Tuesday, November 1, 2011

Alhamdulillah

Umi tunjuk skil driving sebelah tangan

Nina selaku co-driver, pengsan.

Abi konon-konon nak catchup sleep kat belakang.
Sibuk meng catch-up Myra ader lerr

Pada Sabtu lepas, kami sekeluarga sepatutnya menghadiri acara derma darah #TwtupDARAHCP yang diorganizekan oleh @mas_IFP , @jeliBumm dan @Uncle_Lah di Pusat Darah Negara. Tapi memandangkan ada masalah transport, Final bolasepak N Sembilan dan family, kami sekeluarga hanya tiba di KL around jam 4petang. Time tu, program derma darah tu pun dah selesai. Jadi, instead of going to Pusat Darah Negara, kami terus ajer ke KLCC. Hehehe
Geng CelakaParty yang kontroversi dan caring
Ada juga yang bertanya kenapa KLCC. Sebab utamanya ialah kat situ ada playground di mana Nina boleh bermain. Sebab kedua ialah dari KLCC, mudah untuk kami parking dan dari situ ada Putra LRT yang boleh bawak kami ke mana-mana tempat yang menarik di sekitar KL.

Tengah makan kat Signature, Level 2, KLCC

Nina ngengada nak dok dalam buggy. Dok main blade kipas jer.

Wajah Myra masa memula sampai. Excited jer.
Eh, Myra manjang excited
Umi menyuapkan makanan ke Nina
Tapi Nina nak suap sendiri


Sesampai di sana kami mengisi kekosongan dulu kat Signature kat tingkat 2. Myra makan bekalan yang dibawa oleh Umi, sementara Nina makan apa saja yang Umi dan Abi makan. Satu perkara yang menjadi kesulitan lately ialah Nina susah betul nak kasi makan. Kadang-kadang Umi dan Abi terpaksa bertempik nak paksa dia makan tapi Nina tetap taknak jugak. Tapi Alhamdulillah pada Sabtu itu, Nina makan jugaklah walaupun tak banyak. Myra on the other hand, pantang disuap. Hehehe.
Kat tempat jual kasut

..bukannya reti nak dok diam. Umi sibuk dia pun sibukk jer

Lepas makan, kami pergi jalan-jalan cari bembarang Umi. Umi ada list yang dia nak kena fulfill, so kami semua ikut ajerlah ke mana saja yang Umi bawa. Kejap Isetan. Kejap TopShop. Kejap Zara. Kejap tahapa-hapa nama kedai lagi ntah. Abi fokus pada Myra yang dok dalam buggy. Sementara Nina ikut Umi. Umi kata, masa Umi try out kasut, Nina pun sama ikut try kasut. Gambar-gambar yang tu ada dalam henfon Umi dan akan di publish kemudian...
Myra dah tidor. Baru boleh amik gambar

Kat Nursery lepas makan


Nina cuba menjadi tourist guide kepada Abi

"Nina! Takmo main dekat sangat dengan air!!!"
 

Bergambar ditepi tangga
Jadi, bagi membantu Umi fokus pada treasure huntnya, Abi membawa Nina dan Myra main-main kat playground. Nina punyalah excited, habis every inch of th eplayground do scalenya. Semua mainan dia nak naik. Ada sekali tu, Nina lesap dari pandangan Abi. Berkelintau Abi mencari dan memanggil-manggil nama Nina. Sibbaik ada orang yang perasan dan tunjuk kat mana Nina main. Rupanya Nina dok leka pusing-pusingkan jarum jam kat one of the playhouse. Nina-Nina.

Bila Nina dah nampak cam boring dan asyik main rocking horse ajer, Abi ajak Nina main buaian yang kebetulan kosong. Dekat setengah jam jugaklah Nina main buaian tu. Sempat gaklah Abi tidurkan Myra. Bila Myra dah tidor, barulah Abi boleh layan Nina dengan sepenuh hati. Jadi, Abi pun angkat Nina dari buaian dan bwak semua jalan-jalan keliling water fountain KLCC.

Nina punyalah excited tengok air pancut tu memancut ikut irama. Jenuh jugaklah Abi melayan kata-kata Nina yang tahapalah yang dicakapkannya. Memula tu, Abi cuak gak lah tengok Nina yang berjalan so close to the edge of the fountain tapi lelama, Abi biarkan ajer (considering kolam tu taklah dalam sangat). Masa kat water fountain, Abi sempat jugak merakamkan gamabr-gambar si Nina berposing.






Bila dah masuk waktu Maghrib, kami semua mula cari port nak makan malam. Kami semua pergi ke food court kat tingkat atas sekali tu. Abi dengan Nina makan nasi ayam, Umi makan some weird nasi goreng in a wok. Myra menghabiskan bekalan dia. By the time selesai makan dah pukul 830pm dan ada satu item Umi lagi yang belum jumpa. Kamirancang nak ushar ke SOGO tapi sebab masa pun dah suntuk, kami terus ke parking kereta nak balik ajer.
Umi ialah kepunyaan Myra. Seriously

Perjalanan ke Seremban terbantut sebab jalan jem gila. Kebetulan pada hari Sabtu itu juga, ada Final Bola Piala Malaysia antara N Sembilan dengan Terengganu. Punyalah banyak kereta atas jalan. Peh!
Yang sorang ni rapat dengan Abi bila ada makna
Setelah bertweet dan ber DM, akhirnya dengan bantuan @Uncle_Lah, kami sekeluarga berjaya mendapatkan sebuah bilik di Kuala Lumpr International Hotel. Sebab dah letih sangat, kami tak memlih dan bersetuju ajer. Hotel terletak di area Kg. Baru dan dari bawah, hotel tu kelihatan macam hotel biasa-biasa ajer. Uncle banyak bantu kami malam tu and kami nak gunakan kesempatan ni nak ucapkan terima kasih kepada beliau.
Nina tidur katil queen sensorang. Umi nak naik pun dia tak kasi

Myra terkorban selepas nenen
Ni rupa mereka masa mula mula masuk bilik
 Bila Umi dan Amaninas dah tidur, Abi turun ke bawah hotel dan melepak dengan Uncle, Presiden #Celakaparty : @JantanCelaka, Psychedelique dan @mas_IFP. Berborak pasal apa yang Abi dan Uncle miss masa program derma darah petang itu. Kami melepak sampai pukul 430pagi.


Besoknya, Umi kejut semua orang lebih kurang pukul 830pagi. Bila bukak tingkap, maka terlihatlah pemandangan kotaraya KL memandang KLCC dan KL Tower. Sungguh pandai Uncle pilihkan bilik. Kami semua rasa amat bersyukur. Dalam kesyukuran, kami sekeluarga turun ke Toppot Cafenya nak utilize free breakfast coupon.

Kat Cafe, Amaninas buat hal. Si Nina takmau makan dan si Myra pulak taknak dok diam. Sampaikan Umi hilang selera cuba nak mengawal Amaninas. Kesian Umi.

Budak degil. Orang suruh dok atas kerusi, dia nak makan kat lantai

Myra Chak bau masam.

View dari bilik hotel. Thanks, Uncle


Tengok muka budak degil

Muka dah kena marah kat Abi

MElayan Myra jer Umi dah tak menang tangan
Bila dah habis makan, kami naik ke bilik, bersiap-siap dan checkout. Sebelum pulang kami singgah di Sogo nak beli amender ntah yang Umi nak beli. Bila dah dapat, kami semua meneruskan perjalanan semula ke Seremban.
Dah nak balik dah

Walaupun hujung minggu lepas sungguh meletihkan, namun Abi had fun watching Umi dan Amaninas had fun. Melepak di hotel pada malam itu berlaku secara spontan dan thanks to our close Twitter friends, kami dapat menikmati panorama kotaraya KL dari tingkat 13 di waktu pagi. Semua ni kalau dirancang selalunya tak menjadi tapi apa yang berlaku dalam outing kali ini adalah sungguh sweet dan comel. Semoga Umi puashati dengan sedikit jalan-jalan yang sebenarnya ialah untuk meraikan beliau yang hampir setiap malam tak cukup tidur dibuli oleh tag team Amaninas ni.

THANK YOU UMI!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...