Kepada yang mengikuti tweet-tweet dari Abi, pasti takkan terlepas bahawa Uncle Ana (Adik kedua kepada Abi) telah melangsungkan majlis akad nikahnya. Majlis akad nikah dilakukan lebih awal atas sebab teknikal dan kedua-dua mempelai ni, ultra busy orangnya. Majlis persandingan Insya Allah akan dilakukan pada Raya Cina.
Henpon Abi ada problem sebelum tu, jadi banyak gambar dan peristiwa yang terlepas. Lagipun, Uncle Ijam yang dok berkepit dengan DSLR since petang, nampak macam lagi professional dalam part merakam hari bersejarah ni. Namun, ini tidak menghalang Abi dari merakam peristiwa paling penting dalam perkahwinan sesapa saja yakni: Majlis Akad Nikah.
Di kesempatan ini juga, Abi nak ucapkan TAHNIAH kepada Ibu: Puan Ramlah yang telah mendapat seorang lagi menantu.
Begitu juga kepada Ana yang baru bernikah. Abi tak ucapan kepada Ana except semoga Ana akan terus cemerlang dan gemilang dan semoga Allah sentiasa melingkungi kedua-duanya dan ibu kami dalam lingkungan rahmatNya.
Tak lupa juga kepada aunty-aunty Amaninas yang bersengkang mata, bertungkus lumus menukar rumah mak yang tebaabo kepada sebuah mahligai yang indah. Sesungguhnya kami (the boys) amat bersyukur keran punyai adik-beradik pompuan yang baik dan bersopan santun tinggi. Thanks, guys!
Nanti Abi akan curi gambar-gambar dari Uncle Ijam dan post kat sini. Mamat tu buat nama jer ada DSLR, buat fotografi, tapi, sibuk tunggu dia dok zoom in zoom out, memory card Abi dah penuh dah dengan video dan gambor. Amender la bebudak zaman sekarang..Haishhh...
Kelihatan para rombongan menunggu Imam habis berkhutbah kepada Uncle Ana
Henpon Abi ada problem sebelum tu, jadi banyak gambar dan peristiwa yang terlepas. Lagipun, Uncle Ijam yang dok berkepit dengan DSLR since petang, nampak macam lagi professional dalam part merakam hari bersejarah ni. Namun, ini tidak menghalang Abi dari merakam peristiwa paling penting dalam perkahwinan sesapa saja yakni: Majlis Akad Nikah.
Ini ialah raptai sebelum akad yang sebenar. MAsa akad sebenar, henpon Abi buat hal plakss..
Sempat jugak ambik video akad..hehehe
Nanti Abi akan curi gambar-gambar dari Uncle Ijam dan post kat sini. Mamat tu buat nama jer ada DSLR, buat fotografi, tapi, sibuk tunggu dia dok zoom in zoom out, memory card Abi dah penuh dah dengan video dan gambor. Amender la bebudak zaman sekarang..Haishhh...
No comments:
Post a Comment