Friday, December 7, 2012

Celah Ketiak Nina

Kalau tanya direct, sorang pun tak ngaku. In fact, time nak tido memalam pun, semua choose nak tido sensorang kat sudut masing-masing. Tapi percayalah, bila malam-malam masa masing-masing terjaga tiba-tiba dari tidur, dan kalau nampak Abi ada kat tepi, tempat yang korang akan sondol ialah ketiak Abi.

Ada banyak kejadian dimana Umi bangun pagi-pagi dan mendapati Nina dan Aya terperosok jauh ke dalam ketiak Abi. Sorang kanan, sorang kiri. Walaupun masih belum berjaya merakam sebarang bukti dalam bentuk digital atau lomografi, Abi percaya bahawa ia benar-benar berlaku dan telah melakukan satu ujikaji untuk mencari kebenaran hipotesisnya.

Maka, setelah mengkaji faktor cuaca dan kewangan dunia, pada satu hari Abi dan Nina kena pegi klinik sebab nak folowap checking lepas kes Nina demam sampai kena masuk wad hari tu. Plan asalnya, Abi kena hantar Nina ke baby sitter lepas setel semua. Tapi, Nina refused so we spent the afternoon together at home, sementara menunggu waktu nak pegi ambik Umi balik kerja.

Lepas makan dan susu pesumer, Abi pun baring depan TV kekonon nak layan movie. Seraya melihat Abi yang terbaring menjalar depan tivi, Nina terus berlari ke bilik tilam kat belakang. Kurang seminit lepas tu, si comel berambut lurus ini kembali siap dengan awunya. Nina kemudian terus landing atas lengan Abi dan memperosokkan dirinya ke dalam ketiak Abi dengan selesanya. Abi ketawa je lah dan terus melayan movie.

Lebih kurang seminit lepas tu, hemfon Abi berbunyi. Masa nak capai hemfon tu, tangan Abi tak berapa nak sampai so, Abi kena mengensot ke atas sikit. Tapi ensotan Abi terbantut kerana Nina yang baring di atas lengan. Tengok-tengok, laaa? Dah tido dah?


Dari sini, Abi membuat kongklusi bahawa Nina yang selama ini lambat tido adalah kerana beliau nak kena tepuk baru nak tido. Untuk lebih memfasilitasikan penidurannya, digalakkan juga Nina dibiarkan tido di celah ketiak.


Sekian.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, November 19, 2012

Aya Merajuk (lagi)

Helo. Nama saya Aya. Saya suka selongkar barang dan merajuk. Saya merajuk tak kira tempat. Bilabila saya rasa nak merajuk, saya merajuk. Saya juga tak perlukan sebab nak merajuk. Saya boleh memerajukkan diri tanpa sebarang sebab yang munasabah.


Saya berharap untuk membawa industri rajuk-merajuk ini ke satu tahap yang membanggakan. Yeah! Aya Boleh!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, November 9, 2012

Amaninas Naik Komuter

Semalam, dalam usaha nak memujuk Amaninas yang nak ikut Umi pegi kerja, Abi bawak Amaninas pegi bekfes kat mekdi Terminal 1. Kami ke sana naik komuter.


Amaninas sangat excited masa naik komuter. Habis semua benda nak diusiknya. Paling best ialah masa komuter baru nak jalan, diorang duduk diam-diam. Tapi 5 minit jer. Lepas tu diorang sambung eksplorai diorang semula.


Sesampai di mekdi, Abi order pancake. Tapi Amaninas taknak makan. Minum air milo jer. Last-last Abi yang kena habeskan semua...


Lepas mekdi, kami terus pulang ke rumah. By this time, Nina dah mula rasa letih-letih (sebab dia belum baik demam) dan akibatnya, Abi terpaksa dukung dia dari mekdi sampai stesen komuter. Aya bila dah tengok kakak dia berdukung, turut menuntut hak yang sama. Last-last, Abi yang jadi mangsa...


Sampai di rumah, Amaninas terus ambik selimut n bantal keramat masing-masing dan tido. Sekali dengan Abi-Abinya sekali. Hahaha...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, November 8, 2012

When They Are Asleep...

...recently I noticed, I am most calm when watching Amaninas sound asleep...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, November 6, 2012

Amaninas Melompat atas katil

Some videos from posting 'Bergelumang Dengan Amaninas' dulu...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, November 2, 2012

Amaninas, selongkar stok cincin Umi

Menyelongkar, menyusun semula, seraya menyepahkan stok cincin milik Umi, memang merupakan hobi, kalau bukan tujuan hidup Amaninas setiap kali masuk ke dalam bilik tidur.


Tiap ada peluang, mereka akan naik ke tingkat atas senyap-senyap, dimulakan dengan Aya yang akan berlari straight ke rak tempat simpanan stok cincin tersebut disembunyikan, diikuti oleh kakaknya Nina yang pada mulanya sekadar nak menghentikan perbuatan nakal Aya. Tak sampai seminit, Nina akan mula berpakat dengan Aya untuk membahagikan stok cincin yang ada.


Pakatan rompakan, bertukar menjadi perbalahan apabila Aya, yang biasanya akan tidak bersetuju mengongsikan penemuannya, diikuti oleh reaksi retaliasi oleh kakaknya Nina. Ini akan berkesudahan dengan pergaduhan yang agak fizikal dan berdesibel tinggi.


Dan pada masa itulah biasanya, perbuatan mereka ini kantoi kat Abi...


Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...