Friday, October 16, 2015

Muka bila pegi kedai mamak...

Masa kecik kecik dulu, Abi selalu jer beli makanan kat kedai mamak Maulana kat Seremban Jaya ni. Dan tiapkali nak keluar pegi beli makanan, #theAmaninas akan nak ikut dan beberapa kali jugalah mereka dapat ikut. Abi ingat lagi betapa sukanya mereka bila dapat ikut Abi, walau sekadar pegi tapau jer kat kedai mamak.
Ada juga bila Abi ada duit sikit, Abi akan bawa famili ke kedai makanan yang OK sikit, atau kedai fastfood yang selalu keluar kat tibi iklannya, sekadar nak meraikan anak isteri dan bagi anak anak catchup dengan keadaan semasa hidup di dunia urban.
So ada satu hari tu, Abi kena keluar nak tapau makanan dan #theAmaninas ikut sekali. Masa dalam keta, Abi saja kata nak pegi tapau kat KFC. Nina dengan Aya dah hepi dengan Nina dah siap nyanyi nyanyi dalam keta dan Aya yang dok ciumcium kata "sayang, Abi"...
...dandan kami berenti kat depan kedai mamak, masuk dalam dan oder makanan. Yang kelakarnya, wajah dua puteri Abi yang muncung sedepa tak puas ati, ingatkan pegi kepsi tapi rupanya pegi kedai mamak jer....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...