Friday, December 7, 2012

Celah Ketiak Nina

Kalau tanya direct, sorang pun tak ngaku. In fact, time nak tido memalam pun, semua choose nak tido sensorang kat sudut masing-masing. Tapi percayalah, bila malam-malam masa masing-masing terjaga tiba-tiba dari tidur, dan kalau nampak Abi ada kat tepi, tempat yang korang akan sondol ialah ketiak Abi.

Ada banyak kejadian dimana Umi bangun pagi-pagi dan mendapati Nina dan Aya terperosok jauh ke dalam ketiak Abi. Sorang kanan, sorang kiri. Walaupun masih belum berjaya merakam sebarang bukti dalam bentuk digital atau lomografi, Abi percaya bahawa ia benar-benar berlaku dan telah melakukan satu ujikaji untuk mencari kebenaran hipotesisnya.

Maka, setelah mengkaji faktor cuaca dan kewangan dunia, pada satu hari Abi dan Nina kena pegi klinik sebab nak folowap checking lepas kes Nina demam sampai kena masuk wad hari tu. Plan asalnya, Abi kena hantar Nina ke baby sitter lepas setel semua. Tapi, Nina refused so we spent the afternoon together at home, sementara menunggu waktu nak pegi ambik Umi balik kerja.

Lepas makan dan susu pesumer, Abi pun baring depan TV kekonon nak layan movie. Seraya melihat Abi yang terbaring menjalar depan tivi, Nina terus berlari ke bilik tilam kat belakang. Kurang seminit lepas tu, si comel berambut lurus ini kembali siap dengan awunya. Nina kemudian terus landing atas lengan Abi dan memperosokkan dirinya ke dalam ketiak Abi dengan selesanya. Abi ketawa je lah dan terus melayan movie.

Lebih kurang seminit lepas tu, hemfon Abi berbunyi. Masa nak capai hemfon tu, tangan Abi tak berapa nak sampai so, Abi kena mengensot ke atas sikit. Tapi ensotan Abi terbantut kerana Nina yang baring di atas lengan. Tengok-tengok, laaa? Dah tido dah?


Dari sini, Abi membuat kongklusi bahawa Nina yang selama ini lambat tido adalah kerana beliau nak kena tepuk baru nak tido. Untuk lebih memfasilitasikan penidurannya, digalakkan juga Nina dibiarkan tido di celah ketiak.


Sekian.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...