Wednesday, February 6, 2013

Boboi Boy




















Umi dok komplen-komplen pening kepala. Pada Isnin 7 Jan, selesai ambik Umi dari pejabat, kami terus ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk mendapatkan status kesihatan Umi. Maklumlah, Umi dah di tahap akhir kemengandungannya. Check punya check, tup tup Umi kena tahan wad sebab tekanan darahnya tinggi. Ini bermaksud, Abi kena jaga Amaninas pada malam itu.
Setelah selesai urusan mendapatkan katil, kami meninggalkan Umi di tangan para pakar. Amaninas dan Abi pulang ke rumah untuk mandi, makan dan kembali ke hospital bersama pakaian untuk Umi bermalam. Tambahan pula, Nina masih belum sembuh sepenuhnya dari demam campak.
Amaninas masa babai-babai Umi nak balik tu, nampak macam sedih jer sebab tinggalkan Umi. Tapi sebaik mereka berdua masuk dalam kereta, terus ajer dorang nyanyi lagu Pitbull 'Dont't Stop The Party'.
Selesai mandi manda, makan dan packing, kami semua kembali ke spital nak hantar bembarang. Sebelum naik, kami sempat menapau waffle kat HospiMart kat tingkat bawah, kalau-kalau Umi lapar. Sesampainya kami di katil 26 tingkat 6, Umi takde sebab dah masuk wad pemerhatian. Lama jugak kitorang bergelumang kat katil Umi tu sampai kena ushar one kind dari pengunjung-pengunjung yang hadir. Sementara menunggu, Abi menyelidik apa plan pakar untuk Umi malam ni. Rupanya Umi dimasukkan ke wad sebab tekanan darahnya masih tinggi walau dah kasi makan ubat. Umi kena observe untuk semalaman dalam wad khas. Bebudak nakal dan masam macam Amaninas takbley masuk ke dalam wad, tapi Abi plak takbley tinggalkan mereka sembarangan. Abi yang dah redha dengan surprise kena jaga Amaninas, terus paham dan tanpa menunggu lama, kami semua balik pada malam itu tanpa dapat bertemu dengan Umi. Waffle pun kami habiskan. Hehehe.
Pagi esoknya, Abi yang terkial-kial menjaga Amaninas yang aktif tu serentak, terlepas waktu melawat sesi pagi. Umi pun kata dia masih dalam wad pemerhatian dan tekanan darah masih tak turun. Abi berpendapat, elok pegi spital masa waktu melawat tengahari nantik.
Tengahari itu kami melawat Umi dengan waffle lagi. Sekali lagi kami menunggu. Akak-akak nurse pun tak berapa nak hapdet sangat condition Umi pada Abi. Tepat 230pm setelah sejam setengah berketinyah atas katil tempat Umi, kami yang diserang mengantuk pun balik ke rumah...
Dalam perjalanan, ada orang call hemfon Abi tapi bateri hemfon Abi dah kong. Dia ringing dua tiga kali pastu terus mati. Abi hanya perasan panggilan itu setelah sampai di rumah. Dengan hemfon bersambung pada cajer, Abi call balik nombor tadi tapi tak berangkat. Abi dan Amaninas, terus tertidur. Ingat nak pegi spital balik malam nantik.
Malam itu kami ke spital lagi. Kalini tak beli waffle. Sesampainya ke wad, Abi terus tanya staff nurse kondisi Umi. Punyalah terperanjat bila diberitahu yang Umi dah bersalin secara penbedahan. Alhamdulillah, Umi dan baby selamat. Abi yang masa tu tengah kalut dibuli oleh Amaninas, bertambah kalut dengan kejutan terbaru. Setelah mengayat beberapa akak nurse yang lalu untuk tengokkan Amaninas sekejap, Abi menyeludup masuk ke dalam wad pemerhatian rapi. Akhirnya, setelah sehari setengah sejak masuk wad, Abi dapat jumpa Umi.
Umi kata blood pressure dia tak turun. Dalam keadaannya yang sarat, doktor telah buat keputusan untuk keluarkan baby secara pembedahan. Pihak spital dah call tapi tak berjaya hubungi Abi. Setelah mereka dapat persetujuan dari Umi sendiri, pembedahan pun dilakukan...
Tepat 1616 petang, 8 Jan 2013, Boboi Boy pun lahir. Baby digelarkan Boboi sebab nama belum decide. Umi nak taruk Ariel something tapi Abi bantah....
Anyway, despite kejutan, huruhara dek kenakalan Amaninas dan masalah komunikasi sebab bateri hemfon Abi problem, Abi bersyukur sebab Umi dan baby selamat. Baby expected keluar pada 1 Feb. Dah tak menyempat-nyempat agaknya. Syukur semua selamat. Umi dan Boboi stay kat spital selama seminggu lagi sebab tekanan darah Umi. Boboi pun kena kuning sampai kena masuk wad kuning. Other than that, semuanya huruhara. Padan muka Abi...
Published with Blogger-droid v2.0.10

1 comment:

cik wan said...

olololo..tomeinya boboiboy...tahniah bro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...