Friday, November 2, 2012

Amaninas, selongkar stok cincin Umi

Menyelongkar, menyusun semula, seraya menyepahkan stok cincin milik Umi, memang merupakan hobi, kalau bukan tujuan hidup Amaninas setiap kali masuk ke dalam bilik tidur.


Tiap ada peluang, mereka akan naik ke tingkat atas senyap-senyap, dimulakan dengan Aya yang akan berlari straight ke rak tempat simpanan stok cincin tersebut disembunyikan, diikuti oleh kakaknya Nina yang pada mulanya sekadar nak menghentikan perbuatan nakal Aya. Tak sampai seminit, Nina akan mula berpakat dengan Aya untuk membahagikan stok cincin yang ada.


Pakatan rompakan, bertukar menjadi perbalahan apabila Aya, yang biasanya akan tidak bersetuju mengongsikan penemuannya, diikuti oleh reaksi retaliasi oleh kakaknya Nina. Ini akan berkesudahan dengan pergaduhan yang agak fizikal dan berdesibel tinggi.


Dan pada masa itulah biasanya, perbuatan mereka ini kantoi kat Abi...


Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

CikNana said...

wah..bnyaknya cincinnn..

Irwan Mohamad said...

Gelang, baju, jeans dan jin. Tak taula Umi nak buat apa kumpul semua ni banyak2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...