Selepas solat Asar petang Ahad semalam, Abi pun mengarahkan Umi untuk siapkan Nina yang memang dah budget akan nak mengekori Abi ke Param. On the surface, bunyi macam Abi nak bawak Nina keluar ke Param area dekat-dekat. Jadi, takdelah Umi pikir apa-apa. Yang Umi taktau ialah, Abi bawak Nina pergi Param kat SEREMBAN. Hehehe...
Ni ialah video Nina baru keluar dari rumah dan menuju ke jalan shortcut ke Stesen Sungai Gadut dengan Abi. Notice betapa excitednya dia...
Malangnya, baru dua tiga tapak, Nina dah pusing balik dan minta didukung. Abi tarahal...
Memandangkan waktu yang tak berapa tepat, maka Abi membuat keputusan untuk ke Seremban menaiki bas instead of the original plan nak naik komuter. Nina nampak blank bila naik bas. Inilah kali pertama dia naik bas. Oh, by the way, bila dah naik bas baru perasan yang selipar crocs Nina dah hilang sebelah...
Ni ialah keadaan di Param Seremban. Takde lah happening sangat. Pilihan pun tak banyak. Tapi itu dah jauh lebih baik dari Param kat Seremban Selatan. Kami beli Roti John, Air Laicikang 2 dan kueh apa ntah yang satu lagi tu.
Ni pula ialah gambaran semasa kami menanti bas nak gerak pulang. Nina sedang menikmati air kotak berperisa strawberry. Dia sedut semua sampai habis dan tak offer pun kat Abi.
Anyway, seronok dapat berjalan-jalan dengan Nina camni. Takleh la nak tunggu Myra dah cukup baru nak bawak semua keluar sebab by that time, takut Nina pulak yang dah hangin dok menunggu. Apapun, diharap agar Umi yang bakal mengetahui kebenaran ini selepas Raya nantik tak bengang dengan kami kerana pergi ke Seremban tak bagitau.
Memang patutlah Umi menyambut kami dengan muncung sedepa pada petang itu...Hehehe
No comments:
Post a Comment