Friday, October 26, 2012

Tribute to a Nokia

Semalam tah mana dikoreknya, Aya main-main dengan hemfon Umi yang lama. Hemfon ini sebenarnya Aunty Wanee yang pinjamkan kat Umi masa hemfon Umi rosak. Dah memang kebiasaan meminjam terus memunyakan, maka hemfon ni terus bersemadi dalam keluarga kami. Anyway...


Apa yang Abi nak kongsi di sini ialah kenangan yang sempat dirakamkan melalui hemfon ini. Sama juga dengan hemfon N70 Abi (yang hilang dalam kemuter) yang menjadi sumber utama gambar-gambar dan video dalam blog ini pada asalnya. Resolusi hemfon nokia yang ni taklah begitu power, jadi kebanyakan gambar yang diambil dengannya, tak dapat masuk ke blog ni.


Dan harini Abi terjumpa hemfon tersebut dan terus teringat detik yang dilalui ketika melihat kembali gambar dan video yang terakam dengannya.


''Everything, is just another thing. Until it means something'' - Abi, 22nd Oct 2012, katil 24 wad 8A, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Negeri Sembilan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

mariatul_m0hamadiah said...

nampak sangatttt your daughters cetak dr your wife. hahaha

Irwan Mohamad said...

oh ek? Tapi bab perangai, semua copy Abi, kata mereka. Dan keluarga mereka.

Dan keluarga kepada keluarga mereka juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...