Petang Ahad, cam biasa, Amaninas akan dibawa keluar beramah mesra dengan boys n girls in the hood. Acara pada petang ni ialah 'baling selipar' dan nampaknya ramai yang akan turut serta. Amaninas dah memang kat luar, sambil menanti Umi menukar kepada jersi yang lebih sesuai sebelum turut serta.
Perlawanan baling selipar bermula tanpa raguragu. Nina selaku referee sentiasa berada di tengah-tengah battle field bagi memastikan semua orang susah nak mengelak-elakkan dia. Myra pulak yang tadi OK jer main kejar-kejar dengan Abi, tetiba berubah menjadi sotong tak bertulang sebaik Umi melangkah kaki ke scene. Myra merengek-rengek memeluk kaki Umi nak dukung. Umi selaku ibu mithali terpaksalah mendukung baby manja tersebut.
Takde apa yang menarik selain mengelak-elak orang yang lalu lalang tetiba ke kawasan berlangsungnya baling selipar pada petang ini. Angin bertiup agak sepoi-sepoi mendinginkan suasana Seremban Selatan yang berbahang sejak dua menjak ini.
Dan sempena Hari Ibu, Abi dan Amaninas nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada Umi yyang sabar, gigih dan berkorban segalanya dalam memastikan kami semua bahagia. Semoga Allah menjaga dan menyayangi Umi selama-lamanya.
No comments:
Post a Comment