Friday, May 11, 2012

Bantal Busuk Aya

Kalau Nina dengan 'awu'nya (blanket), Myra atau lebih impak jika dipanggil 'Aya' ini dilaporkan dilihat mengunyah bucu bantal.

Di sini di lihat Aya mengunyah dan menghisap bucu bantal berwarna hijau. Baiknya pada Aya kita ni, dia tak memilih bantal, asalkan ianya saiz-saiz sepemeluk dia (macam saiz bantal hijau tu laa). Ada lagi dua bantal macam tu warna putih. Semuanya ada 3. Umi dan Abi belajar banyak dari pengajaran 'awu' si Nina apabila Nina meraung tatkala dia nak awunya time awu dalam mesin basuh dicuci.

Apapun, cukuplah setakat ini update untuk Myra. Lain-lain takde melainkan Aya semakin manja dengan Umi, dah pandai turun-naik tangga, dan punyai senyuman yang menawan. Sekian.

Abi

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...