Friday, September 14, 2012

Badan Nina panas

Petang Rabu Umi call Abi kata suhu badan Nina ialah 38.3 celcius. Babysitter pun kata Nina dok lembik jer sejak dari tengahari. Umi kata malam semalamnya, suhu Aya yang agak tinggi tapi dah OK masa pagi sebelum hantar. Tapi masa Amaninas balik petang tu, Nina tak aktif macam biasa. Biasa dia akan terus onkan TV dan tukar-tukar channel. Petang tu, Nina terus baring di sofa memeluk awunya.

Abi pesan agar Umi biarkan Nina berehat dulu sementara Umi fokus nak prepare dinner. Pukul 830pm, Umi call Abi kata suhu Nina dah naik ke 39.3celcius. Terpaksa dah masuk ubat bontot.

Lepas masuk ubat tu, suhu Nina turun ke 38-ish. Abi yang kat KL masa tu, plan nak balik ke Semban Satan pada pagi memandang keadaan RG NAT 8709 tu tak berapa meyakinkan. Lagipun, mengikut sejarah Nina, biasanya kalau tak series, suhu Nina akan turun semula ke normal by pagi.


Pukul 3pagi, Umi call bagitau yang suhu Nina naik balik 39.3C. Abi takbley tunggu lagi, terus balik ke Seremban time tu jugak.


Bila pagi, suhu Nina masih 38C ke atas. Thanks to caring friends, dapatlah kereta nak bawak Nina and the whole family pegi klinik...


Kat klinik, doktor belum balik brekfes lagi. Excitement got over the Amaninas bila terlihat the little playhouse dalam klinik tu. Aya terus melompat dengan gumbiranya bermain diikuti oleh Nina yang demam. Nina climbed onto it dan just sat there. Siaaan, anak Abi yang sorang ni. Yang tak best kat klinik ialah kerusinya yang kelihatan berpeta. Itu jer.

Doktor bagi ubat demam serta antibiotik. Lepas klinik, kami ke Family Store beli stok diapers dan susu Amaninas serta barang-barang dapur sikit. Lepas tu kami terus pulang ke rumah.


Di rumah, selepas makan ubatan, Nina terus tidur. Umi terus masak sambil Abii main-main dengan Aya sampai Aya tido. Selesai Umi masak, Abi pun ke KL semula nak pulangkan kereta...

Petang Khamis masa Abi tengah sibuk-sibuk buat apa ntah, Umi call kata suhu Nina dah turun ke 37-ish dan Nina dah nampak aktif. Abi pesan agar Umi kasi Nina dan Aya aktif lebih sikit kasi peluh keluar. Malam tu, Abi call Umi to check dan turn out Nina dah tido (walhal baru pukul 1230 malam, which was still 'early' for Nina). Umi kata petang tu, diorang semua main-main kat luar sampai letih. Aya memang takde masalah nak tido. Dinner, Amaninas taknak makan sayur yang Umi masak so Umi terpaksa goreng telur for them tapi Alhamdulillah diorang makan heartily...


Alhamdulillah.


For the record, this is what Abi think happen:

Virus tu datang dari Aya pada malam suhu Aya panas tu. Mana Aya dapat virus tu toksah tanya sebab Aya masih berada dalam fasa 'Explorer' yang semua benda diusiknya. Jadi, malam tu Aya dah terkena virus (highly suspect dari habuk) yang menyebabkan badannya react dengan menaikkan suhu badan. Aya seorang puteri yang aktif, kuat minum air serta mudah berpeluh. Jadi virus yang 'potentially' berada di kulitnya dah terkeluar bersama peluh. Dan peluh ni terlap-lap di tilam masa tidur. Tilam ni pulak dikongsi bersama dengan kakaknya; Nina.

Nina yang tidur setilam dengan Aya, dijangkiti virus ini time ni, lah. Bila virus dah in contact dengan kulit Nina, dia masuk dalam. Dia lay dorman. Bila masuk pukul 11pagi macam tu, pori-pori kulit makin terbuka sebab cuaca semakin panas dan virus ni masuk time ni, lah.

Bila virus dah masuk, badan Nina react dengan menaikkan suhu badan. Biasanya, selepas tidur time panas-panas tu, virus dah mati dan suhu akan kembali normal. Tapi dalam kes ini, virus ni degil sikit. Ditambah lagi dengan fakta yang Nina ni kurang minum air kosong dan kurang berpeluh, jadi virus tu nak diflush outkan, lebih lama.

Bila dah makan antibiotik, sistem imun badan akan punyai virus yang lebih kuat yang perlu ditentang. Akibat dari ini, askar imun ini mula menyerang dari dalam ke luar. Bila serangan ini berlaku, badan akan rasa pelik dan pesakit biasanya rasa nak tidur. Masa tidur, badan akan berpeluh dan dengan peluh inilah virus itu ditolak keluar...

Itulah yang Abi rasa berlaku untuk kali ini...


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...