Monday, July 23, 2012

...but I love you

I'm a mess and dirty,

But I love you.

I'm emotional and a sissy,

But I love you.


I am hurt and tired,

But I love you.

I'm a loner and frustrated,

But I love you.


No matter what you said,

Dont matter what you do.

I will always,

Love you


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, July 21, 2012

Going to Hospital Tuanku Jaafar for Myra's checkup

As a followup to Myra's eyes issue last week, we went for an appointment with a 'doktor pakar' at Hospital Tuanku Jaafar Seremban, last Wednesday. Abang Saiful was kind enough to allow us use his car under short notice. Thousands thanks to him and Kak Gayah for the support for us!


Anyway, after picking Amaninas from the babysitter, we went to pick Umi at her office before having lunch at Parkson, Seremban. Once we're there, Nina went straight to join the kids at the playground. Myra stayed for a while, only to join Nina after Nina went running screaming playing hide and seek with her new friends there.

Amaninas usuals at the foodcourt is Nasi Ayam.


After having lunch, we went to the hospital for our appointment. Finding a parking spot in the hospital area was hell at noon. Abi twote his frustrations about the government hospitals poor logistics management and alot out there seemed to agree. The government should look seriously into this.


Although we HAD an appointment, the Eye Clinic spent almost an hour to reregister us and to appoint us a doctor to check Myra.


After more than an hour waiting and chasing Amaninas around the waiting area, we finally got our chance to see the doctor. Met for a few minutes, got some eyedrops for Myra and we need to bring Myra again next Tuesdays. Sheesh...


Myra's condition seems normal, right after the eye issue day. Abi feels reluctant for the next appointment. And Abi think, Umi feels the same way too...


Myra-Myra....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, July 17, 2012

Mata Myra Bengkak dan Jumaat 13th Julai


Agak sukar nak ambik gambar mata Aya yang bengkak tu.
Kelopak kedua-dua matanya bengkak, membuatkan Aya berjalan-jalan
tutup mata sampai terlanggar-langgar dinding...


Bagi sesiapa yang mengikuti akaun twitter Abi: @akuskizo, pasti perasan pada hari Jumaat lepas, kami sekeluarga kecoh pasal nak bawak Aya pegi klinik. Ceritanya macam ni, petang Khamis, selepas balik dari babysitter, Aya dok pekaaap jer muka dengan bantal busuknya. Masa tu dah pukul 8malam dan Umi yang sibuk memasak pada masa tu, tak syak apa-apa. Umi cuma ingat Aya letih sebab ikut babysitter pergi surau tadi. Aya tido awal.



Malam tu masa Abi dah balik, Aya nanges-nanges sambil pekap muka kat bantal. Umi dan Abi ingatkan Aya buat merajuk biasa dia so takde lah ambik port sangat. Nina pulak, suhu badan dia mula naik malam tu. Nak demamlah kiranya ni...

"Aya, dok diaam. Abi nak ambik gambarr"

Pagi tu, Umi dan Abi tak syak apa-apa. Umi pergi kerja macam biasa sementara Abi cuti. Tapi masa Abi nak mandikan Aya, Abi perasan Aya taknak bukak mata. Bila Abi check, memang komfem, kelopak mata Aya dah bengkak. Abi call Umi yang kat pejabat, suruh dia pinjam keta sesapa, nak bawak Aya pegi klinik.
Dalam keta pun Aya masih tutup mata

Sebelum ni, mata Aya pernah bengkak jugak tapi belah kanan ajer. Itu memang jelas kesan dari menangis lelama sangat. Kami takdelah nak syak babysitter ke apa, memandangkan si Aya ni memang kuat merajuk/menangis budaknya. Dan bila menangis pulak, dia buat merajuk star dia. Besar kemungkinan dia pekap muka dia kat tempat yang berhabuk. Dan bila habuk tu masuk ke mata yang berair, kuman tu aktiflah. Ini teori yang Abi pikir ajer...

Umi drive keta member sepejabatnya. Terima kasih, Cik Mat!
Nina dah besar. Dia duduk depan sebelah Umi, jadi jurupandu.
"Tu! Tu!" katanya sambil tunjuk belon karnival.
Camnilah Aya dok pekap muka dia dengan bantal
Dahlah kuat merajuk, budaknya...
Kat klinik, Aya dok berpeluk jer dengan Abi
Doktor lambat pulak...
Umi baru kembali dari pendaftaran
Nina dah mula menampakkan tanda-tanda keboringan
Umi membetulkan sisipan rambut agar Nina tetap kelihatan comel.
Walaupun tengah boring
Dah besar dah anak Abi ni...
..yang sorang ni pulak nak membesar...
Masa jumpa doktor kat klinik tu, doktor tak dapat nak check anak mata. Tapi dari pemeriksaan ringkasnya, doktor dapati macam kelopak kanan mata Aya ada bengkak kecil. Dia tak berani nak buat apa-apa melainkan merefer kes Aya ni ke pakar. Umi dan Abi rasa nak terduduk bila dengar keputusan doktor.

Tak abes dengan tu, kat kaunter satu hal lagi. Tapi cerita yang tu, Abi akan cerita tapi bukan kat blog ni. Hehehe.



Memandangkan tadi janji pinjam keta kejap jer sebab nak bawak pergi klinik, maka terpaksalah memulangkan kereta. Kalau pulangkan keta, camana nak ke Hospital Tuanku Jaafar. Dalam cemas-cemas pikir pasal keta dan Aya yang matanya masih tak terbuka lagi, baru teringat, yang Amaninas belum sarapan lagi. Jadi pepehalpun, Umi dan Abi decide pegi makan tengahari dulu.

Kami ke foodcourt Parkson, Seremban. Yang ada playground tu.

Sesampai di Foodcourt tingkat atas tu, Nina terus meloncat dan hilang dari pandangan bermain di celah-celah playhouse tu. Beliau diikuti oleh miss drama princess kita, Cik Myra Chak. Dia campakkan bantal dia, pastu jalan terkedek-kedek menuju ke arah playground dengan kepala yang terdongak. Umi dan Abi berpandangan sesama kami dan menggeleng ajer tengok telatah puteri bongsu kami ni. Dah sihat nampaknya.

Kat playground Abi tengok Aya boleh naik tangga, boleh identify kaler-kaler pada mainan kat playhouse tu, serta boleh cucuk-cucuk lubang-lubang skru dengan jari kiutnya. Maka tahulah Abi yang mata Aya OK lagi. Cuma sekarang yang tinggal ialah bengkak di kelopaknya.


Aya boleh memanjat
Nina memastikan Aya selamat dari panjatannya.
How adorable
Aya boleh pegang benda yang rolling tu dengan tepat
Nina helping herself through the obstacles
Aya boleh turun tangga
Sesampai di rumah, Nina terus pengsan
Aya on the other hand, terus cargas dan memulakan operasi
'mengemas rumahnya'
Dalam mata bengkak-bengkak tu pun nakal lagi
Alhamdulillah. Kami sempat juga ke berjumpa dengan doktor pakar walaupun tiba di kaunter pendaftaran tepat jam 5petang. Terima kasih banyak kepada Abang Saiful yang sudi hantar kami last minute.

Doktor yang melayan kami juga amat ramah dan mesra beliau memberi jaminan yang kes mata bengkak Aya tidaklah series. Menurutnya, anak mata Aya masih putih dan kelopak matanya terbuka cukup luas untuk saiz anak matanya. Abi dan Umi angguk ajer walau tak paham amender yang doktor cuba terangkan sampai mengepak-ngepak tangannya. Pada kami, kami amat bersyukur sebab Aya takde apa-apa yang series.

Haduyai. Letih la pulak. Panjang lagi cerita yang berlaku pada Jumaat dan sepanjang minggu lalu dan mungkin ada baiknya Abi letih sekarang.
Lenkali ajer Abi cerita lagi.

By the way, Abi juga nak ambik kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada Uwan korang; iaitu Mak Abi yang sudi menjenguk kami pada Ahad lepas.


Last-last Aya pengsan dalam keadaan macam ni. Aya-Aya...


Ni lah budaknya; Amanina Humaira

Published with Blogger-droid v2.0.4

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...