What can I say? 2017 has been a very hectic year. Tapi Abi boleh katakan, insha Allah lepas ni semua akan lebih baik lagi.... tu jelah sebagai executive summary nya.
2017 bermula dengan kelahiran #kobkob pada bulan Disember. Pada masa tulah, Abi start berulang alik Senawang-Muar naik motor. Lepas tu struggle dengan berpantang di rumah. Selesai berpantang, Abi kena pegi Taiwan selama hampir sebulan. Balik Taiwan, hepi kejap. Lepas tu melalui time bulan puasa dan Raya. Lepas tu struggle sebab kes claim tak berbayar yang mengakibatkan Abi lari ke CTRM pada September.
Meanwhile, #theamaninas makin membesar. Si Nina adalah rahmat tuhan sebab rajin, pembersih dan kakak yang sangat sensitif akan kebajikan adik adiknya. Si Aya mulut murai adalah queen dalam rumah ni. Mereka berdua ni adalah pembantu Umi yang boleh diharap dan Abi amat bersyukur untuk itu. Alhamdulillah.
Si Ali makin nakal tapi itu cuma fasa. Si Kobkob adalah watak utama 2017. Dahlah tak boleh jejak tanah, kalau dukung nak kena jenjalan dan layan dia, tido nak kena dengan Umi atau mama babysitter dia ajer. 2017 jadi agak tegang sebab si Kobkob ni. Abi amat bengang dengan Kobkob. Tapi, semua kebengangan, marah, geram, letih tu hilang bila memandang wajahnya dengan rambut kusut dia tu. Mesti nak cium dan gomol dia. Pandai gurau pulak tu. Kobkob ni...
Apapun, alhamdulillah. Semuanya bergerak, walau struggle. Insha Allah, 2018 akan jadi lebih fun untuk semua....
No comments:
Post a Comment