bila terdengar suara anak-anak jiran bermain di luar. Myra pula sudah tertidur kerana terlalu lasak sejak dari pagi. Maka petang tu, Nina ajerlah yang keluar jalan-jalan.


Mula-mula main depan umah jer. Masa tu, perlawanan street soccer sedang berlangsung. Nina seperti kebiasaannya terus mengejar-ngejar bola yang disepak, seraya mengganggu team bola yang diketuai oleh Adam, anak aka sebelah. Setelah meneliti keadaan sekeliling, Abi berpendapat, lebih baik bawak Nina ke playground. Boleh jugak Nina main buaian.


Selang beberapa tapak kami melangkah ke playground, Puteri dan Maya (adik-adik Adam) meminta izin nak follow kami. Dan seperti sebelumnya, Abi permisi. At least Nina ada gak teman.


Sesampainya di playground, orang tak ramai. Mungkin baru pukul 630pm atau orang semua sibuk pulang ke kampung sebab cuti sekolah dah mula. Nina, Puteri dan Maya memulakan sesi petang tu dengan main buaian. Lepas tu Puteri dan Nina main kejar-kejar tawaf playhouse. Maya pulak berlatih superman di buaian. Abi yang memang terkenal dengan kepemalasannya, sekadar memantau dari jauh, dari sebuah bangku sumbangan Umno Cawangan Seremban selatan.


Kelihatan di court volleyball, abang-abang tunggu timing nak mula main bola tampar. Pemain-pemain amatur memang suka dengar azan Maghrib sebagai tanda nak mula main. Yang menariknya, ada 8 orang pemain dan 4 pakai baju biru BN, sementara 4 lagi pakai baju kuning ala-ala #Bersih. Cam simbolik pulak, bisik Abi dalam hati melayan kepala.


Tengah Abi sibuk senyum sensorang, Nina and the gang terjerit-jerit panggil Abi. Rupanya mereka nak main buaian dan mereka nak Abi tolong tolakkan. Maka Abi pun melayanlah menolak tiga anak dara comel tu main buaian. Bila dah pukul 7pm, Abi beri isyarat dan mereka bertiga berhenti bermain dengan patuh dan berjalan bertiga-tiga menuju ke rumah semula.


Malam tu Nina tido awal. Pukul 9pm lagi dah tido. Yang tak bestnya, pukul 12malam dia terjaga semula dan sampai pengsan Abi melayannya nak kasi dia tidur semula...


Sekian.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...