Wednesday, September 2, 2015

The world is just another playground for the kids

Kat rumah, dalam keta, kat dobi, kat sekolah, kat mana saja, #theAmaninas dan #JackJack main, buat hal dorang like nobody's business. Pada mereka, semuanya nampak seronok, nampak macam toys, nampak macam diterokai. Sampaikan Umi dan Abi nak buat keja pun tak dapat.

Ni contohnya. Umi tengah sibuk pilih barang, dorang leka dengan gurau gurau mereka. Kalau tak dihadkan setakat bangku ni, maunya habes satu kedai ni dirayaunya. Ini pun puas mengawal tahap desibel jerit ketawa mereka takut mengganggu pembeli yang lain. Nak buat camana, bebudak....

Thursday, August 13, 2015

Ali yang cengeng

Nilah rupa si Ali, menyalahgunakan tangisan untuk mendapatkan sesuatu. Abi tak layan tangisan jenis ni dan nampaknya Ali masih tak paham lagi...
Dulu Aya pun lalui juga period di mana dia ingat tangisan boleh selesaikan apa saja but that doesnt work. Lamalama dia paham sendiri. Tapi si Ali ni membawanya ke next level. Time Abi ada dia terkawal jugala. Tapi bila Abi takde, teruk Umi dibulinya sampai tak dapat Umi buat keja. Dah tu pulak, Aya dulu nangis takde la beriaia sangat. Si Ali nanges siap merajuk pebagai.... Haihhh. Entahlah anak bujang sorang ni...

Monday, August 10, 2015

Aya yang cepat tidur

Nak keluar siang, panas. Keta Abi takde ekon.

Nak keluar malam, nilah cabarannya: AYA YANG TIDO CEPAT

Cik Aya kita ni memang becok. Kat rumah, dialah orang yang selalu
paksa Abi janji bawak jenjalan. Tapi bila keluar jenjalan....
...ni lah rupanya.

Nina OK. Dia memang anak Umi dan Abi yang nocturnal

Tak. Tu Umi tengah bercakap. Timing jer tak kena tu yang
nampak macam Umi tutup mata (tido) jer tu




Yang ni, memang tak tentu. Adamasa dia tido. Selalunya dia
berlari-lari ke sana ke mari...

"Ali dok dendiaaam..."

"Ali, doklah dendiam. Kang kerusi tu jatuh lagi kang..."

"ALI!"
Oh, by the way, ni kat kedai Asam Pedas, Taman Tuanku Jaafar. Pada gua, kedai ni ajer pilihan selain kedai mamak, kedai tomyam dan fastfood kat area Seremban ni... Ni cerita bajet orang miskin. Kalau orang kaya, memanglah banyak pilihan...

Apapun, Aya memang cepat tidurnya. Kalau tak dinner lagi by 8pm, alamat memang Aya akan tidur tanpa dinner. Ali pun tak susah nak tido. Yang susah nak tido ialah Nina. Macam Abinya juga...

Tuesday, August 4, 2015

#mywifenkids @ Maulana Seremban Jaya (June 2015)

Sapa tak tau kedai mamak nama Maulana kat Seremban Jaya ni?
Kedai nilah yang open sensiang hari time bulan Ramadhan. Hahaha.
Dan seperti rakyat marhaen lain, famili gua dengan kedai mamak adalah sinonimes.

Sejak gua student Uniten lagi, mamak memang dah jadi pilihan pertama gua. Kalau kat Bangi time dulu, mamak pilihan adalah bila siang Mubarak kat fasa 4 tu kalau malam kat Chapati Razak Jalan Reko (sekarang dah takde).
Lepas grad, time bujang pulak adalah Azhar Maju yang kat area Giant Dataran Senawang. Sekarang Azhaar Maju tinggal yang kat atas kat area kedai RM2 tu.
Sekarang, bila dah beranak pinak pun, masih lagi dengan mamak. Mamak memang dah jadi darah daging kami agaknya. Alhamdulillah, bau kami masih tak berkari, takde jambang, atau sebagainya...
Kat Maulana ada wifi...

Dua gadis ni memang pantang nampak kamera ni...

Yang Aya pulak, dia perasan kamera. Tapi dia act.
Potensinya dalam bidang lakonan amatlah menyerlah..


See?



Yang ni; no comment.

Nak marah, comel. Tak marah kang, alamat dialah yang ambik order kat kedai
mamak ni kang...Kan boleh caya si Ali ni...

Tuesday, July 28, 2015

Quick Trip; Seremban-Pagoh-Muar-Melaka-Seremban

Pemandangan time senja di Medan Selera Terapung, Umbai Melaka









Idea untuk tempat ni dah ada. Tapi macam tempat-tempat lain
yang dibangunkan oleh Majlis Perbandaran, ia akan TERBIAR


Dari jauh memang cantik. Kalau nak makan ikan bakar, jangan pegi sini.
Medan Selera Terapung Umbai ni sekadar pemandangan jer. Nak makan
seafood, pegi kat Medan Makan Pernu. Sebelah jer....

Kat dalam Dataran Pahlawan...

Ambik peluang bergambar di tempat yang disediakan...


Gua tak berapa reti menyelfie, ni...

Bawak #mywifenkids jenjalan tengok
tempat gua busking kat Melaka (sebelah Pacific Coffee)




Monday, June 22, 2015

Mother's Day 2015

Happy Mother's Day to me. Just abi belanja aiskrim kat Giant je. Zaman gst la katakan. Sume kene jimat. Yang cute dapat gift from  #alizharfan #jackjack. Comel je. I'm touch!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...