Tuesday, February 17, 2015

#AmaninasinTheMornings

"Salam 1Comel. Saya Ali Zharfan aka #JackJack .
Kita bertemu lagi dalam rancangan Amaninas in The Mornings"

"...Semasa penggambaran, kakak-kakak kita dah siap dengan
lakonan mereka.  Kak Nina dan Kak Aya berpakat untuk tido"

"Haa...tak tido pun? Tipuuuu!!.."

"Hei, hei! Jangan kacau laa. Ni rancangan Ali punya..."


"Hello!..."

Nina dah cabut gigi

Semalam (16th Feb), Nina cabut her first wisdom tooth

Courtesy of www.whatasmile.com
Yang cabut tu, gigi label N



"Gigi Aya, Aya tak cabut gigi..." kata Aya

"Gigi Aya santek. Aya somel..."  #La?

Monday, February 16, 2015

" #JackJack melaporkan untuk Buletin-Amaninas, Februari, 2015..."

"Salam 1Comel. Kita bertemu lagi dalam "Amaninas in The Mornings.
Saya, #JackJack , host comel akan menemani anda untuk 3 gambar yang berikutnya..."
 
"Abi tekan record ke tidak, ni...?"

"Ini ialah Kak Aya. Beliau biasanya turut sama menyanyi dengan Abi
tapi pagi ini, beliau kelihatan terlalu letih untuk sepatah dua pesanan..."
"Ini pula Kak Nina. Kak Nina memang tak pernah miss tido dalam keta time pegi sekolah.
Beliau juga pasti akan berpura-pura tido, tiap kali kami pulang dan semakin menghampiri rumah.
Taktik ini agar Abi terpaksa mendukungnya masuk bila tiba di rumah nanti"
Sekian saja laporan Buletin - Amaninas untuk hari ini. 
Kembali ke Bandar Seremban Selatan...
- #JackJack


Thursday, October 30, 2014

#TheAmaninas

Nina dan Aya suka mengaler buku

Terutamanya Nina. Pantang jumpa ruang kosong berwarna putih

Aya lebih kepada meng happening kan suasana jer

...dan kacau kakak dia





"Aya, kalerla buku tu..."

"A'ah. Aya, tolong takak taler tuku ni.." kata Nina pula


Aya tulah sifatnya. Makin disuruh, makin taknak buuat. Macam Abi juga





Saturday, October 18, 2014

Besday Aya And Nina

Tahun 2014 sambutan besday Aya dan Nina buat serentak. Tahun ni ada tema. #frozen. Special request from Aya.

Haihhhh... baju raya #frozen. Kasut pun #frozen. Tema besday pun #frozen. Jangan tahun depan Walt Disney kuarkan movie baru sudehh. Boleh bankrupt aku!

Sayang anak punya pasal... berlelah cari kek #frozen. Special order to Auntie Wanee. Puas hati sebab kek pun sedap. Berbaloi bayar mahal. Cantik pulak tuh. Enjoy!

Sunday, September 14, 2014

Tema Raya Aidilfitri 2014

Hahh... inilah baju yang menjadi tema raya tahun ni. Kalau xde... memang x jadi raya anak2 aku. Naik juling mata nak memilih. .. Sume lawa-lawa. Ni semua penangan #frozen la nih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014

Tahun ni raya pertama dekat kampung. Over excited jugak lah sbb 1st time satu family pakai baju hampir sedondon. Takpe! Next raya sure dpt buat punye.

Pening jugak lah nak cari baju raya #amaninas ni.

Another trip to Kompleks Paroi

Kali ni beza nya ... #alizharfan #jackjack dah pandai main gelongsor. Dah x takut dah. Umi dia plak yang takut. Berani sangat. Haihhh! Anak jantan sorang nih.

Masa ni umur #alizharfan #jackjack baru setahun 8 bulan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...