Alhamdulillah, berat Ali semakin menaik. Kali terakhir timbang ialah 4.2kilo. Menggomol #JackJack dewasa ini, adalah satu kemestian...
Friday, March 29, 2013
Wednesday, March 27, 2013
Kejuruteraan Sendawaan
JackJack isap susu macam Abi mentekedarah jajan. Masa memula dulu, Umi larat jugak nak beli sekotak-sekotak Anmum langkah 1 tu. Lepas kotak ketiga, terus kami ambik keputusan tukar ke susu yang murah sikit. Dah dua tiga kali tukar dah sampai Abi pun dah lost, apa brand yang Ali isap sekarang.
Namun, itu tak menghalang semangat Abi dalam memastikan JackJack bekalan 4oz setiap duajamnya tidak terputus, walhal diwaktu sepertiga malam sekalipun. Inilah sebabnya mengapa timeline Twitter Abi, manjang penuh memalam membawa ke subuh.
Apapun, Abi dan Umi bersyukur sebab Ali semakin tembam dan 'terasa' semasa mendukungnya. Takdelah macam masa memula KeboiKeboi dulu, semua komplen rasa macam dukung botol kicaplah, dukung anak patunglah. Kekekeke.
Oh ye. Satu perkara yang agak meletihkan dalam hal memberi susu pada JackJack ialah bab menunggu dia sendawa. Sebab dah dua tiga kali, Ali terus tidur lepas isap susu, susu dimuntahkannya keluar dari mulut dan hidung. Seram jugak Abi dibuatnya. Sejak dari itu, Umi dan Abi memang akan pastikan JackJack sendawa dulu sebelum hanyut dalam milk-highnya. Dan nak menyendawakannya tu bukan senang. Dek mendalami ilmu menyendawakan JackJack nilah, Abi telah ubahnya dari satu seni, menjadi kepada kejuruteraan. Kejuruteraan Sendawaan.
Monday, March 18, 2013
Camana nak marah?
Ada sekali tu, Abi tengah jaga #JackJack dalam bilik. Aya tidur kat luar. Tiba-tiba terdengar suara Aya menangis menandakan dia dah bangun.
Dah berapa kali Abi pesan pada Aya, takmo menangis masa baru bangun tido. Kengkadang dia ingat. Kengkadang dia terlupa. Lebihlebih lagi bila dia bangun-bangun tido jer, tengok-tengok orang sekeliling takde...
Abi pun berbunyi nak bagi tanda kat Aya yang Abi ada dalam bilik. Aya berenti menangis dan kedengaran bunyi tapak kaki dia berlari ke bilik belakang. Dalam kepala Abi, Abi nak tanya Aya kenapa dia nangis masa baru bangun tido.
Sesampainya Aya dalam bilik, dan seraya terlihatnya Abi di sisi #JackJack, dia pun cool balik. Terus wajahnya yang cengeng tadi, bertukar jadi macam watak katun jepun...
Friday, March 15, 2013
Nina warded (lagi)
Isnin 4 Mac 2013 Nina ke Taska macam biasa. Petang tu Abi ambik pun cam biasa. Malam tu masa tidur, Nina terbatuk-batuk dan terjaga sambil menangis. Abi perati yang Nina macam menghadapi kesukaran bernafas. Suhu badannya pun macam naik sikit. Abi cuma bagi Nina minum air, sapu Vicks kat dada dan Nina tidur sampai pagi.
Selasanya, Nina tak ke Taska. Nina kelihatan aktif macam biasa berpadu tenaga dengan Aya menyepahkan barang mainan keliling rumah. Pada waktu petang, Umi mendapat panggilan dari Taska, meminta kami check Nina untuk simptom Hand Foot Mouth Disease. Ia dikesan dengan ruam di celah kuku jari dan tangan, keliling bibir serta ulser dalam mulut. Nina tidak menunjukkan apa-apa tanda telah dijangkiti. Alhamdulillah.
Pada waktu malamnya, masalah sesak nafas Nina start. Nina cuba memejamkan matanya, tapi kelihatan perut dan dadanya yang berombak, seolah sukar nak bernafas. Abi yang pernah melihat Uncle Ajak mengidap asma masa kecik-kecik dulu, dah rasa nak bawak Nina ke wad kecemasan jer. Tapi tah kenapa, Abi dan Umi ambik keputusan untuk tunggu sampai pagi. Pagi tu masa check suhu badan, naik ke julat 38.7celcius. Tanpa berlengah, Nina dan Abi naik motor menuju ke Hospital Tuanku Jaafar ke wad kecemasan.
Di sana, kami terus diarah ke zon kuning (separa kritikal). Didapati kadar degupan jantung Nina masih normal walau rendah, cuma kadar oksigennya agak rendah iaitu 92%, 3% rendah dari paras normal. Doktor bagi treatment gas sejuk tu. Tak OK jugak. Hidung Nina disumbat oksigen, dan diberi ubat demam. Nina dihantar ke bilik Xray untuk check peparu.
Hasil Xray mencadangkan yang peparu Nina mungkin ada jangkitan kuman. Tambahan pula, suhu badan Nina masih tak turun walau dah makan ubat. Akibatnya, Nina ditahan diwad untuk pemeriksaan lanjut.
Nina kena masuk air. Masa cucuk nak masukkan tube tu, darah Nina juga diambil. Hasil pemeriksaan darah, doktor mencadangkan untuk menyuntik antibiotik pertama pada Nina. Cuma masalahnya, ia disuntik pada 4pagi. Apapun, Alhamdulillah pernafasan Nina pada malam itu lebih baik berbanding malam sebelumnya.
Pagi itu, doktor check dan berpuashati dengan peningkatan keadaan Nina. Tiub air dicabut dan dos antibiotik diberi melalui oral sebab Nina takde masalah nak makan. Menjelang 11pagi, taraf kesihatan Nina nampak dah semakin baik. Doktor kata, Nina mungkin kena tahan untuk dua hari lagi. Bila dah dengar camtu, Abi pun setset dengan Umi agar Umi pulak jaga Nina kat hospital sebab Abi kena balik dan mandi.
Umi pun sampai, Abi pun nak gerak balik umah. Sebelum tu, Abi singgah di kafetaria HTJ untuk makan tengahari. Baru nak suap nasi, Umi kata Nina dah boleh keluar. Maka tak jadilah Abi nak balik rumah. Makan-makan, terus naik balik.
Itulah dia, adventure Nina dan Abi di wad HTJ yang terbaru. Nina, Nina...